About Me

- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Thursday, September 13, 2012
Nasi Kerabu..Oh! Nasi Kerabu
Kita masih berada dalam bulan Syawal... Ada yang sibuk menghadiri jemputan rumah terbuka sahabat handai..tak lupa juga yang gigih berpuasa sunat di bulan Syawal mengejar masa yang masih tersisa..
Korang ada terjumpa tak rumah yang menghidangkan nasi kerabu? Jeless ok...hehehehe..tak tau kenapa..sejak dua menjak nih tekak aku nih asyik teringin nak makan nasi kerabu..one of may fav nasilah kiranya ni..mengidam? mengidam perut je..tak melibatkan mengidam yang lain yer..:)
Masa bulan Ramadhan aritu senang je..teringin nak makan cari je di Bazar Ramadhan..Insyaallah ada..cuma sedap tak sedap..umpphh tak ummpph je..dah habis Ramadhan ni dah tak tau nak carik kat mana..nak2 orang cam aku nih yang jarang sangat makan kat luar nih..
Minggu nih dia punya keinginan makin melampau..agaknya sebab berpuasa kot..dia punya ngengada tuh terlebih..so, jenuh lah aku mencarik keliling bandar lepas balik kerja kot2 ada kedai yang jual nasi kerabu di petang hari..nan ado...adalah pulak member dok menayang kat FB Nasi Kerabu yang memang boleh buat ayaq liur meleleh...adeeii...nak pi beli jauh bebenor kedainya..aku plak spesis tak familiar sangat jalan2 nih..hukhukhuk..makan hati...(Buat Kak Su; Kamu Kejam ok...)
Akhirnya, rezeki aku datang juga..ada kawan yang tahu tempat yang jual nasi kerabu yang dijamin sedap..siap bagi map lagi nak ke situ...(kredit untuk kawan aku Nooreen..tq babe..jasamu dikenang..nanti i belanje kek..hehehe) kalau tak, adalah yang kempunan..so. gigihlah aku semalam pergi mencariknya..dahlar hujan..yang bersinonim dengan jalan jem..nasi kerabu punya pasal...ku turutkan jua..ececechhh... siap nerbes nak mencarik tuh..sangat poyo di situ...
Akhirnya.....
Alhamdulillah..terima kasih Allah untuk nikmat berbuka ini...:)
Sedap ke tak? Tengoklah pic nih...:)
Posted by Nyzal Aziz at 1:59 PM 1 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti
Monday, February 20, 2012
Kata Orang : 'Tak Kenal Maka Tak Cinta' - RAM
mmmmmmmm...pernah dengar?
Bila dah jatuh cinta, jadi obses gitu..
Aku? Jatuh Cinta? Again? No...no..no..Tak kose.. :p
Tetiba je rasa nak nyanyi lagu nih ('Tertutup sudah pintu..pintu hatiku...bla..bla..)..erkk..poyo di situ..
Aku dah jatuh cinta ngan karya saudara Ramlee Awang Murshid (RAM)lahh...
Penegasan!! pada novel-novelnya yer..cakap kene terang..kan tak pasal aku kene tembak dengan kesayangan saudara Ramlee..ampun..:p
(Pesanan Hari Ini: Sila jaga adab anda apabila berkawan atau menyimpan minat pada 'hak milik' orang bagi mengelakkan salah faham dan juga fitnah..titik.)
Memang agak terlewat aku mengenali hasil karya beliau..maklumlah sebelum nih minat pada pembacaan dah lama berkubur semenjak beranak pinak nih..setakat baca majalah tuh bolehlah..itupon bergasak..masa dan ruang yang ada terhad sangat..sejak anak-anak pun dah besar..bukan baby lagi..masa terluang tuh bolehlah dicari..Kata Orang: 'Nak seribu daya, taknak seribu dalih'..
Sebelum ni ada entry yang aku masukkan mengenai karya RAM yang menjadi kesukaan aku..tak lain tentulah kisah Laksamana Sunan kan..sejak dari itu, aku berazam nak cari dan baca semua novel karya RAM..misinya pencarian di perpustakaanlah apa lagi..heheheh...
Bulan lepas aku dah baca Pei Pan, Mandatori, Cintaku DiHarajuku dan Semangat Hutan. Satupun tak mengecewakan aku..
Pencarian minggu ni aku dapat pinjam Ranggau, ADAM dan Tombirou Terakhir.
- Ranggau tu siap takder kulit depan tuh..heheheh
Yang paling best..kebetulan pulak..ada kawan aku yang nak let go koleksi novelnya..memang rezeki aku ada antara koleksinya dari RAM..apa lagi..rembatlah..tq Nieza..
Pulun..7 buah nak kene habiskan nih..Fiksyen 302 aku pon baru masuk page 384..tapi minat punya hal..jadi excited plak..siap danish pelik tengok novel bersusun tunggu giliran untuk dibaca..tambah pelik bila semuanya dari penulis yang sama..gigih dia belek2..kunun nak menyelami apakah yang membahagiakan sangat mummy dia yang sekejap tersengih-sengih, kejap senyum, sekejap berkerut kening..hahahah..sudahnya campak tepi bila tak faham..alahai anakku..
Inilah dunia ku..kalau tak bersama 3 hero tuh..memasak..cuba resepi baru..kalau tak pon membaca..yang penting aku tak kacau 'hidup' dan 'rumahtangga' orang..:p
~peace~
Posted by Nyzal Aziz at 12:55 PM 0 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti, RAM
Monday, January 16, 2012
Sebagai manusia, kita sayang padamu...
Itulah ungkapan yang selalu dituturkan oleh Saifudin atau Laksamana Sunan. Siapakah Laksamana Sunan?
Sebuah watak yang begitu hidup yang diwujudkan oleh saudara Ramlee Awang Murshid dalam siri ini yang bermula dengan Bagaikan Puteri (2005), Cinta Sang Ratu (2008), Hijab Sang Pencinta (2009), Cinta Sufi (2010) dan Sutera Bidadari (2011). Kata saudara Ramlee, Saifudin bukannya wali tapi sekadar watak fiksyen yang diwujudkan dalam siri epik ini. Andai terkesan sehingga tersentuh hujung hati, maka itu adalah kurniaan Allah.
Menemui watak Saifudin (Laksamana Sunan) dalam Bagaikan Puteri secara tidak sengaja ternyata menarik hati aku untuk terus mengenali siapakah dirinya. Cinta agungnya pada Allah melangkau segalanya membuatkan diri aku merasa begitu kerdil. Raut wajah seperti diterangi bulan purnama dengan susuk tegap. Pengembaraan dan perjuangannya untuk menentang kejahatan sangat menusuk dan meruntun hati. Sanggup lepas tu aku plak yang berjuang mencari sambungan novel ini di kedai-kedai buku. Memang ketinggalan zaman betul. Sejak dah beranak pinak nih, memang lama dah tak layan novel sebab selalunya novel nih mesti berkisahkan kisah cinta. Rasa macam dah tua untuk aku feeling-feeling. Lebih-lebih lagi bila dah merasai sendiri pengalaman bercinta yang lebih ‘indah khabar dari rupa’..opssss...Tapi kira ok juga sebab aku tak perlu menunggu lama untuk membaca sambungannya..kalu tak mau angau aku.
Aku mula-mula tertarik dengan karya saudara Ramlee secara tak sengaja bila aku ke kedai buku untuk mencari buku latihan danish. Lama tak membaca novel membuatkan aku tertarik hati untuk ke rak novel. Mulalah hajat di hati rasa nak start baca novel semula untuk memenuhi masa lapang..konon kalau adalah kan..banyak sangat novel membuatkan aku tak tau nak pilih yang mana. Kebanyakannya menyajikan kisah cinta. Akhirnya aku tertegun pada karya saudara Ramlee yang bila aku belek kebanyakannya adalah berkonsepkan cerita thriller yang mana memang kesukaan aku. So, pada hari itu aku memilih Ungu Karmila.
Memang lain dari yang lain cara penyampaiannya. Akhirnya aku mula jatuh cinta pada penulisan saudara Ramlee dan berazam setiap bulan akan ku beli satu naskah novelnya sebagai koleksi. Tidak silap percaturan aku bila aku mula jatuh cinta pada Saifudin iaitu Laksamana Sunan, seorang lelaki berduka dari Tanah Rencong. Garapan saudara Ramlee pada watak ini sangat menarik seolah-olah Saifudin benar-benar hidup. Cintanya pada Allah melebihi segalanya dan membuatkan aku tersedar sesungguhnya cinta pada Allah adalah cinta yang abadi....
~Marah itu Api, Dendam Itu Bara..
Aku rasa ramai peminat-peminat di luar sana mengharapkan agar kisah ini difilemkan di layar perak.. Pasti akan jadi sehebat novel Harry Potter hasil karya J.K. Rowling. Agaknya siapalah pelakon yang sengsuai untuk watak Saifudin nih..mmmmm..
~ Koleksi kesayangan aku, Kisah pengembaraan Saifudin aka Laksamana Sunan..dengarnya ada sambungan lagi iaitu Sunan Musafir bakal menyusul bulan April..tak sabar nak tunggu..
~Antara koleksi novel karya saudara Ramlee..(berangan nak dapatkan semua ni..Insya Allah)
Apa-apa pun tahniah untuk saudara Ramlee. Semoga terus diberi kekuatan untuk menghasilkan karya yang terbaik. Aku dah jadi salah seorang peminat beliau. Lepas nih nak buat koleksi novel dia. Dengarnya novel baru Fiksyen 302 terbaeekkk...Pada korang, yang masih belum memiliki novel ni, silalah yer..bagi aku tak rugi kerana banyak nilai yang positif boleh kita ambil daripadanya...Selamat membaca..
Posted by Nyzal Aziz at 12:34 PM 0 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti, RAM
Sunday, December 11, 2011
kerana Ombak Rindu..
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
huhuhu..layan sehh lirik lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira nih..
memang Ombak Rindu tengah menderu-deru sekarang..
kerana Hariz membuatkan hati aku begitu terpanggil untuk menonton filem ini..
1) Sanggup aku booking tiket 2 hari lebih awal thru online sebab dengarnya asyik fully booked dan siap ambik tayangan awal pukul 11.10 am..
2) Sanggup tuh aku tinggalkan 3 hero aku yang sama sekali tidak pernah aku tinggalkan kalu hendak ke mana-mana kecuali ke pejabat..
3) Sanggup aku dan buddy aku travel dari Kuala Terengganu ke Mesra Mall di Kemasik, Kemaman sejauh 123km yang memakan masa 2 jam 30 minit..pegi sahaja ok..pegi balik 5 jam gitu..
4) Untuk kesekian kalinya menjejakkan kaki ke pawagam yang sudah lebih dari 8 tahun aku tak jejaki..
5) Merempit kejar masa dan kami sampai ke Mesra Mall tepat jam 11.10 am..
6) Merempit balik selepas tayangan sebab takut air pasang di tengah jalan..stranded tak pasal..
Giler tak aku? Semuanya kerana Ombak Rindu..kalu hero kesayangan aku tak rase touching nih harus aku boikot dia lepas ni..kekeke..
Apa yang aku dapat lepas menyaksikan cerita ini? Bagi aku cerita ini sangat meruntun kalbu aku..tak puas sehh..rasa 2 jam tuh berlalu dengan sangat pantas..rasa nak tengok lagi..tapi apa ke giler nak travel lagi..hahahah..sudahnya nanti aku tunggu dvdlah yer..
Aku tak kisah apa komen orang lain..masing-masing ada pendapat mereka sendiri dan berhak mengeluarkan pendapat mereka..bagi aku apa yang baik kita kutip untuk jadikan tauladan..yang buruk tuh janganlah kita ambil untuk pegangan pulak..tak sengsuai ok...siapa yang dah tengok cerita ni faham-fahamlah yer nak nilaikan apa yang baik dan buruknya..
sebab lain orang..lain penghayatan..lain jiwa..lain rasa..tapi bagi aku..mesej dan rasa itu sampai ke dalam hati aku..aku dapat merasakan penderitaan, kasih sayang dan pengorbanan Izzah..aku boleh merasakan keperitan dan rasa sayang Hariz..siapa yang tak sebak bila melihatkan lelaki maskulin seperti Hariz (Aaron) bagitahu Izzah yang dia rindu dan dia terpaksa tanpa kerelaan dia untuk mengahwini Mila (Lisa)..
“ Abang rindu izzah..rindu sangat-sangat..”
melihatkan seorang lelaki menangis kerana sayang dan rindunya itu..pantas membuatkan hati wanita seperti aku berhiba..wahhh..tidak sia2 aku datang sejauh ini untuk melihat watak Hariz..
Lagu-lagu yang indah menjadi latar filem ini pasti menambah rasa lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah berada dalam situasi ini..aku sendiri pernah merasakan perit dan pedihnya mencintai seseorang..merindui seseorang..dan kemudiannya dikhianati orang tersebut..kata-kata Izzah ada benarnya;
“Cinta itu tidak kejam. Cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta..”
satu lagi kata-kata yang membekas dalam hati aku;
“....itukan bukan redha tapi pasrah..redha itu ikhlas pasrah itu menyerah..”
dalam perjalanan..hujan gitu..
~ selamat sampai..
Posted by Nyzal Aziz at 1:50 PM 5 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti, ombak rindu
Monday, November 14, 2011
Kenangan Aidiladha..
Salam korang..
Minggu nih dan minggu lepas adalah tersangat bz..nak updated blog pon takder masa..
raya aidiladha pon dah berlalu..baru hegeh-hegeh nak updated cerita..raya macam biasa je..takder lah meriah sangat kat rumah sebab semua adik2 aku tak balik..so, takderlah masak special bagai..cuma aku buat 2 jenis kek je..penghias meja..
Kek favourite umah ni apalagi Kek Karamel dan Kek Pelangi..
Aktivitinya..melepek di rumah layan karenah anak-anak..
~ Amjad..anak manja mummy..cengeng..nangis berebut hp ngan abang2 sbb nak main angry bird..alahai..
Setiap kali raya aidiladha datang aku pasti terkenangkan pengalaman pertama melahirkan anak..Danish Aiman aku lahirkan dia pada hari kedua raya aidiladha..pagi raya dah keluar tanda..terbantut nak sediakan juadah raya terus bergegas ke hospital..setelah berperang 16 jam menahan kesakitan..alhamdulillah dia selamat dilahirkan melalui pembedahan..la nih..dah besar anak mummy..
Mummy sayang kamu semua..
Posted by Nyzal Aziz at 10:05 AM 0 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti, raya aidiladha
Sunday, October 30, 2011
Eppy Graduation Day My Luvly Sis!
Salam korang..
Sihat semua? Ari nih baru hegeh-hegeh nak updated status minggu-minggu lepas..tersangat bz minggu lepas disebabkan hari graduasi adik aku ni menyebabkan parents aku merangkap baby sitter aku terbang ke Kuala Lumpur nun untuk meraikan bersama..apalagi jenuh berulang alik menghantar hero-hero ke umah adik aku yang lagi sorang..tumpang jagakan..tq Che Da..
Untuk adik aku yang kami panggil Ct ini..Eppy Graduasi Day..tahniah...akhirnya segulung ijazah itu menjadi milikmu jua setelah berhempas pulas...teringat jaman kita bersenang dan bersusah kat kinrara arituh..pehhh..sorry tak dapat join sebab anak buah mung ini skool..musim final exam lak tuh..
So, sebagai tanda kasih sayang (ecehh..sokmo emo..) aku buatkan dia kek karamel..kirimkan ke cik mok dan abah..berserta sekeping kad dan 'keter comel' itu..
jauh terbang keknya..harap suka yer..
Inilah ghupa keknya..
Tahniah sekali lagi..i alwayz luv u..aku doakan semoga segala impian akan menjadi kenyataan..semoga terus berjaya dan terus ke hadapan...muaahhhh...
nota kaki: sticker keter untuk aku ada beli tak?
Posted by Nyzal Aziz at 11:26 AM 1 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti
Monday, June 20, 2011
Yang Ditunggu Sudah Tiba
Drama bersiri Nora Elena berakhir sudah..sungguh puas hati sebab heppy ending..
rase sedih pun ada sebab lepas ni dah tak berjumpa dengan Seth..
Akibat meroyan dengan drama ini, aku nekad nak beli novel Kasih Yang Suci..puas feeling-feeling tengok drama..rasa cam tak lengkap kalau tak baca novelnya..nak rase feeling-feeling baca novel plak..lama dah tak baca novel..satu hobi aku satu ketika dolo..Ada juga aku melilau kedai buku kat bandar nih..tapi cam adik aku cakaplah..memang nan ado..frust ooo..nasib mate aku Yune bagi link dan info bagitau novel ni masih available kat Karangkraf. Gigih order ooo..thanks mate sebab bersusah untuk aku (malu).
Pagi tadi, gigih abang posmen bawak naik novel nih ke office aku..wahhh...dah sampai..order ari Khamis..Jumaat, Sabtu dan Ahad Terengganu cuti..hari ni Isnin sampai..kira oklah kan...
