CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Demam..



Last week aku adalah hectic giler..Anak-anak telah dilanda demam..bermula dengan Afham yang suhunya sampai bleh cecah 40.7◦ ..kelamkabut aku nak sejukkan badan dia..dahlar dia nih wat peel..letak towel basah..takmo..dicampaknya..siap kene paksa2..letak cool fever pon sibuk nak bukakkan..merengek jek..walhal masa sihat dia yang paling aktif..kendian diikuti Amjad..suam-suam badannya..batuk semer..sian betul..last sekali si Danish..terpaksa aku cutikan dia selama dua hari dari pegi sekolah..ari tuh beria-ia dia tolong jaga si afham..tup-tup dia pon tak sihat sama lepas tuh..terlepek jek..siap muntah lagi..

aduhhh…memang tak terlayan aku dibuatnya..sian afham..merengek-rengek dia..nak berdukung..nak beriba..nak berpeluk..amjad lagi..memang serba tak kenalah aku nih..amik afham..amjad nangis..letak afham ambik amjad..afham plak nangis..semer takmo ngn orang lain..semer nak mummynya..sedih betul aku bila tengok anak sakit nih..
Nampak kesayuan, ketidakselesaan di mata mereka..minta dibelai..dikasihani..

Selepas beberapa hari berperang..bersilat ngan anak-anak nih..alhamdulillah..mereka beransur sembuh…namun masih batuk-batuk dan selsema lagi..masih kena pantau..makan ubat..


~ danish bertungkuslumus membantu pujuk afham yang takmo kene lap ngn towel..lawak..cam2 skrip memujuk dia..


~tido beriba sampai ke pagi..sampai basah2 baju n seluar aku dek kain lembap tuh..lenguh gler aku..


~Ubatan

Tuesday, October 27, 2009

Alahai Anak-Anak Ku..

Semalam entry aku pasal Amjad demam. Ari nih masih pasal Amjad. Semalam,tepat pukul 5.00 pm jek, bergegas aku balik nak jenguk Amjad. Siang kat office aku ada call mak nak tanya keadaan dia. Tapi hp tak diangkat. Biasalah mak aku nih..hp dia merata..kadang dalam beg dia..tak sedar. Sampai kat depan umah nampak abah aku tengah dukung Amjad. Mak aku tengah tunggu kat atas tangga. Lupa plak ari nih hari Isnin, selalu dia tunggu aku balik nak soh aku hantar dia pi mengaji. Budak berdua tu pon amik can nak ikut. Balik jek umah terus terpa Amjad. Rasa badan dia cam suam-suam lagi. Cek suhu 37 lebih jek skit..masih susah hati lagi.

Pastu dia dah start merengek-rengek..bila aku marah kat abang-abangnya yang kejenya asyik bergaduh jek....dia dah start mencebik-cebik...walhal bukan aku marah kat dia..bila si afham meraung bergaduh ngan danish, amjad pon ikut melalak..adoilar..dia start dah..melarat-larat tangisan dia buat aku gelabah..hingar rumah aku di petang-petang hari ngan suara amjad, afham pastu si danish pon sama join melalak..semer berebut nak soh aku peluk..nak suruh aku pujuk..atuk ngn achik diaorang nak pujuk pon takmo..semernya nak aku..imaginelah..ngan amjad kat atas riba melalak..afham plak nak soh aku peluk dia suruh dukung..juga melalak..si danish pon mengada-ngada sama peluk aku dari belakang..mulalah dok main tepis menepis ngan si afham.. adusss...pening..pening...mencabarnya untuk seorang ibu seperti aku yang baru balik keje nak melayan tiga orang anak lelaki yang sedang buat peel..sabar..sabar...bawak bertenang-bawak bertenang (pinjam ayat fav danish)..
Inilah pengorbanan yang harus aku bayar demi untuk anak-anak..

So, malam dah tenang skit bila Afham dah tertido..Amjad pon sama..layan si Danishlah plak buat homework..dia nih selagi tak siap keje sekolah dia selagi itulah kena tunggu tengok dia buat keje..Pukul 10.30 pm, Afham bangun..Amjad pon sama..aisey..abislah aku..dan seperti diduga sudahnya aku sempat tido 4 jam jek pagi tadi..mana dok pantau suhu amjad lagi..siap cecah 39.1’ . Apalagi kena lap badanlah..kasik turun..lepas bagi makan ubat..dia tertido..Jam masa tuh pukul 1.00 am. Aku pon take turn tido. Pukul 4.00 am aku terbangun. Check Amjad. Panas balik plak dah badan dia. Bagi makan ubat. Pukul 5.00 am aku sambung tido. Pukul 6.00 am dah terbangun. Kalu aku layan nih maunya terbabas, bangun jeklah..sudahnya aku mamai..pening..pagi nih..sampai opis pon mandom jek..

Monday, October 26, 2009

Amjad Demamlah Plak..




Ari nih adalah monthly checkup untuk Amjad. Balik kerja semalam aku perasan badan dia cam suam-suam panas jek. Menjelang maghrib tuh dia dah start menangis-nangis. High pitch lagi. Buat aku gelabah dan panic gler. Amjad nih budak baik. Selama nih memang jarang menangis. Suka senyum. Bila dia start nangis beria-ia memang menakutkan bagi aku. Puas dipujuk takmo diam. Parents aku plak takder. Cam biasa ah pi masjid. Jenuh aku. Akhirnya dia tertido juga. Aku check suhu dia. Memang sah demam 37.6 ’. Aisey...Demam biasa. Mungkin sebab peralihan bulan ato dia sakit nak tumbuh gigi sebab aku tengok dia asyik dok kemam2 bibir dia. Tak tahulah..pandai-pandai jek aku teka nak menyedapkan hati sendiri.

Dalam pukul 10.30 pm dia bangun semula. Pukul 1.30 am baru tido. Jenuh aku menunggu. Hero yang sorang nih si Afham belum lagi tido.

So, pagi tadi aku kejutkan dia dan bersiap-siap nak bawak pi klinik. Suam-suam lagi badan dia even semalam aku dah bagi makan ubat. Aku cek suhunya. 37.3’..Demam lagi. Hantar Cik Mok dan Amjad dolo kat klinik sebab nak ambik nombor. Mak aiiii...ramai amat dah orang..Dapat no. 29, then bergegas pi hantar Danish pi tadika dolo. Lari balik pi klinik. Orang ramai lagi. Turn Amjad pon lama lagi. Mungkin sebab badan tak sedap kot, dia dah start merengek-rengek. Bila turn dia timbang jek, apalagi high pitchlah plak budak nih melalak. Semua orang dah pandang..adoooi...glamerlah plak aku..Start merengek-rengek..So, far takder apa masalah sangat. Beratnya ok. Peh! Berat Amjad dah naik dari 6.3 kg ke 7.1 kg..Diaorang tanya aku bg susu apa. Dengan bangganya aku menyatakan aku Fully BF. Cam terkagum plak diaorang. Huhuhu..Cek suhunya 37.6’. Demam Biasa. Dinasihatkan kalu naik lagi kena lap badan dia semer dan bawak ke klinik. Ubat demam ada diberikan sekali tadi. Really hope dia makin ok nanti..

Wednesday, September 16, 2009

Stresss...stresss..Amjad demam...Afham wat peel..


Ari nih dah 26 Ramadhan..

2 ari lepas aku mc sebab budak amjad nih tetiba jek demam.
Balik office petang ahad tuh rasa hangat semacam jek badan dia. Nasib ada ubat demam dah so, bagi jek. Malam tuh suhu naik cecah 39.1 . Bergagau aku.Tak tido dibuatnya. Lap badan dia semer. Turun skit suhunya. Pagi esok supposenya aku bawak dia pi klinik untuk suntikan 3 bulan. Dah demam nih manalah dioarg suntikkan. So, pi bawak klinik check. Doktor kata demam biasa jek. Disebabkan virus sebab dia asyik poo-poo jek..mungkin sebab weekend tuh kitaorag asyik berkemas rumah, berhabuk kot..

So, ari Isnin tuh aku memang tak pi officelah walhal keje kat office tuh berlambak kena siapkan sebelum cuti raya nih...adoiii..stress..stress..
Si amjad nih jenis susah nak bagi makan ubat. Tak macam si afham. Bila bagi tuh dia luahkan balik. Menangis-nangis semer..adoi..kalu tak makan ubat camna nak sembuh nak ooii..

So, malam ari isnin tuh dalam aku dok pujuk2 amjad minum ubat dia sambil pusing2 satu rumah, aku tinggalkanlah ubat tuh atas meja. Dah ditutup pon tudung dia. Achik dia pon ada sebelah meja tuh tengah baring-baring tengok tv. Tiba-tiba Danish datang bagitau.."Mummy, Afham curah ubat Amjad dalam bekas air"..Hah? bergegas aku keluar..tengok2 kat meja tuh takder botol ubat demam tuh..afham pon takder..rupa-rupanya dia menyorok balik pintu bilik nenek dia..siap panggil "Mummy"..ngan muka cute dia tuh..aku tengok kosong sehh botol ubat tu...aku tengok dalam bekas air tuh memang ada kesan ubat tuh..ada ker dicurahnya ubat adik dia nih dalam bekas air yang aku buat jerlung kepala amjad..ayarrk...memang hangin satu badan aku..dahlar masa nih dah pukul 11.00 lebih..klinik pon dah tutup..memang kena dia sedas dua ngan aku..si Danish pon sekali..geram betul aku..dahlar aku tengah susah hati ngn si amjad nih asyik poo-poo jek..nagn panas badan dia..si afham nih plak buat perangai..

Dia nih plak muka bleh wat selamba jek..bleh buat muka alar2 cute dia tuh..dia tak tau ker mummy dia nih dah tuko jadik 'hijo'dah..tak pasal kena sebat ngan aku..pastu baring atas riba Danish mintak dipujuk..si Danish ni melayan plak adik dia..tolong peluk2..pujuk2..

Jap lepas tuh Danish datang..masuk bilik sambil cempung afham nih..dah tertido rupanya..sayang jugak dia nih kat adik dia..kalu bergaduh cam nak berbunuh jekk..huhuhuu..

Pukul 4.00 pagi aku terbangun sebab si amjad nih merengek sekali ngan si afham bangun sama..pastu apalagi..susah nak tidolah dia..siap pi makan nasik ngan atuk dia..sahur sekali..afham..afham..awatlah nakal sangat..

So, ari Selasa tuh pon aku mc..siap pi klinik semula mintak ubat si amjad balik...

Pagi tadi, nampak amjad dah start kebah dah..demam lagi tapi suhu dia dah turun dah..aku plak terpaksa pi office arinih sbb opismate cuti..hope demam amjad tak berpanjangan...

Kelamkabut pon sempat lagi aku snap pic muka sedih amjad nih...huhuhuh..







Sunday, April 12, 2009

Demam Lagi..


Sunday Bluess...
Pehhh..malasnya nak bangun pi keje, malasnya nak bangun pi hantar Danish tadika..
Bestnya kalu bleh terbongkang lagi kat atas katil..Ada boleh lagiker berjoyer2 cam gituh..beranganlah jawabnya..udahler..anak dah masuk tiga weehhh..mana lagi ada time nak bermalas-malas nih..muaahahaha..

Apa nak apdate arinih? Citer demam lagilah jawabnya. Minggu lepas minggu keletihan lagi bagi mak buyung aka superwomen nih..kadang rasa vangga jek pada diri sendrik..
pehhh...beruntungnya sapa dapat bini cam aku nih..really berdikari..nak manja2? sorry naik lorilah yer..takder orang nak manjakan anda yer..so, jangan nak perasan..
ehhh..takder suami ker yang vangga dapat bini yang begitu tidak menyusahkan dirinya? selalunya sang isteri kalu tgh pregnant ni mesti nak manja2 jek..aku? ada juger perasaan itu, tapi nak wat camnakan...sendrik mau ingatlah..

merapu...pi balik tajuk asal..

Demam Lagi? Adoiiiilar…letihnya makcik..tapi yerlah kan, sapalah kita nak mengelak ketentuan dan kuasa Yang Satu. Ari Selasa minggu lepas, Afham dah start selsema. Hidung pon dah start berair. Mulanya tak berapa riso sangat, sebab biasalahkan budak-budak. Then, badan dia dah start suam-suam Mulalah ku naik riso, sibuk check suhunya. Dalam 38 darjah lebih. Aiiiii…dah nak demam balik ker budak nih. Baru lagi demam bulan lepas. Tetapi memandangkan dia tetap aktif, so ku bagi dia makan ubat demam biasa jeklah. Balance bulan lepas punyer.

Hari Rabu masaku balik opis, nampak dia dah start batuk-batuk. Bila batuk jek muntah. Batuk jek muntah. Aiii..budak nih, semacam jek. Bila main muntah-muntah ni mulalah ku riso lebih2. Stress plak. Iyerlah. Baru tuko baju, batuk jek muntah. Tuko lagi. Batuk jek muntah. Baju aku nih pon berapa kali dia muntahlan. Cadar katil semer. Yang paling ku riso, bila dia makan dan minum. Batuk jek muntahkan balik...adoooii...camnih payahlah. Kesian kat budak. Sakit apa bila muntah-muntah nih. Abangnya Si Danish pon tahu susah hati. Soklan dia tambah wat mummy dia nih susah hati.

"Mummy, napa adik nih asyik muntah jek? Sikit2 muntah..sikit2 muntah. Letihlah saya tengok. Sian adik.."

Bertambahlah kerisoaan hati si ibu..So, malam tuh memang tak lena aku tido. Asyik dok merenung muka kecil dia nih jek.

Pagi esoknya ku pergi kerja dulu cam biasa. Nak cuti, almaklumlah. Tapi ku dah plan, tengahari nih memang ku angkut dia pi klinik. So, lunch hour ku angkut afham pi checkup. Doktor cakap demam selsema biasa jek. Cuma dia ada lelah sikit. Selsema sebabkan dia berhingus dan berkahak. Sebab tuh dia asyik muntah. Tak payah sedut kahak dia sebab tak sampai bab kronik. Doktor cakap tak payah riso...pehhh...barulah rasa senang skit hati. Kalu tak aku lak yang rasa moody dan sakitnya tengok dia camtuh. Lepas bagi makan ubat nampak demamnya dah kurang skit..
Alhamdulillah... namun demam tak demam..keaktifannya tuh memmag tak terlayan..afham..afham...



~ Ubat-ubatan dak Afham



~ Gaya budak nakal demam tido.. selimut pon disepaknya jek..

Wednesday, March 25, 2009

Minggu Yang Memenatkan

Pehhhh..lama sudah aku tak wat entry dalam blog nih..Sebabnya malas + takder idea + takder masa + tak sihat…blaa..blaa..banyaklah plak alasannya..kita nih bab mencari alasan terror bebenor..

Tapi actually last week adalah minggu yang paling memenatkan + minggu sakit kot..sebabnya..aku kena demam + batuk + nak asthma pon ada..adooooiii..siap dapat mc dua hari..bersilih ganti lak tuh ngn engineer aku…gamaknya opis aku nih ada virus kot..seblum tuh bos tak sihat..pastu aku..pastu engineer aku plak..kena sembur pembasmi kuman kot kat opis nih…

Anak-anak pon tak sihat. Mula-mula si abang (Danish)..ada ulser kat bibir dia. Badan suam-suam jek..pastu si adik plak (Afham). Pun kena ulser kat mulut. Pastu badan dah start panas-panas dah. Pastu batuk-batuk. Kesian ngn budak dua orang nih..nasib si abang cuti sekolah. So, memang tak p sekolahlah kan..Dalam mc-mc aku tuh p lah plak bawak depa check kat klinik. Doc kata Demam dan batuk biasa jeklah. Release hati mendengarnya..

Takut jugakkan..pada penyakit yang tak sepatutnya. Denggi ker..Chikunguya ker...Nauzubillah..mintak Allah jauhkan dari anak-nak aku nih..so, letihlah jugak nak menjaga depa nih..dahlar aku pon tak sihat. Ngn berat perut lagi. MC pon cam tak Mc jek. Bergasak ngn anak jantan nih...nasib depa nih memang lasak.. takderlah nak merengek sangat. Cuma bab nak makan ubatlah payah...si adik susu takmo minum, makan pon takmo...sian dia..kurus plak nengoknya..pastu start naik ruam-ruam..riso aku..campak kah? Jintungankah? Penyakit tangn kaki dan mulutkah? Pehhh..nape? ingat mnjadi seorang ibu nih senang ker? Nak-nak yang bergelar bionic woman cam aku nih..semer kena wat sendrik..nasib stay ngn family, bleh gak main past2 jek..takpa-takpa..sayang anak nyer pasal..



(Tu dia...ubat abang n adik yang berderet)



Dia nih memang suke benor makan ubat..



Si abang nih payah skit...dia kena ada ayaq segelas..kdg tuh muntahkan balik..tp kali nih telan jek..sebab tercabar tgk adik dia kot..



Ruam dak afham..



Kaki pon ada..



Cian..anak mummy..

So, smlm aku tengok diaorg dah ok dah.. adik pon dah selera makan dan minum balik..alhamdulillah…ruam dia pon dah hilang..ulser pon dah hilang..nak makan jek..pulun ganti masa time demam tuh kot..So..layan jeklah ekk…pic bebudak ni..






Tu dia..org baik demam tgh selera nak makan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger