CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Sunday, June 26, 2011

Heppy 4th Birthday Muhammad Durrani Afham..


4 tahun lalu, pada 25hb Jun tepat jam 10.55 pagi...
Muhammad Durrani Afham dilahirkan dengan berat 2.93kg..
Durrani bermaksud permata..memang permata berharga dalam hidup aku..
Insya Allah..selagi terhela nafas ini..anugerah terindah ini akan ku jaga sebaiknya..
segala kebahagiaan dan kasih sayang hanya untuk mu anakku..

Mummy sangat mencintai, menyayangi dirimu...
Setiap langkah yang kamu atur..doa mummy sentiasa mengiringi..
Semoga kamu menjadi anak yang soleh..berbahagia di dunia dan akhirat..

Kek otomen permintaan birthday boy..


~ Cuppies untuk kawan-kawan tadika..hasil deco aku dan mak ngahnya..tq mak ngah tolong deco sama..kalu tak, masak aku..


Monday, June 20, 2011

Yang Ditunggu Sudah Tiba



Drama bersiri Nora Elena berakhir sudah..sungguh puas hati sebab heppy ending..
rase sedih pun ada sebab lepas ni dah tak berjumpa dengan Seth..

Akibat meroyan dengan drama ini, aku nekad nak beli novel Kasih Yang Suci..puas feeling-feeling tengok drama..rasa cam tak lengkap kalau tak baca novelnya..nak rase feeling-feeling baca novel plak..lama dah tak baca novel..satu hobi aku satu ketika dolo..Ada juga aku melilau kedai buku kat bandar nih..tapi cam adik aku cakaplah..memang nan ado..frust ooo..nasib mate aku Yune bagi link dan info bagitau novel ni masih available kat Karangkraf. Gigih order ooo..thanks mate sebab bersusah untuk aku (malu).

Pagi tadi, gigih abang posmen bawak naik novel nih ke office aku..wahhh...dah sampai..order ari Khamis..Jumaat, Sabtu dan Ahad Terengganu cuti..hari ni Isnin sampai..kira oklah kan...



~ Muka gedik dapat novel takleh blah..



So, mood baca novel sudah sampai..layannnnn....

Monday, June 13, 2011

DEMAM NORA ELENA


Aku agak ramai kawan-kawan di luar sana yang berada sama dalam situasi aku sekarang..DEMAM...MEROYAN..

Demam dan meroyan dek penangan drama yang ditayangkan dalam slot Akasia di TV3, jam 7.00-8.00 malam pada setiap hari Isnin-Khamis. Setelah Nur Kasih dan Adamaya, Nora Elena ternyata telah menambat hati aku untuk terpaku di depan tv.

Drama Nora Elena ini adalah adaptasi dari Novel karya Meen Zulaikha dan diterbitkan oleh Karangkraf. Oleh kerana keterujaan aku, siap planning nak carik novel nih kasik pulun baca. Bagi lebih feel. Poyo je aku. Dah lama aku tinggalkan minat baca novel nih sejak dah berkeluarga. Nak baca majalah pun ada je yang mengacau lagilah nak pulun novel (adakah aku sedang mencipta alasan? Huhuhu). Tapi adik aku cakap lupakan saja niat aku, sebab most of opis mate dia dah carik novel ni di serata kedai buku kat Kuala Terengganu. SOLD OUT! Nangessss....


Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Zul Ariffin sebagai Eid, Ery Putra sebagai Inspektor Amir serta ramai lagi.

Sedikit Sinopsis Nora Elena
.............................

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?
-------------------------------------------------------------------------------------

Bagi aku Nora Elena mewujudkan berbagai rasa dalam diri aku..kadang membangkitkan memori dan nostalgia yang sangat menyentuh hati..terutamanya melalui Seth yang begitu menunjukkan kasih dan sayangnya pada Nora.

Seth : "Nora.. ada apa lagi utk seorang suami..kalau bukan kasihsayang kepada isterinya.."



Huh! Tetiba aku jatuh chenta pada Seth. Ada lagikah lelaki seperti Seth di luar sana? Sorry to say banyak yang berperwatakan seperti Eid. Apa-apa pun..bagi aku apa yang baik dan elok untuk dijadikan contoh silalah ambil dan praktikkan untuk kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga kita. Apa yang buruk eloklah diteladani..
Minggu nih dah masuk minggu terakhir drama nih..peehhh...berdebar seehhh..nak tunggu endingnya..lepas nih rindu-rinduanlah aku kat Seth..

Sama-samalah kita saksikan penghujung cerita best ini..layannnn...

Sunday, June 12, 2011

Meraikan Amjad


Untuk meraikan birthday amjad, Jumaat lalu aku buat makan-makan sikit untuk family members..takderlah meriah sangat..just aku buatkan kek untuk amjad, pasta, cheezy wedges dan ayam goreng..sempoi je..untuk makan-makan kat umah dengan keluarga kecil..

Poyo tak poyonya..kol 10.30 am keluar beli barang..kol 12.30 pm sampai umah..
baru hegeh2 nak baking cake untuk amjad..plan asal nak buat malamnya tapi aku lak sibuk baking muffin dan kek alunan kasih untuk makcik aku yang dah lama tak balik kampung..sebab makcik aku nak balik semula Pahang pagi-pagi Jumaat tuh..so, kek amjad last minute..heheheh...

Apalagi gasak aku bersilat kat dapur..pukul 4.30 pm siap semua menu..alhamdulillah..simple-simple je..yang pastinya puas hati sebab amjad suka dengan kek comel upin ipinnya..terima kasih untuk mate aku..yune..yang susah-susah carikan aku edible image tuh dan poskan..tochee laling..sayang kamu..

pic tak banyak..sebab dah letih bersilat..hehehe..

Kek amjad..choc moist cake..



Birthday Boy..yang malu-malu..


My Little Angel..

Wednesday, June 8, 2011

Eppy 2nd Birthday 'My Little Angel'


Muhammad Daiyyan Amjad,

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiranmu yang KEDUA..
Betapa detik-detik masa pantas berlalu..
Berbekas lagi saat mengendungmu selama 38 minggu keseorangan..
Berbekas lagi momen sepurnama di hospital dalam resah gelisah penuh debaran.
Berbekas lagi parut luka tanda kau selamat menjengah ke dunia ini dengan tangismu yang menghilangkan segala duka di hati.

Muhammad Daiyyan Amjad,

KETAWAMU...KETAWAKU...



TANGISMU...DUKAKU...



Kita sama-sama mengatur langkah meneruskan percaturan hidup ini..tiada sesal di hati kerana memilikimu..Sayangku dan kasihku tiada hujungnya.

Doaku mengiringi setiap langkahmu..moga hidupmu sentiasa dipermudahkan..sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat..

"Happy 2nd Birthday My Little Angel"

Tuesday, June 7, 2011

Kek Marble Trio


Lama gak aku tak ke dapor masak kek..adalah dua minggu kot..hehehe..
even tak buat kek tapi buat agar-agarlah plak..sebab mood malas campo mood
ala-ala tak sihat gitu nak godek-godek buat kek..

Ahad arituh sebab malas nak bawak anak jenjalan..layan buat keklah..
spend masa ngan anak juga namanya sebab depa tolong nyibuk juga..afham tolong
mixkan telur..apa lagi sampai ke dinding perciknya..sampai ke rambut amjad
bersepah ngan telur..adeehhh..tak sempat ku nak amik pic..sambil mix..sambil jari
tuh ke mulut...alahai anakku..bab nih memang afham yang ambik tender..

Resepi nih ku amik dari umah Che Mat Gebu kita..baru 1st time cuba..sebab dah bosan buat kek yang sama..budak-budak pon dah winduu nak makan kek..pehhh...bagi aku sodaappp..masa adunkan esen rose..strawberry emulco tuh..semerbak dah bau rumah..si amjad..sikit2 nak..sikit2 nak..sibuk nakkan adunan yang tak masak nih..adeeeiii...dah siap masak tak sabar nak makan plak..sebab oven ku kecik..tersilap letak dalam loyang kecik plak..dapatlah dua loyang..yang kelako..adunan pertama dah selesai masuk perut budak2 sementara satu lagu adunan dalam oven..atuknya siap pesan soh simpan sebelum pi masjid..balik masjid..dia lak yang berteleku ngan tupperware kek makan sambil ngadap tv..adehhh...nasib tak manis sangat..

Seronok tengok diarang selera makan..puas hati..heheheh..
Siapa nak cuba..ini resepinya..Che Mat, ku mintak izin copy paste yerr..

Kek Marble Trio
Sumber: http://www.tiffinbiru.com (Che Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Catatanku : hehehe...sebuk bergaduh ngan anak-anak..ku lupa letak baking powder dan susu tepung..nasib kek naik dan menjadi juga..phewww...
Sorry yer..pose masakan gayanya asyik sama je..ku takder kamera canggih..huhuhu..

Monday, June 6, 2011

Agar-Agar/Puding Gula Melaka


Ni aktiviti dua minggu lepas..baru nak upload..teringin nak makan agar-agar/puding gula melaka..dua hari berturut2 ku buatnya...pastu minggu depannya buat lagi..tapi ku pelbagaikan..letak siraplah..tapi yang lain pic tak ambik..resepinya sesuka hati je..hehehe...

Thursday, June 2, 2011

BIRTHDAYKU..ANNIVERSARYMU...


2hb Jun...

Genap usiaku menginjak ke angka 35...waahhh...tua sudah...huhuhu..
bagi aku bila kita membilang usia..kita semakin membilang dosa dan pahala..
cukupkah amalan yang telah dibuat untuk dibawa bekal ke sana..kerana bertambahnya usia..kita makin menghampiri kematian..

Malam tadi;

Me : Danish, birthday mummy takder hadiah ker?
Danish : (Menjeling)..iyer ker?
Me : Iyerlah..esokkan birthday mummy..ada hadiah?
Danish : Saya nih manalah ada duit nak belikan mummy hadiah..saya sekolah lagi..Mummykan ada duit..mummy je lah yang belikan hadiah untuk diri mummy
sendiri..
Me : pitammm...

tergelak kecil aku dengar jawapan danish..sebenarnya kamu bertigalah hadiah yang terindah dalam hidup mummy..hadiah yang cukup membahagiakan..senyuman, keletah dan kebahagiaan kamu adalah hadiah paling bermakna..noktah..

2hb Jun..

Aku berkongsi tarikh ini dengan adikku Ct..kerana 4 tahun lalu..pada tarikh inilah dia telah bertukar status menjadi isteri orang..untuk adik kesayanganku Ct dan suaminya Lee..eppy 4th anniversary..aku doakan kalian bahagia hingga ke hujung nyawa..cepat-cepatlah dapat baby yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...