CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Sunday, June 20, 2010

Anakku pon pandai 'demam bola'


BOLA..BOLA..BOLA..

Piala Dunia datang lagi..kali ni di South Africa..kira dah banyak game dah..penuh dengan kejutan..berapa fanatikkah anda dengan bola kali ini? Pasukan mana yang diramal akan menjadi juara? Kalau zaman muda-muda dolo aku memang minat giler kat pasukan Brazil,Itali,England, German... Sekarang nih fanatik sangat takderlah..setakat fav tuh bolehlah..antara team fav aku..Spain, Argentina, German, England..errrr..apa lagi yer..ehh..banyaklah plak..tapi most team aku tuh belum menyengat lagi..selalunya orang cakap kalu pompuan minat bola tak dapat nak lari ah dari sebab keenseman playernya...hahhaha...hampehkan...kalu nk bercerita skill ke apa..aku bukan orangnya lah..

Apa yang nak aku ceritakan pada entry ni, demam bola ni bukan sahaja dirasai oleh golongan dewasa..kanak-kanak juga..contoh terdekat adalah anak aku si Danish..tak sangka plak si Danish ni pon pandai layan bola..no wonder masa cuti sekolah ari tuh tiap-tiap malam tido kat luar..rupanya layan bola..

Ari tuh ada dia suruh aku beli bola..sudah aku belikan dan bawak dia dan adik-adik main bola kat taman..memang tak dinafikan memang ada gaya dia main bola..pehhh..kagum gak aku..silap-silap bleh jadi si Torres ato Si Messi..ahaks...tinggi plak berangan aku nih..sudahnya…2 biji bola dah rosak (kempis) dikerjakannya…petang-petang bergasak main bola dengan si afham..malam-malam pon dibantainya main dalam rumah..adeeiii..danish..danish…

~ Tengoklah pic danish nih..asyik layan bola malam tadi..Ghana vs Australia..si afham pon join..layan bola cam layan kartun..musykil aku..bila aku tanya..abang sokong yang mana..senang je jawab..'yang ijau'..







Thursday, June 17, 2010

Meraikan Amjad



Ari Isnin lepas berjaya juga aku buat sedikit sambutan meraikan ulangtahun Mejad Yang Pertama..takderlah nak celebrate sakan..beli kek dan buat sedikit makan-makan dengam familia sajer..

Memandangkan adik aku si Jepp dan keluarganya ada balik sebab kakak ipar adik aku nih kawin..so, cam sengsuailah skitt..nak buat makan-makan sambil santai nih..kalau tak korumnya sedikit je..tak berapa nak meriahlahkan..tempatnya kat rumah adik aku yang sorang lagi..rumah Che Da..anak buah aku si Damia n Ika pon ada..so..ala2 kecohlah kan bila 3 hero aku bertemu 2 heroin nih…

Birthday Boy ala-ala tak berapa nak faham lagi kek-kek bagai nih..so, yang over adalah abang-abang dan kakaknya..kek pon dah comot-comot asyik kene cuit ngn si abang..seronok gak makan-makan dan bersantai sambil tengok bola gitu..kalau ct ada lagi best..hukhuk…





Apa-apa pon melayan keseronokan anak-anak adalah kebahagiaan untuk aku…Eppy 1st Birthday Muhammad Daiyyan Amjad..mummy sayang sama kamu..muahh..muahh…

Wednesday, June 16, 2010

Speechless...

Malam tadi..

Afham: Me, mana adah (sejadah) saya?

Me: Tu..

Afham : Topiah? (kopiah)..

I'm speechless....



Tuesday, June 8, 2010

Setahun Sudah Berlalu..Eppy 1st Birthday Amjad



Setahun dahulu, pada hari Isnin 08hb Jun 2009 tepat pada jam 10.45 am seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan dengan berat 3.16 kg melalui pembedahan. Penantian selama 28 hari di hospital akhirnya berakhir. Si Ibu terpaksa dimasukkan ke hospital pada 12hb Mei 2009 kerana mengalami pendarahan di usia kandungan ketika itu baru 34 minggu. Setelah diagnosis dilakukan ternyata si ibu mengalami Placenta Previa Tahap 2-3 dan untuk faktor keselamatan terpaksa ditahan sehingga kelahiran.



Bayangkan hati rawan seorang ibu yang berhadapan dengan risiko yang amat besar. Mungkin mengalami pendarahan dan sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa, rahim mungkin akan dibuang. Di manakah hendak dicari kekuatan itu melainkan berdoa dan bertawakal kepada Allah Yang SATU..agar semuanya dipermudahkan.. menanti hari-hari berlalu di katil hospital dengan penuh debaran, kesedihan kerana insan yang sepatutnya menjadi pendorong dan pemberi kata semangat hanya muncul di saat akhir.

Memasuki dewan pembedahan dengan perasaan berbaur..semoga urusan ini dipermudahkan oleh Allah agar hari yang seterusnya hidup ini masih dapat diteruskan bersama dua orang lagi si arjuna hati..Akhirnya penantian dan debaran ini berakhir..terima kasih Allah kerana menganugerahkan seorang lagi putera yang sempurna tiada cacat dan celanya sebagai tanda cinta suci walaupun tidak lagi dihargai..



MUHAMMAD DAIYYAN AMJAD ..(bermaksud pelindung@penjagaku yang warak@ soleh)…selamat dilahirkan..tangisannya memukau segenap penjuru hati si ibu..hilang kesakitan, dukalara selama ini bila menatap wajah mongelmu..Genap hari ke 30 berada di hospital..aku dibenarkan pulang. Pehhhh…Merdeka! Pengalaman berharga berada di sana makin mematangkan dan menguatkan semangat aku menempuh dugaan ini..



Hari-hari berlalu melihat dirimu sang putera meniti usia begitu membahagiakan..




Perkembangan amjad hari ke hari begitu mengujakan. Dia ku susukan sepenuhnya dengan susu ibu sehingga usia 6 bulan..bangga kerana dapat memberikan yang terbaik untuknya. Walaupun agak bersusah sebab terpaksa membawa gadget dan mengepam kat office. Tapi demi amjad..apalah sangat kesusahan itu..Usia 4 bulan amjad dah boleh meniarap. Beratnya bertambah ke 6.3 kg. Genap 6 bulan amjad mula diperkenalkan solid foods.Ternyata dia tidak memilih. Usia 7 bulan amjad mulai merangkak, Beratnya pada tika ini dah mencecah 7.5 kg. Mula bangun dah berjalan jatuh diusia yang paling cepat, 10 bulan. Perasaannya memanglah teruja..Dan sekarang berat amjad dah 8.5 kg. Sudah memadai mungkin sebab dia tengah melasak. Tak reti duduk diam. Dah boleh berlawak jenaka.



Heheheh..dan sehingga hari ini aku berbangga bergelar seorang ibu..berbangga kerana masih berjaya BF Amjad..berbangga kerana berjaya menempuh segala dugaan ini..kadang-kadang mood swing..tapi aku masih berbangga kerana masih lagi kuat semangat dan berusaha untuk menjadi mummy terbaik dan membesarkan anak-anak sebaiknya..aku berbangga kerana sentiasa berada di sisi anak-anak dalam susah dan senang dan dalam suka dan duka..Tidak sesekali aku akan meninggalkan mereka..Buat sahabat di luar sana doakanlah semoga segala urusan ini dipermudahkan..semoga langkah aku dan anak-anak tetap seiring menempuh dugaan yang mendatang…

Buat anakku Muhammad Daiyyan Amjad, selamat ulangtahun yang pertama..mummy tidak pernah menyesal mengandungkanmu selama 9 bulan..mummy sentiasa doakan amjad memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat..jadilah anak yang soleh..seindah makna yang mummy tintakan untukmu..mummy tetap berada di sisi amjad dalam susah dan senang dalam suka dan duka..mummy nak amjad tahu yang mummy sayang sesangat kat amjad..amjad arjuna di hati mummy..

Wednesday, June 2, 2010

Funfair Oh! Funfair



Funfair Oh! Funfair…

Malam tadi…

Me : Nak p Funfair tak malam karang?

Danish : Apa mummy? Pam pair?

Afham: Pair?

Me: Adehhh..Funfair..

Danish : ooooo..Funfair..yang ada mainan2 tuh ker? Nak..nak..

Afham: ooooo…nak..nak..

Me: Ok..karang kita p lepas Isyak..

Danish & Afham: Yeeeee…seronok..seronok..

Sudahnya..dalam pukul 9.30 pm kitaorg bertolak p ke sana..parking penuh..jenuh gak berpusing carik parking..anak2 dah excited gler..huhuhu…
Nak masuk ke dalam dikenakan tiket RM3.00 seorang untuk orang dewasa..dan kanak-kanak RM2.00 seorang..

Wahh…boleh tahan jugaklah Funfair nih..aku nih mana pernah ‘berfunfair’ nih..kecik-kecik dolo ada kot..cam-cam permainan..meriah..bising..bingit..anak2 aku sumernya dah ternganga..mulut tak leh katup..lawak betul..banyak gak gamenya..1 token = RM2.00..satu game paling minimum memerlukan 2 token per orang..ada yang sampai 4 token per orang..bleh tahan gak..hahahha..sudahnya rabak poket aku..sedar tak sedar tengok balance duit RM 2.00..adeeiii...si Danish siap soh aku p bank amik duit lagi pastu datang sini balik sebab dia nak main lagi..demand betul..

Aku just cuba main keretapi ulat ngan 3 beradik tuh..pehhh…ngeri gak..aku nih kan takut tinggi2..walhal tak tinggi sangat pon..apa yang aku takut..dibuatnya otomen tiga nih gelabah..terjun ke apa..nak-nak si afham..dia nih unpredictable skit..lasak tak hingat..kan naya..lama lak tuh pusingan dia..aku dh scary..danish siap tanya..berapa minit lagi mummy..afham plak..sebuk jerit..stop..stop..amjad..uuuuuu…skitt2..uuuuu…hahahha..lawak betul..sungguh comel..walhal mummy dia berpeluh2..dok peluk lengan memasing..

Aku perhatikan ada game yang membuatkan sampai pening-pening..ada yang muntah-muntah..seronok plak dok perhatikan orang..anak aku lak..asal mender berkereta jek nak ajak try..tatau ke mummy dia nih penakut..ku ajak masuk umah hantu..takmo plak..

Pukul 12.30 am baru sampai umah..adehhh…penat..pukul 2.00 am baru tido..layankan pic nih..pic tak cantik..kamera aku rosak…hukhuk…bikin hangat hati jekk..









Eppy Besday To Me..


~ (Suprised card..dari adik aku eydah (che da)..huhuhu)

Eppy Besday to me.. Eppy Besday to me..Eppy Besday to me..Eppy Besday to me…..hahahhaha…

Cam gedik jek nyanyi syok sendri di situ..dah terlebih umo pon ada hati nk 'berbirthday to you' juger..motif di situ..wahhhh..hari nih cam meriah jek dunia aku dengan birthday wish dari kawan-kawan..adik beradik semer..tak sangka plak diri ini begitu disayangi..cheewah..poyo jek statement..korang layankan jek Birthday Girl terlebih umo nih…dush..dush..

Peh…sedar tak sedar dah 34 tahun usia aku..dah tuakan..imagine lagi 6 tahun aku dah masuk 40-an..nak jadik warga emas dah..ahaks..aku rasa dah tiba masanya untuk aku kutip apa yang telah aku tertinggal..lupakan apa yang sepatutnya aku lupakan..sayang orang yang sayang aku..membuatkan aku teringat pesanan kawan baik aku..Mapai..
” Mate, Hidup ini singkat…banyak lagik utk kita explore n experience dalam hidup kita nih..bukan dihabiskan begitu sahaja..jangan wasted life ko..blaa..blaa”..thanks mate kerana berada di belakang aku dalam susah dan senang..really appreciated..aku sayang ko sesangat…dalam usia ini aku rasa bukan lagi masa untuk aku 'berleha-leha' bukan lagi masa aku untuk main teka-teki..hide n seek...aku harus bangun dari kejatuhan dolo..semoga aku menemui kebahagiaan itu..yang penting bahagia di dunia n akhirat..

Buat sahabat2 aku..doakanlah semoga perjalanan hidup aku bersama anak-anak ini dipermudahkan..aku nak korang semua tahu yang aku sayang korang semua..sangat2..koranglah sebahagiaan dari hidup aku…


~ new me..ada gaya umo 34 tahun gitu? huhuhuh..

Tuesday, June 1, 2010

June Sudahh...


Sekejap je masa berlalu..hari ini kita dah menjejak kaki ke bulan Jun..wahhh…
Tahun ini bulan Jun lebih bermakna dalam hidup aku..tahun ini aku berkongsi tarikh lahir dengan dua orang permata hati aku..Amjad dan Afham..Anak bujang aku nih memasing juga lahir dalam bulan Jun..Amjad pada 8hb..dan Afham pada 25hb.

Wah…seronok plak rasanya..Esok aku akan menyambut hari lahir. Yang keberapa? Hahahahh..nak main teka-teka tak? Cam poyo plak..ada orang suka menyembunyikan tarikh kelahiran mereka..cam aku..aku tak kisah sangat untuk berkongsi..bukannya luak apa pon..

Esok ah aku buat entry utk diri aku sendiri..apa-apapun aku eppy dan bahagia dengan life bersama anak-anak..memerhatikan mereka membesar di hadapan mata..Terima Kasih Allah..atas anugerah yang tidak ternilai ini..moga mereka menjadi anak yang soleh dan memimpin aku membawa ke pintu syurgaMu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger