CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Thursday, August 18, 2011

Biskut Jem Blueberry


Ni biskut kedua yang ku buat..selepas bangun sahur usai solat subuh start mengukis.
Otomen tido lagi..serik malam tadi kene kacau di bebudak nih terutama si amjad.

Ni biskut favourite anak-anak dan aku..tak tunggu raya pon kadang-kadang aku buat..selalunya buat inti strawberry..tapi kali ini tengok jem strawberry dah abis..yang tinggal jem blueberry je..belasah je lah..buat dua adunan..terlebih lembeklah plak..jenuh tambah tepung sikit demi sikit..pastu masuk peti ais..heheh..
pandai-pandailah otter..kadang resepi yang kita dapat tuh..tak ngam-ngam bentuk kejadiannya..

Resepinya di bawah yer..mintak izin pada yang empunya..lupa cilok mana..

Bahan-bahan
• 260gm tepung gandum
• 1/2 tsp baking powder
• Secubit garam
• 250gm butter
• 125gm gula castor
• 1 tsp esen vanilla
• 1 biji kuning telur
• Jem blueberry secukupnya

Cara-cara
• Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
• Pukul butter dan gula hingga sebati.
• Masukkan kuning telur dan terus kacau. Masukkan esen vanilla dan terus kacau.
• Kaupbalikkan adunan tepung ke dalam mentega dan uli sedikit hingga setakat menjadi doh yang lembut.
• Sukat adunan sebanyak 1/2 tbs dan bulat-bulatkan. Ini untuk mendapatkan bentuk yang sama untuk setiap biskut.
• Menggunakan hujung jari tekan tengah2 biskut untuk membentuk lubang.
• Bakar pada suhu 200 darj cel selama 10 min. Keluarkan sebentar dan paipkan jem di tengah2 lubang.
• ( **Pada masa ini kalau lubang tak kelihatan, boleh tekan lagi sekali krn biskut masih lembut.) Bakar kembali selama 10min. Biarkan sejuk sebelum dimasuk ke dalam balang kedap udara.

• *Nota : Kalau nak bubuh jem siap-siap dan terus bakar 20min-25min pun boleh jugak kot. Cubalah..(ku buat camni..)

0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...