~ Muka gedik dapat novel takleh blah..
So, mood baca novel sudah sampai..layannnnn....
Posted by Nyzal Aziz at 12:34 PM 0 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti, Novel
Monday, June 13, 2011
DEMAM NORA ELENA
Aku agak ramai kawan-kawan di luar sana yang berada sama dalam situasi aku sekarang..DEMAM...MEROYAN..
Demam dan meroyan dek penangan drama yang ditayangkan dalam slot Akasia di TV3, jam 7.00-8.00 malam pada setiap hari Isnin-Khamis. Setelah Nur Kasih dan Adamaya, Nora Elena ternyata telah menambat hati aku untuk terpaku di depan tv.
Drama Nora Elena ini adalah adaptasi dari Novel karya Meen Zulaikha dan diterbitkan oleh Karangkraf. Oleh kerana keterujaan aku, siap planning nak carik novel nih kasik pulun baca. Bagi lebih feel. Poyo je aku. Dah lama aku tinggalkan minat baca novel nih sejak dah berkeluarga. Nak baca majalah pun ada je yang mengacau lagilah nak pulun novel (adakah aku sedang mencipta alasan? Huhuhu). Tapi adik aku cakap lupakan saja niat aku, sebab most of opis mate dia dah carik novel ni di serata kedai buku kat Kuala Terengganu. SOLD OUT! Nangessss....
Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Zul Ariffin sebagai Eid, Ery Putra sebagai Inspektor Amir serta ramai lagi.
Sedikit Sinopsis Nora Elena
.............................
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?
-------------------------------------------------------------------------------------
Bagi aku Nora Elena mewujudkan berbagai rasa dalam diri aku..kadang membangkitkan memori dan nostalgia yang sangat menyentuh hati..terutamanya melalui Seth yang begitu menunjukkan kasih dan sayangnya pada Nora.
Seth : "Nora.. ada apa lagi utk seorang suami..kalau bukan kasihsayang kepada isterinya.."
Huh! Tetiba aku jatuh chenta pada Seth. Ada lagikah lelaki seperti Seth di luar sana? Sorry to say banyak yang berperwatakan seperti Eid. Apa-apa pun..bagi aku apa yang baik dan elok untuk dijadikan contoh silalah ambil dan praktikkan untuk kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga kita. Apa yang buruk eloklah diteladani..
Minggu nih dah masuk minggu terakhir drama nih..peehhh...berdebar seehhh..nak tunggu endingnya..lepas nih rindu-rinduanlah aku kat Seth..
Sama-samalah kita saksikan penghujung cerita best ini..layannnn...
Posted by Nyzal Aziz at 9:42 AM 2 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti, Nora Elena
Sunday, August 29, 2010
Shopping Raya?
Hari ini dah masuk 19 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu..Ramadhan sudah berada di penghujungnya. Semoga semua mengejar keberkatan pada 10 malam terakhir ini.
Syawal bakal menjelma. Mesti semua orang tengah sibuk membuat persiapan. Beli baju raya untuk anak-anak, buat kuih raya dan sebagainya. Bagi aku persiapan tuh ala kadar je..baju anak-anak pun dah berdikit aku beli sebelum ni..sebab takmolah berebut-rebut dan bersesak nanti. Tinggal Baju Melayu anak-anak je..tu pon dah aku beli baru ni..tema tahun lepas adalah coklat...dan tahun ini adalah biru..
Last sekali tinggal nak belikan kasut je untuk anak-anak. Sebab takmo berangkut dengan tiga otomen aku nih..sebab gerenti mesti sesaknya..akhirnya aku menggunakan pendekatan abah dahulu masa nak belikan kasut raya untuk anak-anak. Aku nih 6 beradik. Imagine tak akan nak angkut semernya bawak pi kedai pilih kasut. So, abah akan amik tali dan ukur kasut kami yang lama untuk dapatkan size..so, dia akan pi kedai kasut sorang-sorang dan pilih untuk kami. Pilihan semer di tangan abah. Suka tak suka terima saja. No demanding okies..tak macam budak-budak sekarang :)..
Macam ok juga cara abah ini, jadi aku praktikkan untuk cari kasut budak-budak nih..tak payah nak angkut otomen nih..seblum tuh pon aku dah survey2 dolo masa balik kerja..senang..dah buat keputusan nanti pi beli terus..kalu tak berlaku insiden yang aku lihat ari tuh..suami isteri nih siap bergaduh lagi pasal nak belikan kasut anak. Anak sederet dibawanya. Ada yang dah nak mengamuk..panas..rimas..Biasala, lelaki kalu pose nih peel memang semacam. Cepat naik hangin. Kes lapar kot. Kira main jawab-jawab mulut jugalah bab nak memilih kasut nih. Huhuhu. Kan payah gitu.
So, pada kengkawan bolehlah cuba guna kaedah ini. Tapi korang kene tau juga size yang selalu anak pakai untuk memastikan ketepatan pilihan kita.
Nota kaki: Pic kat atas adalah riben yang aku potong dan bawa bersama untuk shopping..each kaler untuk lain-lain anak..takut tertukar..so far misi adalah berjaya..
Posted by Nyzal Aziz at 11:20 AM 0 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti
Tuesday, July 27, 2010
My ‘Luv’ sudah balik…
Pehhh..tajuk entry bukan main gempak lagi..mesti ada yang ala-ala shock gitu…
Tapi itulah hakikatnya..'My Luv' aku dah balik..dah elok pon dah..arituh dia adalah sedikit ‘jem’..susah hati betul aku..maklumlah selama nih sentiasa dia menemani aku..merakamkan suka dan duka aku..kalu takder dia tak meriahlah belog aku nih…
Inilah 'My Luv’ aku…ahakss…
My Canon Digital IXUS 860 IS…dah dekat dua bulan lebih dia ‘jem’..aku pon tatau napa..aku agak sebab anak-anak suka main..amik pic..tengok pic..ato mungkin afham terpijak sebab aku selalu bawak kamera ni pi mana-mana..sentiasa ada dalam beg..dan kalu dalam kereta selalu handbag aku letak kat tengah antara seat tuh..dan kalu ada afham dia selalu beralih dari seat belakang ke depan dan sebaliknya..kadang tuh dia terpijak beg aku..aduhhh…memang susah hati masa dia rosak..hobi aku memang suka amik pic anak-anak..memang enjoy ambil pic mereka..every moments aku takmo miss..
Aku sayang sangat kamera ini..inilah satu-satunya hadiah dan kenangan dari Encip ‘Hubby’ even kitaorg share bayar kamera ni..RM1,499.00 oooo…masa mula-mula beli ari tuh..mungkin bagi orang lain murah kot..tapi bagi aku inilah barang paling mahal yang pernah 'hubby' belikan...dia yang pilihkan..kalu ikut aku nak beli yang cikai2 jek..asal bleh amik pic anak-anak dah cukup..huhuhu..memori betull..
La nih reganya dah menjunam jatuh..tuh bila dia buat peel rasa ala2 down gitu..hilang mood..rase separuh jiwaku pergi..eceeehhh…nak hantar kedai repair pon cam sayang untuk berpisah..ditambah dengan budget repairnya bleh tahan..lak tuh instinct aku cam rasa nanti dia elok ah tuh..
5 malam lepas..aku godak-godak dia..ketuk2..tonyoh2..campak2..belai2..sambil doakan CPR yang aku lakukan ini boleh memulihkan nyawa nyer..taaaaaddddaaaaa….akhirnya…berjaya..canon aku bleh diselamatkan tanpa melibatkan sebarang kos..syukur alhamdulillah..Terima Kasih Allah..kerana makbulkan doaku ini..hidup semula kesayanganku ini..so, life ku bermula semula..:)
Posted by Nyzal Aziz at 12:26 PM 3 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti
Monday, July 12, 2010
Anakku dan Bola = SPAIN JUARA!!
Pagi tadi berlangsungnya perlawanan akhir World Cup 2010 antara Holland dan Spain yang ditunggu-tunggu..Kesudahannya..pasukan favourite aku SPAIN dinobatkan menjadi juara kali ini..berhempas pulas kedua-dua team..banyak kad kuning yang dilayangkan kali ini..dan Andres Iniesta menjadi heronya...tapi hero di hati aku tetap my Laling Cassilas..gigih dia menjaga gawang seehhh..suke..suke..touching plak bila dia nangis masa Spain dah menang..maklumlah..inilah kali pertama depa menang setelah berpuluh tahun..
Tak sesia aku men'Spainkan budak-budak nih..kalu tak malu seehhh...huhuhu...credit to my friend Nurulassikin (Mama Ckin) sebab susah payah carikan, belikan, poskan jersi Spain untuk anak2..tq dear..nasib ada ko..kalu tak aku tatau mana nak carik jersi bola untuk budak-budak kecik yg kiut miut nih..depa seronok sangat..sampai tak sabar-sabar nak pakai..dan malam tadi baju tido depa adalah jersi bola ok..takmo bukak..tak larat aku nk layan budak2 nih yang tetiba jek jadi 'hantu bola'..si mejad pon bangun pukul 2.00 am..layan bola..sudahnya..ari ini aku adalah tersangat mengantuk kat opis sehhh...
Lepas nih kalau panjang umur kita berjumpa lagi di Brazil 4 tahun akan datang..
~ Anak-anak aku
~ Amjad yang kiut
~Layan bola..
Posted by Nyzal Aziz at 4:03 PM 0 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti
Thursday, July 8, 2010
VIVA ESPANA !! - La Roja (The Red One)
Aku rasa aku yang paling bising pepagi tadi tengok bola..huhuhu..siap kene sound ngn mak aku pagi2 buat bising..huhuhu…gigih ooo aku siap timing jam lagi..mana boleh ketinggalan nak tengok my ‘Laling’ Cassilas beraksi..ahakss..
Akhirnya..team favourite aku Spain (La Roja / La Furia Roja) berjaya menempatkan diri ke pentas akhir Piala Dunia 2010. Thanks to Puyol sebab berjaya menjaringkan gol even posisi dia sebenarnya adalah sebagai ‘defender’.. si Puyol nih muncul menanduk bola dengan tbaekkk…huhuhuu…Dia jadi wira Spain pagi tadi..kredit juga pada Kaptennya, siapa lagi kalu tak Laling aku Iker Cassilas yang begitu macho dan cool jek menyelamatkan gawang Spain dari dibolosi..
~ Captain Spain (Iker Cassilas)merangkap Laling aku...hukhuk...(motip..)
Good job guys…good luck in final nanti..ini kali pertama diorang beraksi di Pentas Akhir Piala Dunia..hope diarang menang buat kali pertama nih.. VS.
Posted by Nyzal Aziz at 9:58 AM 1 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti
Sunday, June 20, 2010
Anakku pon pandai 'demam bola'
BOLA..BOLA..BOLA..
Piala Dunia datang lagi..kali ni di South Africa..kira dah banyak game dah..penuh dengan kejutan..berapa fanatikkah anda dengan bola kali ini? Pasukan mana yang diramal akan menjadi juara? Kalau zaman muda-muda dolo aku memang minat giler kat pasukan Brazil,Itali,England, German... Sekarang nih fanatik sangat takderlah..setakat fav tuh bolehlah..antara team fav aku..Spain, Argentina, German, England..errrr..apa lagi yer..ehh..banyaklah plak..tapi most team aku tuh belum menyengat lagi..selalunya orang cakap kalu pompuan minat bola tak dapat nak lari ah dari sebab keenseman playernya...hahhaha...hampehkan...kalu nk bercerita skill ke apa..aku bukan orangnya lah..
Apa yang nak aku ceritakan pada entry ni, demam bola ni bukan sahaja dirasai oleh golongan dewasa..kanak-kanak juga..contoh terdekat adalah anak aku si Danish..tak sangka plak si Danish ni pon pandai layan bola..no wonder masa cuti sekolah ari tuh tiap-tiap malam tido kat luar..rupanya layan bola..
Ari tuh ada dia suruh aku beli bola..sudah aku belikan dan bawak dia dan adik-adik main bola kat taman..memang tak dinafikan memang ada gaya dia main bola..pehhh..kagum gak aku..silap-silap bleh jadi si Torres ato Si Messi..ahaks...tinggi plak berangan aku nih..sudahnya…2 biji bola dah rosak (kempis) dikerjakannya…petang-petang bergasak main bola dengan si afham..malam-malam pon dibantainya main dalam rumah..adeeiii..danish..danish…
~ Tengoklah pic danish nih..asyik layan bola malam tadi..Ghana vs Australia..si afham pon join..layan bola cam layan kartun..musykil aku..bila aku tanya..abang sokong yang mana..senang je jawab..'yang ijau'..
Posted by Nyzal Aziz at 11:00 AM 0 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti