CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Thursday, July 28, 2011

Selamat Berjuang Harimau Malaya !!



Beberapa malam lepas...

Me : Abang, nanti mummy belikan abang jersi Malaysia yer..
Danish: Malaysia? Takmolah..Malaysia tu ‘pengalah’..
Me : Lor..nape pulak..arituh cakap nak jersi Malaysia..
Danish: (Buat muka frust..sangat comel bagi aku)..takmolah..Malaysia tak hebat pon..arituh kalah dengan Singapore..apalah...
Me: Lor..takpalah..itu baru game pertama..khamis nanti game kedua..kat tempat kita..aritu diarang lawan kat Singapore..
Danish: yer ker ? (ayat fav..)
Me: yer lah..nanti kita tengok lagi..kita kene sokong negara kita..nanti mesti MENANG..
Danish : takmolah...tak kuat..saya nak sokong SELANGOR lah...
Me: Selangor tuh negeri..negeri dalam Malaysia..MALAYSIA tuh negara..negara kita..
Danish: ehh...tukolah..saya nak sokong TERENGGANU...
Me: (pengsan..) 

Huhuhu..itulah antara sebahagian dialog aku ngan anak aku si Danish yang baru berumur 7 tahun yang tersangat fanatik dengan bola..terkesan sungguh di hatinya melihat game yang pertama dulu..di mana kita TEWAS pada SANG SINGA ...tak senang duduk dia..membebel..komplen..yang memang buat aku ternganga..wah! anakku..kecik-kecik dan pandai jadik pengkritik..


HARIMAU MALAYA!! Bangkitlah !! Tentanglah SI SINGA itu dengan semangat juangmu..jangan hampakan peminat kecilmu ini..jangan hilangkan kepercayaannya dan sayangnya pada kamu..kami berada di belakangmu...selamat berjuang!!!

hehehe..danish nak menempel...sowie yer..jersi MU je ada..

Dalam Rasa..



Daripada Abdullah bin Abbas ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud:

"Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah swt." (Riwayat al-Bukhari)

Tuesday, July 12, 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU...


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Nota kaki : Mohon share pada yang empunya..:)
Nota aku: Andainya KAU tahu..tidak begini jadinya.....
---------------------------------------------------------

Beribu Sesalan..


Peehhh...tetiba je lagu nih begitu menangkap dan mengganggu emosi aku..terasa begitu dekat..seolah-olah terpampang layar ceritanya di depan mata..seolah-olah aku dapat melihat aksi pelakonnya di pentas hidup..sedikit sebanyak luka di hati ini tercuit..sebak terasa..pilu..pedih..hmmmmmm...siapalah aku kan untuk menolak rasa itu..bukan manusia biasa andainya aku rasa kaku dan mati terus..

Mulalah bait-bait lagu ini kuhalusi..terasa tajam menikam hati..aduhai hati..tabahlah..padamlah kenangan itu...

-------------------------
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

--------------------
kasik korang layan lagu ni..

Wednesday, July 6, 2011

Kek Marble Trio lagi...


Malam tadi afham request nak makan kek..kesian tengok otomen cedera nih..
godek-godek bahan cukup untuk buat kek marble trio lagi..kali ini strawberry emulco ku tak letak, letak perisa oren plak..saje tuko angin..

Resepi nih aku amik dari umah sapa lagi kalu tak Che Mat Gebu kita..tq Che Mat untuk resepi mabeles nih..memang sedap..
ni kali kedua aku buat kek ni..lagi sedap letak perisa oren rupanya..mak abah pon tak menolak makan..kekekek...sapa nak cuba resepinya pernah ku letak dalam entry sebelum nih..ato p terjah umah Che Mat kita..


Bersungguh afham tunggu sampai kek masak even aku dah perambat suruh tido..dah lewat..kek siap pon dah dekat kol 12.00 malam..abangnya dah lelap..tinggal dia dan amjad..senang hati tengok dia sukakan kek nih..yang buat mummynya menyengeh perasan;

Afham: ..wanginya..sedaplah bau kek mummy nih..

Amjad: Amie, mmmmmmmmmmmm....ceeedaapppp..kek..

kekeke..sungguh pandai mengambil hati ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger