CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Showing posts with label Amjad. Show all posts
Showing posts with label Amjad. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Muhammad Daiyyan Amjad - 4 tahun sudah..

Assalamualaikum...


Semalam 8hb Jun genap usia si bongsu aku Amjad 4 tahun...

Makin besar..makin panjang akal..makin manja ini budak pipi tembam..

Selamat ulangtahun kelahiran Sayang Mummy Amjad...Mummy sentiasa mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan dan rahmat Allah dunia dan akhirat untuk kamu..semoga kamu menjadi anak yang soleh..In Shaa Allah..

Sayang kamu ketat-ketat...muahhhhhh




Wednesday, June 8, 2011

Eppy 2nd Birthday 'My Little Angel'


Muhammad Daiyyan Amjad,

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiranmu yang KEDUA..
Betapa detik-detik masa pantas berlalu..
Berbekas lagi saat mengendungmu selama 38 minggu keseorangan..
Berbekas lagi momen sepurnama di hospital dalam resah gelisah penuh debaran.
Berbekas lagi parut luka tanda kau selamat menjengah ke dunia ini dengan tangismu yang menghilangkan segala duka di hati.

Muhammad Daiyyan Amjad,

KETAWAMU...KETAWAKU...



TANGISMU...DUKAKU...



Kita sama-sama mengatur langkah meneruskan percaturan hidup ini..tiada sesal di hati kerana memilikimu..Sayangku dan kasihku tiada hujungnya.

Doaku mengiringi setiap langkahmu..moga hidupmu sentiasa dipermudahkan..sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat..

"Happy 2nd Birthday My Little Angel"

Tuesday, June 8, 2010

Setahun Sudah Berlalu..Eppy 1st Birthday Amjad



Setahun dahulu, pada hari Isnin 08hb Jun 2009 tepat pada jam 10.45 am seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan dengan berat 3.16 kg melalui pembedahan. Penantian selama 28 hari di hospital akhirnya berakhir. Si Ibu terpaksa dimasukkan ke hospital pada 12hb Mei 2009 kerana mengalami pendarahan di usia kandungan ketika itu baru 34 minggu. Setelah diagnosis dilakukan ternyata si ibu mengalami Placenta Previa Tahap 2-3 dan untuk faktor keselamatan terpaksa ditahan sehingga kelahiran.



Bayangkan hati rawan seorang ibu yang berhadapan dengan risiko yang amat besar. Mungkin mengalami pendarahan dan sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa, rahim mungkin akan dibuang. Di manakah hendak dicari kekuatan itu melainkan berdoa dan bertawakal kepada Allah Yang SATU..agar semuanya dipermudahkan.. menanti hari-hari berlalu di katil hospital dengan penuh debaran, kesedihan kerana insan yang sepatutnya menjadi pendorong dan pemberi kata semangat hanya muncul di saat akhir.

Memasuki dewan pembedahan dengan perasaan berbaur..semoga urusan ini dipermudahkan oleh Allah agar hari yang seterusnya hidup ini masih dapat diteruskan bersama dua orang lagi si arjuna hati..Akhirnya penantian dan debaran ini berakhir..terima kasih Allah kerana menganugerahkan seorang lagi putera yang sempurna tiada cacat dan celanya sebagai tanda cinta suci walaupun tidak lagi dihargai..



MUHAMMAD DAIYYAN AMJAD ..(bermaksud pelindung@penjagaku yang warak@ soleh)…selamat dilahirkan..tangisannya memukau segenap penjuru hati si ibu..hilang kesakitan, dukalara selama ini bila menatap wajah mongelmu..Genap hari ke 30 berada di hospital..aku dibenarkan pulang. Pehhhh…Merdeka! Pengalaman berharga berada di sana makin mematangkan dan menguatkan semangat aku menempuh dugaan ini..



Hari-hari berlalu melihat dirimu sang putera meniti usia begitu membahagiakan..




Perkembangan amjad hari ke hari begitu mengujakan. Dia ku susukan sepenuhnya dengan susu ibu sehingga usia 6 bulan..bangga kerana dapat memberikan yang terbaik untuknya. Walaupun agak bersusah sebab terpaksa membawa gadget dan mengepam kat office. Tapi demi amjad..apalah sangat kesusahan itu..Usia 4 bulan amjad dah boleh meniarap. Beratnya bertambah ke 6.3 kg. Genap 6 bulan amjad mula diperkenalkan solid foods.Ternyata dia tidak memilih. Usia 7 bulan amjad mulai merangkak, Beratnya pada tika ini dah mencecah 7.5 kg. Mula bangun dah berjalan jatuh diusia yang paling cepat, 10 bulan. Perasaannya memanglah teruja..Dan sekarang berat amjad dah 8.5 kg. Sudah memadai mungkin sebab dia tengah melasak. Tak reti duduk diam. Dah boleh berlawak jenaka.



Heheheh..dan sehingga hari ini aku berbangga bergelar seorang ibu..berbangga kerana masih berjaya BF Amjad..berbangga kerana berjaya menempuh segala dugaan ini..kadang-kadang mood swing..tapi aku masih berbangga kerana masih lagi kuat semangat dan berusaha untuk menjadi mummy terbaik dan membesarkan anak-anak sebaiknya..aku berbangga kerana sentiasa berada di sisi anak-anak dalam susah dan senang dan dalam suka dan duka..Tidak sesekali aku akan meninggalkan mereka..Buat sahabat di luar sana doakanlah semoga segala urusan ini dipermudahkan..semoga langkah aku dan anak-anak tetap seiring menempuh dugaan yang mendatang…

Buat anakku Muhammad Daiyyan Amjad, selamat ulangtahun yang pertama..mummy tidak pernah menyesal mengandungkanmu selama 9 bulan..mummy sentiasa doakan amjad memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat..jadilah anak yang soleh..seindah makna yang mummy tintakan untukmu..mummy tetap berada di sisi amjad dalam susah dan senang dalam suka dan duka..mummy nak amjad tahu yang mummy sayang sesangat kat amjad..amjad arjuna di hati mummy..

Tuesday, May 4, 2010

Amjad Bertatih..

Lamanya tak updated blog..lately nih..aku adalah bz ngn keje kat opis..tak sempat nak mengarang..tapi rerasanya aku ada update korang bab amjad dah start nak melangkah last month..masa umo dia 10 bulan..bab berjalan sambil berpegang pada dinding, kerusi, katil..memang dah pandailah..Cuma sesekali jek dia wat gimik berjalan lepas..tuh pon kejap..pastu jatuh terduduk.. 8hb Mei nih usia amjad baru genap 11 bulan..dan cuti weekend lepas adalah hari rajin bagi amjad nak berjalan..terkedek-kedek dia mengimbang badan dia tuh..jatuh..bangun lagi cuba..jatuh bangun lagi..wahhh..satu umah havoc tengok dia..bila orang dok sorakkan dia..lagilah excited dia..ssoo…comel…abang-abang dia pon menyibuk..mengacau pon iyer..sudahnya..amjad jatuh..tergigit bibir sendiri..siap berdarahlah plak...kesian betul..tapi excited nyer pasal..kejap jek..nangisnya..pastu elok2 jek cuba berjalan lagi… Indahnya moment ini..walaupun sudah 3x aku melaluinya..danish..afham..n amjad..aku tetap eppy..menitiskan airmata..(aku adalah mummy yg over..ok..korang tahulah kan..) ahakss..

Thursday, April 15, 2010

First Steps..

Lama dah tak update cerita pasal anak-anak..pasal ultraman 3 tuh..erkk..ada ker orang minat nak tahu citer aku dan anak-anak nih..huhuhu..

My little bear, amjad dah masuk 10 bulan 8hb baru nih..sekejap jerkan masa berlalu..lagi 2 bulan..dah setahun usia budak kecik nomei2 nih..tak sabau aku nak tengok dia berjalan, berlari semer..Haaa..semalam amjad telah membuat kejutan ok..tengah aku syok-syok tengok tv ngn familia..amjad dah mengatur langkah yang pertama..3 langkah dia menapak..then, jatuh terduduk..memasing dah wahhhh…aku rasa aku yang paling besor nganga mulut..sedikit over disitu..besalah..ibu2 nih selalunya over skitt..even anak dah berderet..abang2 si amjad semer start melangkah umur setahun.. ku perhatikan amjad nih cepat skit..memang dia dah mula start jalan dah..tapi bpeganglahkan..tengok perkembangannya telah aku duga mesti dia nih dah bleh jalan dalam usia 11-12 bulan..tak sangka plak..malam tadi dia dah wat gimik..huhuhu..suke..suke..

Layankan pic Mejad..




Sunday, January 17, 2010

Amjad Dah Merangkak



~ Ala2 berlagak gitu..lepas tangan sebelah jek..kata opismate aku..cam iklan bateri enegizer..

Lama gak aku tak wat entry nih..apa alasannya? Apalagi malas nak mengarang ahhh..
Disebabkan ari ini aku ala2 mengantuk gitu..so, aku terpaksa rela mengarang entry blog nih ari nih..apa nak cerita? Cerita besa kot eekk..pasal anak2..apalagi..

Aku blum wat entry latest about amjad..dia dah masuk 7 bulan pada 8hb arituh, jeng..jeng..dia dah boleh merangkak dah..seronok aku tengok dia..merata nak merangkak explore satu rumah…aku perhatikan badan dia susut skit.. mungkin sebab dah start aktif..dah takmo makan tido..makan tido jek..dah takmo baring jek..dah takmo dipegang jek..asyik mintak lepas..pastu angkat buntut..merayau..huhuhu..

Kena make sure kawasan lapangan dia main tuh bersih dan clear dari objek-objek memudaratkan..kalu tak mulalah nak mengutip..Layankan pic Amjad nih..



~Letih, baring jap..


~Aksi menakutkan! nak bangun tuh..

Sunday, October 11, 2009

Bila Amjad Dah Pandai Meniarap..








Bila Amjad Dah Pandai Meniarap

Ari nih sejuk sehhh…semalam hujan lebat betul. Lama dah hujan tak turun lebat cam semalam. Siap dengan kilat-kilat guruh semua..Anak-anak apalagi..selsema makin menjadi-jadilah..Si Abang dah makin elok..batuk sikit-sikit jek lagi..Pagi tadi dah hantar pi sekolah selepas hari Khamis tu dia ponteng..rehat kat umah..Si Afhamlah makin menjadi-jadi..nasib dia rajin makan ubat..pantang pelawa..nganga jek..hope dia makin sihat..even bila minum susu jek..kalau batuk mesti muntah balik..kesian dia..makin manja mengada-ngada..nak dukung jek..aku layan jerlah..

Back to cerita Amjad..entry dolo aku ada mention Amjad dah boleh meniarapkan...kenapa aku excited? Sebab aku ingat dia nih berat muntot ..so, we’all assume mesti susah dia nih nak meniarap..sebab si afham dolo lambat nak meniarap..so, bila dia dah pandai oklahkan..yang lawaknya dia nih..bila dah pandai..boleh main guling2 satu umah..adoooiii...tergelak betul kami satu family..nih ada pic aku letak sekali..korang imagine..dia aku letakan atas bantal..atas tilam..pastu mulalah..guling-guling..golek-golek..guling-guling...golek-golek..hah! ambik ko..sampai ke dapur peginya..tuh kalu aku biorkan harus sampai ke sinki..kesian plak sebab lantai keraskan..takut sakit kepala dia terus kami angkat...siap marah tuh...abang-abangnya apalagi excited lebih...mulalah jadi tukang kacau..lebih-lebih lagi si afham...

Masing-masing tak sihat pon kenakalan dan keaktifan amat..imagine kalu diaorang sihat betul..memang bising satu umah dengar suara aku menjerit..ditambah ngan suara atuk ngan nenek dia..memang riuh rendah..

Thursday, October 8, 2009

Amjad Was 4 Months Today..



Heheheh..kecoh jek aku nih…macam tak pernah ada anaklah plak bila tajuk entry aku macam nih..cam ala over jek..walhal anak dah 3..anak baru 4 bulan pon sebuk buat entry…dah nama blog aku kan so, suka2 aku lah nak wat entry apakan..dah nama nya pon Journey aku ngan anak2..so harus entry aku pasal aku dan anak2 jek..

Yang rasa alar2 bosan jek tuh..asyik2 citer pasal anak dia..asyik2 citer pasal anak dia..bleh pi carik blog lain yang eppy..eppy…peh..ala berlagak jek..halau-halau orang..hehehhe…perpon ari nih 8hb, amjad dah masuk 4 bulan..sekejap jek masa kan.. rasa cam baru jek dia kluar dari perut aku nih..terasa lagi hazabnya aku berkampung kat hospital sebulan..hazabnya aku pada malam dia dah dikeluarkan..kena demam sampai menggigil..sampai nurse datang selimutkan aku ngan dua blanket tebal..terasa2 lagi sakitnya bekas ceser tuh bila ubat bius dah hilang…menggigil..hazabnya nak bangun ke toilet buat kali pertama..siap aku kena marah ngan nurse sebab terkedek2 nak bangun..depa plak nak tuko cadar..huhuhu..adooiiii..bukan senang untuk dapatkan anak..

Pesanan Penaja : Pada sang suami hargailah pengorbanan isteri anda..(sempat lagi aku wat iklan..huhuhu)

Tapi bila lihat Amjad makin tembam, sihat dan bersemangat badan dia..aku suka..aku suka..berbaloi semuanya..Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana menganugerahkan anak ini..aku bangga menjadi ibu buat ketiga kalinya…rasanya nihlar kali pertama aku dapat bb cam Amjad..even si Danish masa lahir berat 3.48kg..tp taklah badan cam Amjad..mungkin sebab aku dah campur2 susunya dolo…kurang ilmu punya hal..dan aku berbangga..bangga gler untuk bagitahu kat orang yang aku Breasfeed Amjad secara Eksklusif..tak campo2 pon..sudah berjaya selama 4 bulan dah…2 months more to go..then moga terus berjaya sehingga 2 tahun…Terima kasih pada kawan2 di forum..untuk maklumat dan sokongan…

Semoga Allah murahkan rezeki air susuku ini untuk Amjad..tak lupa untuk Afham yang suka join sekaki..kadang lebih over dari adik dia..suka aku bila dengar dia mintak kat aku “Me, nak ‘tek’…nak ‘tek’ …” ngan senyuman yang manis dan air muka yang paling comel buat aku…pastu bila aku larik2..siap kejar2 sambil merayu…huhuhu..so sweetlah ko nih Afham…lately nih Afham plak makin kurus..aktif terlampau..makan kurang nak menetek jek..mana bleh nak oiii…awak tuh dah 2 tahun..mana bleh nak fully2 lagi…kena makan sudaaa……Pehhh...letih aku nak melayan depa bertiga nih..

“Aiman, Afham, AmjadKu Sayang…Belahan Jiwa Mummy…”
(lagu tema aku harus ada..ngeh..ngeh..)





~ Ini budak banyak nakal..oooo..

Friday, September 25, 2009

Amjad Dah Meniarap





6 Syawal..

Bahang Aidilfitri masih hangat lagi..tapi kali nih takmo cerita pasal raya dah..nak cerita pasal baby Amjad...pada 2 Syawal lalu Amjad dah tunjuk terror dah kat mummy dia..tengah semer orang lepak tengok bola..dia plak tetiba jek balik kuang..meniarap...pehhh...baby Amjad dah meniarap...suka..suka...besa ah aku nih kan memang over bila bab anak-anak nih..so ampunkan dakulah ekkk...huhuhu..so sweet tengok muka dia bila dia dok tampu-tampu pipi dia yang labu tuh..huhuhu..

la nih pantang letak jek terus dia balik kuang..meniarap..dan moralnya sudah merbahaya untuk ditinggalkan sendirian di atas kail sebab aku dah tengok dia main guling-guling tuh..dari hujung ke hujung...pewww...

Tuesday, September 8, 2009

Amjad Dah 3 Bulan..


Ari ni dah 18 Ramadhan...peh..sekejap jek masa berlalu..dan ari nih adalah 8 hb bersamaan dengan Birthday Amjad yang ke-3 bulan..huhuhu..bulanan pon nak kira..sadis gak aku nih..

Wah...anak mummy sorang nih dah makin membesar..makin montel dan comel di mata dan di hati mummy..Amjad makin pandai senyum dan mengagah..kalu orang borak-borak ngan dia, dia dah pandai sampuk apa yang orang cakap...dengan bahasanya yang tersendiri..arruu..agguu..arruuu..aggguuu..sambil kening terangkat-angkat..so kiut...ziana zain pon kalah..

Mummy sayang Amjad..my little pumpkin..muahhh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger