CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Wednesday, August 24, 2011

lagi..lagi..Biskut Raya..

Ari nih dah 24 Ramadhan..sekejap je masa berlalu..camna puasa korang? persiapan raya? harap-harap semua oklah yer..

Ari tuh baru dua jenis ku tayang biskut raya yang baru disiapkan yer..baru-baru nih 4 jenis lagi berjaya disiapkan..alhamdulillah..ini biskutnya..

Biskut Famous Amos


Biskut nih fav budak-budak..even tak raya pon ku selalu buatkan..dapatlah dua balang..yang tak bestnya..satu balang tuh dah tinggal suku..jadi kudapan si afham sambil tengok tv..siap angkut ngan tabung lagi makan mengadap kartun..adehhh...

Biskut Mama Carrie


Serius..aku tak pernah cuba biskut nih..namanya memang tau..tup-tup terjumpa resepinya kat internet..semua kawan aku including adik aku dan opis mate aku kata biskut nih fav diarang..membuatkan aku nak cuba membuatnya..pehhh..bagi aku yang masih amatur dalam mengukis nih..serius tersangatlah mencabar nak membuatnya..nak membakarnya pun kene jaga betul-betul kalu tak hangit..hehehhe..lorekan tuh semer dibuat oleh danish..pukul 2 am baru siap ko..tapi start pon lambat..hehehe..mungkin tak kemas sangat..1st attempt..oklah kan..aku kadang rase cam nak tuko nama dia pada 'Biskut Mummy Takleh Carry On'..sebab boleh bikin aku stress nak menyiapkannya..



Biskut Strawberry


Biskut nih aku amik resepinya dari Majalah Saji..yang banyak tolong buat si Danish ngan kawan adik aku Ayu..thanks Ayu..

Biskut Oreo Black Beauty


Biskut ni memang sedap..ku amik dari umah Kak Ita..tapi kejadiannya taklah secantik yang Kak Ita buat..comot2 gitu..kene belajar lagi nih..heheheh..
Cadangnya ada beberapa jenis lagi nak buat..tapi tengok keadaan dan mood dololah..Ini saja yang nak ku kongsikan kali ini..


Thursday, August 18, 2011

Biskut Jem Blueberry


Ni biskut kedua yang ku buat..selepas bangun sahur usai solat subuh start mengukis.
Otomen tido lagi..serik malam tadi kene kacau di bebudak nih terutama si amjad.

Ni biskut favourite anak-anak dan aku..tak tunggu raya pon kadang-kadang aku buat..selalunya buat inti strawberry..tapi kali ini tengok jem strawberry dah abis..yang tinggal jem blueberry je..belasah je lah..buat dua adunan..terlebih lembeklah plak..jenuh tambah tepung sikit demi sikit..pastu masuk peti ais..heheh..
pandai-pandailah otter..kadang resepi yang kita dapat tuh..tak ngam-ngam bentuk kejadiannya..

Resepinya di bawah yer..mintak izin pada yang empunya..lupa cilok mana..

Bahan-bahan
• 260gm tepung gandum
• 1/2 tsp baking powder
• Secubit garam
• 250gm butter
• 125gm gula castor
• 1 tsp esen vanilla
• 1 biji kuning telur
• Jem blueberry secukupnya

Cara-cara
• Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
• Pukul butter dan gula hingga sebati.
• Masukkan kuning telur dan terus kacau. Masukkan esen vanilla dan terus kacau.
• Kaupbalikkan adunan tepung ke dalam mentega dan uli sedikit hingga setakat menjadi doh yang lembut.
• Sukat adunan sebanyak 1/2 tbs dan bulat-bulatkan. Ini untuk mendapatkan bentuk yang sama untuk setiap biskut.
• Menggunakan hujung jari tekan tengah2 biskut untuk membentuk lubang.
• Bakar pada suhu 200 darj cel selama 10 min. Keluarkan sebentar dan paipkan jem di tengah2 lubang.
• ( **Pada masa ini kalau lubang tak kelihatan, boleh tekan lagi sekali krn biskut masih lembut.) Bakar kembali selama 10min. Biarkan sejuk sebelum dimasuk ke dalam balang kedap udara.

• *Nota : Kalau nak bubuh jem siap-siap dan terus bakar 20min-25min pun boleh jugak kot. Cubalah..(ku buat camni..)

Biskut Dahlia


Assalamualaikum...

Mood mengukis sudah mai..memandangkan esoknya cuti Nuzul al-Quran, so malamnya baru hegeh-hegeh nak start buat biskut raya..jenguk kat umah Kak Ita tuh, dah berapa jenis biskut dia buat..jeles betul..cantik lak tuh..

So, untuk biskut pertama ku cuba buat Biskut Dahlia..tahun lepas biskut ni takder dalam list..tapi tahun nih jumpa resepi nih dari umah Che Mat Gebu kita..apalagi aci cuba try test..peehhh...mmg sedap..elok jadinya..sebelum nih takder lah macam ini..keras je..kali nih rapuh, lembut..
dulang pertama licin disesah otomen bertiga tu..bising kene jerit kata ni bukan mummy buat biskut untuk bagi awak makan..ini untuk raya..adeehhh...

untuk sapa nak cuba, mintak izin yer Che Mat ku copy paste kat sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)- ku pakai margerin je
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan - ceri merah tarak pakai yang hijau

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Monday, August 8, 2011

Diari Ramadhan - Kuih dan Danish

Pejam celik sekejap je masa berlalu..hari nih dah masuk 8 Ramadhan..alhamdulillah..
Camna puasa korang semua? Diharapkan semua memanfaatkan kelebihan dan keberkatan di bulan yang mulia ini.

Danish pon tahun nih tak banyak karenah..yerlah dah 7 tahun..tahun lepas pon dia dah start belajar berpuasa..so, untuk makan ketika sahur pon tidak cerewet seperti dahulu. Kalau tahun lepas asal sahur je mintak nasik dan telur goreng mata..hanya itu yang dia lalu makan. Tapi tahun nih makan seperti orang lain, tidak menangis atau makan sambil pejam mata lagi. Cuma ari pertama berpuasa, menunggu masa berbuka adalah detik-detik yang mencabar. Tak lepas tengok jam mengira detik masa berlalu..kesian plak aku..lebih-lebih lagi bila jam tangan dia ngan jam dinding tu tak sama..bising dia membebel..heheheh...



Ini pulak menu kuih yang menjadi fav umah aku..terutama cik mok..kalu takder agar-agar/puding tak sah..so, gilir2 buat agar-agar ni..memang nyaman tekak menjamahnya..

Agar-Agar Gula Melaka


Dalam acuan bunga..saje try acuan yang baru aku jumpa kat kedai..


Agar-Agar Sirap Rose - nih fav cik mok..


Puding Buih dan Sos Kastard - puding nih aku cuba buat sebab tak puas hati makan yang cik mok beli kat bazar ramadhan..2 keping untuk RM2..buat lagi puas makan..hehehe..adik aku Farah paling suka..


Selamat meneruskan puasa semua.. :)

Monday, August 1, 2011

'Marhaban Ya Ramadhan'



" Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu" (Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan)

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka".

Mohon maaf andainya ada ketelanjuran selama ini..Selamat menunaikan ibadah puasa dengan sebaiknya..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari sebelumnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger