CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Monday, April 19, 2010

TIADA LAGI...



Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi ...
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu

Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

Thursday, April 15, 2010

Hidup Ini Dugaan




First Steps..

Lama dah tak update cerita pasal anak-anak..pasal ultraman 3 tuh..erkk..ada ker orang minat nak tahu citer aku dan anak-anak nih..huhuhu..

My little bear, amjad dah masuk 10 bulan 8hb baru nih..sekejap jerkan masa berlalu..lagi 2 bulan..dah setahun usia budak kecik nomei2 nih..tak sabau aku nak tengok dia berjalan, berlari semer..Haaa..semalam amjad telah membuat kejutan ok..tengah aku syok-syok tengok tv ngn familia..amjad dah mengatur langkah yang pertama..3 langkah dia menapak..then, jatuh terduduk..memasing dah wahhhh…aku rasa aku yang paling besor nganga mulut..sedikit over disitu..besalah..ibu2 nih selalunya over skitt..even anak dah berderet..abang2 si amjad semer start melangkah umur setahun.. ku perhatikan amjad nih cepat skit..memang dia dah mula start jalan dah..tapi bpeganglahkan..tengok perkembangannya telah aku duga mesti dia nih dah bleh jalan dalam usia 11-12 bulan..tak sangka plak..malam tadi dia dah wat gimik..huhuhu..suke..suke..

Layankan pic Mejad..




AKTA 559 - AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997



wah...kira lama gak aku menyepikan diri dari arena blog nih..maaflah korang..sejak dua menjak nih very bz dengan kerja dan udah tentunya anak-anak..korang mesti tertanya-tanya apa motifnya aku letak pic cam kat atas nih..tetiba jek..siap berAkta2 bagai..adakah mummy 3 orang anak nih belajar undang2..amik laws plak..nak jadik lawyer plak ker aku nih..huhuhu..amik laws? takder makna..time belajar dolo belajar Bisnes Law pon gagap..nak menghafal Akta Syarikat pon hilang ingatan..huhuhu...

Ini ceritanya:

AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI
Seksyen 38. "Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
"..

mmmm…aku baru terjumpa akta ini baru-baru ini..tiada dalam pengetahuan ku pulak yang kita boleh mengheret mana-mana orang ketiga yang tidak berniat baik dalam merobohkan rumahtangga kita. Sound interesting..

so, kepada mereka-mereka di luar sana yang ada niat buruk untuk meruntuhkan rumahtangga orang itu, fikir-fikirkanlah..jangan sesuka hati nak jadi batu api ato penghasut.. kalu kat dunia nih pon dah diletakkan undang-undangnya dan juga hukumannya..fikirkanlah hukuman yang bakal diterima di akhirat kelak..dosa meruntuhkan ‘masjid’..memisahkan suami dengan isteri dan anak-anak atau sebaliknya..pehhh…takut aku nak imagine..kalau anda berani..buatlah..bahagia yang dikecapi..for sure sekejap sahaja..telah dijanjikan yang baik akan dibalas baik..yang jahat..pastinya balasannya jahat juga..tidak di sini..di alam sana..

meaning, pada yang teraniaya yang nak ambik tindakan bolehlah merujuk kepada akta ini..aku takderlah maklumat lebih detail..korang mungkin boleh merujuk kepada mereka yang berkenaan..ato google2kan..dan kalu ada maklumat yang aku bagi nih silap..korang perbetulkan ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...