Setahun dahulu, pada hari Isnin 08hb Jun 2009 tepat pada jam 10.45 am seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan dengan berat 3.16 kg melalui pembedahan. Penantian selama 28 hari di hospital akhirnya berakhir. Si Ibu terpaksa dimasukkan ke hospital pada 12hb Mei 2009 kerana mengalami pendarahan di usia kandungan ketika itu baru 34 minggu. Setelah diagnosis dilakukan ternyata si ibu mengalami Placenta Previa Tahap 2-3 dan untuk faktor keselamatan terpaksa ditahan sehingga kelahiran.
Bayangkan hati rawan seorang ibu yang berhadapan dengan risiko yang amat besar. Mungkin mengalami pendarahan dan sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa, rahim mungkin akan dibuang. Di manakah hendak dicari kekuatan itu melainkan berdoa dan bertawakal kepada Allah Yang SATU..agar semuanya dipermudahkan.. menanti hari-hari berlalu di katil hospital dengan penuh debaran, kesedihan kerana insan yang sepatutnya menjadi pendorong dan pemberi kata semangat hanya muncul di saat akhir.
Memasuki dewan pembedahan dengan perasaan berbaur..semoga urusan ini dipermudahkan oleh Allah agar hari yang seterusnya hidup ini masih dapat diteruskan bersama dua orang lagi si arjuna hati..Akhirnya penantian dan debaran ini berakhir..terima kasih Allah kerana menganugerahkan seorang lagi putera yang sempurna tiada cacat dan celanya sebagai tanda cinta suci walaupun tidak lagi dihargai..
MUHAMMAD DAIYYAN AMJAD ..(bermaksud pelindung@penjagaku yang warak@ soleh)…selamat dilahirkan..tangisannya memukau segenap penjuru hati si ibu..hilang kesakitan, dukalara selama ini bila menatap wajah mongelmu..Genap hari ke 30 berada di hospital..aku dibenarkan pulang. Pehhhh…Merdeka! Pengalaman berharga berada di sana makin mematangkan dan menguatkan semangat aku menempuh dugaan ini..
Hari-hari berlalu melihat dirimu sang putera meniti usia begitu membahagiakan..
Perkembangan amjad hari ke hari begitu mengujakan. Dia ku susukan sepenuhnya dengan susu ibu sehingga usia 6 bulan..bangga kerana dapat memberikan yang terbaik untuknya. Walaupun agak bersusah sebab terpaksa membawa gadget dan mengepam kat office. Tapi demi amjad..apalah sangat kesusahan itu..Usia 4 bulan amjad dah boleh meniarap. Beratnya bertambah ke 6.3 kg. Genap 6 bulan amjad mula diperkenalkan solid foods.Ternyata dia tidak memilih. Usia 7 bulan amjad mulai merangkak, Beratnya pada tika ini dah mencecah 7.5 kg. Mula bangun dah berjalan jatuh diusia yang paling cepat, 10 bulan. Perasaannya memanglah teruja..Dan sekarang berat amjad dah 8.5 kg. Sudah memadai mungkin sebab dia tengah melasak. Tak reti duduk diam. Dah boleh berlawak jenaka.
Heheheh..dan sehingga hari ini aku berbangga bergelar seorang ibu..berbangga kerana masih berjaya BF Amjad..berbangga kerana berjaya menempuh segala dugaan ini..kadang-kadang mood swing..tapi aku masih berbangga kerana masih lagi kuat semangat dan berusaha untuk menjadi mummy terbaik dan membesarkan anak-anak sebaiknya..aku berbangga kerana sentiasa berada di sisi anak-anak dalam susah dan senang dan dalam suka dan duka..Tidak sesekali aku akan meninggalkan mereka..Buat sahabat di luar sana doakanlah semoga segala urusan ini dipermudahkan..semoga langkah aku dan anak-anak tetap seiring menempuh dugaan yang mendatang…
Buat anakku Muhammad Daiyyan Amjad, selamat ulangtahun yang pertama..mummy tidak pernah menyesal mengandungkanmu selama 9 bulan..mummy sentiasa doakan amjad memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat..jadilah anak yang soleh..seindah makna yang mummy tintakan untukmu..mummy tetap berada di sisi amjad dalam susah dan senang dalam suka dan duka..mummy nak amjad tahu yang mummy sayang sesangat kat amjad..amjad arjuna di hati mummy..
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Tuesday, June 8, 2010
Setahun Sudah Berlalu..Eppy 1st Birthday Amjad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Lalala:
Hepi Besday Amjad...moga membesar jadi anak yg soleh...
tak berubah muka dia dari newborn dulu ye
tq kak ina...InsyaAllah..hehehhe..tak berubah ekk? yg nmpk berubah tuh si afham gamaknya..
hohohoho..no komenla..sejak lahir tang pipi tuh mmg dah labuh..ekekekekekeke..anyway, happy birthday sayang!!!!!
Post a Comment