CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Thursday, September 23, 2010

Coretan Aidilfitri 2010/1431H



Hari nih dah masuk hari yang ke 14 dalam bulan Syawal..sekejap je..dah bz balik ngn keje-keje kat office..nak buat entry raya langsung tak berkesempatan..nak buat kat umah lagilah dengan anak-anak yang tak sihat..masa habis dengan berkepit je dengan mereka especially Amjad.

So, arini gigih aku mencari kesempatan itu..mungkin dah basi untuk korang..bukan best sangat pon..janji ada untuk aku kenangkan..

Tahniah untuk anak sulung aku nih..Muhamad Danish Aiman, 6 tahun. Tahun nih tahun pertama dia belajar puasa..dan markahnya adalah 27/30…not bad kan..at least dia bersungguh berpuasa..orang dewasa pon manjang yang ponteng gitu…sendiri mau jawablah nanti..tak penuh pon sebab dia demam + blur..huhuhu..apa-apa pon mummy tetap bangga dengan kamu..tahun depan cuba sampai penuh yer sayanggg…

Menjelang Raya

Dua hari menjelang raya adalah hari yang membahagiakan sebabnya semua adik-adik aku dah balik..berkumpul di rumah..riuh rendah teratak buruk kami usik mengusik..bila 6 beradik nih berkumpul..dengan kebanyakannya dah berkeluarga…apalagi..macam nak roboh umah mak aku nih..semer plak dah bagak-bagak..huhuhu..

Berbuka puasa beramai-ramai paling menyeronokkan..seronok dapat berebut makan nih..ramai yang tak muat dalam pic..huhuhu...


Malam Raya

Aktiviti malam raya adalah yang paling ditunggu..aktiviti BBQ..especially oleh adik aku Eydah aka Che Da yang memang teringin nak makan bbq lamb..besalah mak buyung..heheh..dan orang kuatnya kalau tak si Lee (suami adik aku Ct) sapa lagi..tiap tahun dia dan adik aku (Achik) jadi tukang bakar..bakar ayam takpa..jangan bakar orang fizikal (cam kes terhangat la nih) n mental (menghasut)...no..no..no..
Ct plak tukang marinated..yang lain..apa lagi tukang perabih..hahahah..dan seperti biasa..setiap tahun di malam raya..kampung aku nih akan blackout sekejap..memang acara wajiblah..dalam sejam..nasib time nih kitaorg memang pencen buat kuih atau kek..kalu tak haruu..dah blackout..apalagi memasing memenuhi anak tangga umah..termenung..huhuhu..

untuk tengok pic, sila ke belog adik aku..sebab aku tak sempat amik pic..


1 Syawal

Pagi Syawal adalah pagi yang hectic sebab memasing akan berebut nak iron baju sebelum pi solat kat masjid..yang mana yang tinggal umah akan ambik job kemas umah..Balik masjid..aktiviti makan-makan dan bersalaman.
Pagi Syawal tahun nih berbekas dalam hati aku sebab ada tangan yang tak dapat ku salam dan ku cium..tak mengapalah..namun aku rasa sedikit terkilan kerana peluang di hari mulia ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya..

Pic raya..







7 Syawal..

Terbaekkk….pegi piknik di Air Terjun Sekayu bersama keluarga..cukup korum..apalagi..cam-cam peellah jawabnya..anak-anak paling seronok..yang pentingnya..bahagia ku di sini…



Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri aku dan anak-anak ucapkan pada semua sahabat-sahabat di luar sana yang mengenali diri ini..geng-geng belog semer..maafkan aku andai ada salah dan silap dalam tutur dan bicara....semoga kalian semua berbahagia di hari lebaran yang mulia ini..

Thursday, September 2, 2010

‘The Making’ of Biskut Raya 2010


Gigih aku tahun nih berperang dengan 3 Otomen aku tambah dengan Princess Damia (anak sedara) nak buat biskut raya..semer nak menolong kununnya..menolong kacau adalar..berkecah dapur..mandi tepung bagai diorang..kunun nak mengayak tepung sangat..adehhh…tahun lepas si amjad baru berapa bulan..tahun nih dia dah dapat kaki..apalagi dia pon join sama berperang ngan aku..sekejap-sekejap datang mengacau..panjat-panjat kerusi semer..

23 Ramadan dah..biskut raya baru siap 4 jenis..ada lagi 2-3 jenis nak buat…Insya Allah sempat..tapi seronok juga bila buat sendiri nih..rasa puas hati bila tengok anak-anak berangkut-angkut lepas sekeping-sekeping..rasa kepuasan..huhuhu..

Inilah biskutnya; Biskut Jem Strawberi, Tat Nenas, Biskut Hamparan, Biskut Kuaci..



Mejad yang menyibuk di situ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger