CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Tuesday, November 30, 2010

Cuti-Cuti Me n Otomen Tiga


Salam korang…wahh..lamanya tak masuk belog..berhabuk belog aku nih..jap..aku mop2 lantai dolo..

Aku adalah bz sejak dua menjak nih..so, mood nak update belog memang nan ado..walaupon banyak mender nak citer..

Start 12hb Nov – 21hb November arituh adalah ari aku mengambil cuti..dah memang terniat nak amik cuti dan bawak anak-anak dan parents pi jenjalan. So, cuti tuh aku abiskan di Kuala Lumpur. Agendanya adalah nak jumpa bekas-bekas roommate dan kengkawan aku masa belajar kat Uum dolo..makk aii..bertahun tak jumpa diorang..rindu takyah nak cakaplah..

Ni mini gather yang sempat dibuat..supposenya ada lagi sorang dua yang close ngan aku nak datang..tapi last minute depa ada hal..


tqvm pada yune yang jadik tuan umah arituh..siap buat kek, cuppies lagi..seronok jumpa matelin,yong olso amy yang sempat singgah even bz..love korang so much..

Lokasi lain yang sempat diterjah adalah ;

Bukit Tinggi (dengan adik aku n parents n kengkawan dia yang happening)


Malam Raya di ICT Shah Alam (fefeeling anak rantau gitu..abah aku kata tak pernah dibuat dia malam raya pi merayau..hahahah)


Jemputan Berhari Raya di rumah Awin n Ina / Window Shopping IOI Mall
(tqvm awin n ina untuk masakan yang sedap itu..)


Wet World Shah Alam (Raya Aidil Adha Kedua)

even kecik dari Sunway..tapi enjoy..

Dinner dengan aku nyer x-mate merangkap BFF aku (Mapai)

depa belanja aku dinner kat Italianese..anak tinggal umah..huhuhu..

Last Day di sini (Bird Park)
kali ini Cikin n family plak yang belanja jenjalan..tqvm Cikin..even baru jumpa face to face..tapi cam dah kenal lama..aku n otomen seronok sangat..tapi letihnya..mak aaiii..amjad adalah tersangat berat untuk dikelek sepanjang hari..hope will be BFF n ever..yeaaahhh...sayang kamu juga..


Malamnya..Dinner dengan Mapai lagi..kali ini dia bawak aku ke Shogun (Japanese Buffet)..pehh..kenyang tak yah cakaplah..terpaksa bawak amjad sebab family yang lain keluar juga..depa pi layan sate..lepas makan..round KL ke KLCC..


Apa-apa pun trip kali nih berbaloi-baloi, even masih ramai kawan yang tak sempat nak jumpa sebab sibuk sangat..sorry to kawan aku Norzi n Yus, Ayeen, Jah sebab tak berkesempatan visit korang..juga pada BFF aku merangkap duay aku Lailatul dan Kak GG..(nak sangat jumpa korang..tp korang jauh nun di Nilai..)..

Untuk x-mate aku yang special di hati aku..Mapai..Matelin dan Yune..terima kasih..atas segalanya..terima kasih kerana sentiasa berada di belakang aku dalam suka dan duka aku..Mate-Mateku..walaupun sekejap bertemu korang sedikit sebanyak dah terlerai rindu aku kat korang sangat-sangat..aku sayang sama korang..

Note: Entry belog kali nih cam ala-ala karangan budak sek..huhuhu..korang layankan je..ahakss..

Thursday, November 11, 2010

My New Nephew..



Minggu nih bz giler aku..baru dapat nak buat entry utk adik aku..cam-cam hal yang berlaku..dan yang paling indah..akhirnya..adik aku selamat melahirkan anak yang ditunggu-tunggu..even macam-macam prob yang dia hadapi ketika hamil..berapa kali keluar masuk hospital.akhirnya..barulah boleh menarik lafaz lega..syukur alhamdulillah...

Memperkenalkan..anak saudara aku yang baru..nama tatau lagi..
Buat adik kesayangan aku..Nor Rafidah dan suaminya Tengku Izhan Azwar..
Aku ucapkan tahniah atas kelahiran bayi lelaki comel ini pada 09hb November 2010, jam; 9.50 pagi secara normal...penantian itu berakhir sudah..

Selamat menjadi ibu bapa yang baik..jangan lupa BREASTFEED baby yer...
Sekarang..Otomen Tiga dan bertambah..jadik Otomen Empat pulak..ahakss..

Wednesday, November 3, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan?


Bunyiknya macam pelikkan? Macam susah..Macam Payah..Macamana nak kita temui kebahagiaan dalam perpisahan. Bukankah ia akan memeritkan? Melukakan? Menyakitkan? Mungkinkah? Bolehkah? Adakah?

INi pendapat aku..korang mungkin ada pendapat sendiri..bagi aku BOLEH..Insya Allah boleh…kene positif..kene redha..ikhlaskan hati..dugaan dan ujian ini datang dari Allah…percaya..ada hikmah disebaliknya..dan kita akan temui kebahagiaan itu..:)

Bunyinya agak tipikal, stereotaip..drama..orang kata cakap memang senang…kadang kita pandai bercakap je..fikir lain..cakap lain..buat lain..jadi lain..bagi aku yang penting jangan hipokrit..berpura-pura…

Orang kata lagi hidup mesti diteruskan..meratapi dan menyesal tidak membawa apa-apa makna..yang lepas biar lepas..belajar dari kesilapan..kelemahan dan pengalaman lalu..yakin pada diri sendiri..Insya Allah kita akan menjadi lebih kuat..lebih kental..

Kita Jalan. Kita Jatuh. Kita Bangun (credit to band adik ipar aku Sleepy Jeremy - aku pinjam tajuk lagu dia Jalan.Jatuh.Bangun)..heheheh..

Jangan difikirkan apa yang hilang..tapi fikirkan apa yang kita ada…..
Jangan difikirkan siapa yang membenci..tapi fikirkan siapa yang menyayangi..

Lastly, kasik korang layan lagu ni...



Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan

Wednesday, October 20, 2010

My Blueberry Cheese Tart



Ini adalah tat kegemaran mereka-mereka di rumah..including me lah kan..
So, ari jumaat arituh aku trylah buat..1st time cuba nih..suspen je..siap kansel plan nak ajak budak-budak keluar semangat nyer hal..skrip Danish..

”ooooo..mummy tak jadi keluar sebab nak buat kuih yang sedap nih yer?’

..ahakss..nasib ku dimaafkan..kalu tak jenuh nak menepis ungkitan danish nanti..

Puas hati giler bila tengok tat nih menjadi..fillingnya sangatlah sedap bagi akulah kan..anak-anak lagilah lawak..siap berebut nak jilat pemutar, bekas adunan dan piping bag..poyo je..

Tengok Jejadnyer selera..suke..suke..




Ni resepi bagi sapa yang nak cuba.. hasil google dari internet..lupa ku amik dari belog sapa..terima kasih tuan punya belog;

Pastri:
250g butter
80g icing sugar
2 biji telur
440g tepung gandum
1 taespn esen vanila

satukan semer bahan-bahan di atas dan uli menjadi doh..tekankan ke dalam acuan tat..cucuk pastri dgn garpu n bakar selama 8-10minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.

Filling:
250g philadelphia cream cheese (pakai brand lain pon boleh asalkan cream cheese)
60g gula caster
20g butter
1 biji telur grade 'B'
Blueberry filling/strawberry jem

~ utk filling, pukul cream cheese, butter n gula sampai kmbang..masukkan telur dan pukul rata..masukkan dlm piping beg.
Pipekan cheese dlm pastry n sudukan 1/4 kecil blueberry..buat corak ikut suka..
Bakar dalam suhu 180C selama 5-10 minit..

Selamat mencuba..

Sunday, October 17, 2010

Testing..Testing..



~ Kek Choc Rice ~



~ Kek Pelangi ~

Minggu lepas adalah minggu rajin aku melayan permintaan anak-anak..sibuk budak-budak nih request soh aku buat kek..buat kek? Aisey..dahlar pengalaman pertama buat, kek aku ala2 kene bom…rasanya ok..Cuma bab membakarnya ala-ala terbakar sikit..kes tak tau camna nak setup kepanasan ovenlah nih..

So, ini adalah percubaan kali kedua..simple kek je…peehhh…suspen juge..poyo aku..nih blum buat kek yang canggih manggih nih..

...akhirnya menjadiiiiii…yeehaaaa….seronok disitu…satu kepuasan bila anak-anak tak sabar nak makan hasil air tangan kita..dan yang pastinya kek ini ku buat dengan penuh kasih sayang untuk mereka…(ayat mau juga jiwang..ahakss)..


~ Ia-ia je makan..


~ Budak yang mengidam..

Tuesday, October 12, 2010

Inilah Cup Cake Pertamaku



Ok tak? Bolehlahkan bagi amatur cam aku nih yang kali pertama mencuba..huhuhu..decoration yang menggunakan fondant baru nak tanya pakcik google..yang ini kira belasah je..adunan butter creamnya adalah hasil tangan mak buyung yang mengidam nih..aku kasik canlah dia pilih kaler..dan deco sendrik..kan tak memenuhi spesifikasi dia ..tak lepas tahap kemengidaman dia nih..susah pulak..

Apa-apa pun yang pastinya adunan cup cake ini ku adun sekali kasih sayang aku untuk adik aku dan anak-anak..(statement nak jiwa2 je aku nih..)..aku harap adik aku suka dan lepas mengidam dia nak makan cup cakes..

Hehhehe…berapa bintang nak kasik kat kakak mu ini Che Da wehhh..bagi yang pro..korang jangan gelakkan aku yer..aku adalah budak baru nak belajar…

'BerMuffin' Dan 'BerSua Rasa'



Weekend lepas, jadual adalah penuh terisi. Walaupun rasa penat tapi cukup puas hati sebab tengok anak-anak aku terutamanya eppy…so, entry kali nih aku nak citerkan aktiviti aku dan anak-anak pada cuti hujung minggu nan lalu..

Ari khamis balik dari keje aku pi kedai yang jual alat2 untuk membuat kuih..targetnya untuk dapatkan bekas untuk buat muffin..lama dah teringin nak makan muffin strawberry....adik ipar aku Su, nak tolong buatkan..maklumlah aku tak pernah cuba lagi..lak tuh cam fobia skit ngn oven aku yang telah menghanguskan kek percubaan kali pertama aku..trauma sehhh...Kununnyalah..ahakss..so, kali ini pakai oven Su..huhuhu..

Tadaaaa….inilah muffinnya..



ooo…senang je nak membuatnya..adunannya Su yang buatkan aku just campak2 jem strawberry tuh..melimpah ruah dibuatnya..huhuhu..otomen tiga aku beria2 nak makan..excited sampai tunggu2 depan oven..hehehhe.. nanti aku bleh cuba sendrik…dan pelbagaikan..misi pertama ..berhasil..

Ari jumaat tuh aku plan nak wat surprise kat adik aku yang pegnant tuh..Eydah aka Che Da..budak nih lama dah mengidam nak makan cup cakes..kat terengganu nih yang siap jual payah jugaklah nak jumpa..kalu ada pon..nan ado rupanya..takut lama je..so, aku plan kunun nak suprisekan dia..buat sendrik..resepi dh mintak ngn pakcik google..tak pernah buat oooo…suspend gakk..tup2 pagi jumaat dia muncul kat umah sebab encip hubby dia ada lawatan ke kuantan..aisey..tak jd surprise nih..aku lak yg surprise..tapi ok gak..senang2 ajak dia buat sendrik nnt..

Jumaat kansel plan nak wat cup cakes sbb kami satu family pi merayap ke Pulau Warisan..ada Sua Rasa..letih melayan anak-anak yang lasak amat..dahlar orang ramai..tapi nampak depa seronok..yerlah dapat keluar..kalu tak terperap je..maklumlah aku ni kadang dah ada kat umah..malas nak keluar..

Pagi Sabtu ke Sua Rasa lagi sebab semalam pegi malam…la nih nak tengok keadaan waktu siang plak..pehhh…panas gilooo…berpoluh2 aku anak beranak..pi sekejap je..petang misi cup cakes bermula..sambung next entry..huhuhu..

Thursday, October 7, 2010

Don't Despair n Never Loose Hope

TIKA MERASAKAN AKU KEHILANGAN
KESEPIAN
KESEORANGAN
HILANG ARAH
MINDA SERABUT DAN BUNTU
JIWA CELARU
PERASAAN HANCUR DAN BERKECAI
AKU TIDAK AKAN BERPUTUS ASA DAN MERASA HILANG HARAPAN
KERANA PASTINYA ALLAH SENTIASA BERSAMA
INSYA ALLAH AKAN TERBENTANG JALAN
PENYELESAIAN SEGALA KEKUSUTAN
TUNJUKKANLAH AKU JALAN ITU...
-----------------------------------------------------------------------


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Sunday, October 3, 2010

My 'Sinchan'..



Huhuhu...inilah akunyer Sinchan.. Ada gaya tak? Siap aku matching2kan lagi...Korang layankanlah entry takder keje aku nih...



Sinchan ngn musuh ketat..

Thursday, September 23, 2010

Coretan Aidilfitri 2010/1431H



Hari nih dah masuk hari yang ke 14 dalam bulan Syawal..sekejap je..dah bz balik ngn keje-keje kat office..nak buat entry raya langsung tak berkesempatan..nak buat kat umah lagilah dengan anak-anak yang tak sihat..masa habis dengan berkepit je dengan mereka especially Amjad.

So, arini gigih aku mencari kesempatan itu..mungkin dah basi untuk korang..bukan best sangat pon..janji ada untuk aku kenangkan..

Tahniah untuk anak sulung aku nih..Muhamad Danish Aiman, 6 tahun. Tahun nih tahun pertama dia belajar puasa..dan markahnya adalah 27/30…not bad kan..at least dia bersungguh berpuasa..orang dewasa pon manjang yang ponteng gitu…sendiri mau jawablah nanti..tak penuh pon sebab dia demam + blur..huhuhu..apa-apa pon mummy tetap bangga dengan kamu..tahun depan cuba sampai penuh yer sayanggg…

Menjelang Raya

Dua hari menjelang raya adalah hari yang membahagiakan sebabnya semua adik-adik aku dah balik..berkumpul di rumah..riuh rendah teratak buruk kami usik mengusik..bila 6 beradik nih berkumpul..dengan kebanyakannya dah berkeluarga…apalagi..macam nak roboh umah mak aku nih..semer plak dah bagak-bagak..huhuhu..

Berbuka puasa beramai-ramai paling menyeronokkan..seronok dapat berebut makan nih..ramai yang tak muat dalam pic..huhuhu...


Malam Raya

Aktiviti malam raya adalah yang paling ditunggu..aktiviti BBQ..especially oleh adik aku Eydah aka Che Da yang memang teringin nak makan bbq lamb..besalah mak buyung..heheh..dan orang kuatnya kalau tak si Lee (suami adik aku Ct) sapa lagi..tiap tahun dia dan adik aku (Achik) jadi tukang bakar..bakar ayam takpa..jangan bakar orang fizikal (cam kes terhangat la nih) n mental (menghasut)...no..no..no..
Ct plak tukang marinated..yang lain..apa lagi tukang perabih..hahahah..dan seperti biasa..setiap tahun di malam raya..kampung aku nih akan blackout sekejap..memang acara wajiblah..dalam sejam..nasib time nih kitaorg memang pencen buat kuih atau kek..kalu tak haruu..dah blackout..apalagi memasing memenuhi anak tangga umah..termenung..huhuhu..

untuk tengok pic, sila ke belog adik aku..sebab aku tak sempat amik pic..


1 Syawal

Pagi Syawal adalah pagi yang hectic sebab memasing akan berebut nak iron baju sebelum pi solat kat masjid..yang mana yang tinggal umah akan ambik job kemas umah..Balik masjid..aktiviti makan-makan dan bersalaman.
Pagi Syawal tahun nih berbekas dalam hati aku sebab ada tangan yang tak dapat ku salam dan ku cium..tak mengapalah..namun aku rasa sedikit terkilan kerana peluang di hari mulia ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya..

Pic raya..







7 Syawal..

Terbaekkk….pegi piknik di Air Terjun Sekayu bersama keluarga..cukup korum..apalagi..cam-cam peellah jawabnya..anak-anak paling seronok..yang pentingnya..bahagia ku di sini…



Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri aku dan anak-anak ucapkan pada semua sahabat-sahabat di luar sana yang mengenali diri ini..geng-geng belog semer..maafkan aku andai ada salah dan silap dalam tutur dan bicara....semoga kalian semua berbahagia di hari lebaran yang mulia ini..

Thursday, September 2, 2010

‘The Making’ of Biskut Raya 2010


Gigih aku tahun nih berperang dengan 3 Otomen aku tambah dengan Princess Damia (anak sedara) nak buat biskut raya..semer nak menolong kununnya..menolong kacau adalar..berkecah dapur..mandi tepung bagai diorang..kunun nak mengayak tepung sangat..adehhh…tahun lepas si amjad baru berapa bulan..tahun nih dia dah dapat kaki..apalagi dia pon join sama berperang ngan aku..sekejap-sekejap datang mengacau..panjat-panjat kerusi semer..

23 Ramadan dah..biskut raya baru siap 4 jenis..ada lagi 2-3 jenis nak buat…Insya Allah sempat..tapi seronok juga bila buat sendiri nih..rasa puas hati bila tengok anak-anak berangkut-angkut lepas sekeping-sekeping..rasa kepuasan..huhuhu..

Inilah biskutnya; Biskut Jem Strawberi, Tat Nenas, Biskut Hamparan, Biskut Kuaci..



Mejad yang menyibuk di situ..



Sunday, August 29, 2010

Shopping Raya?



Hari ini dah masuk 19 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu..Ramadhan sudah berada di penghujungnya. Semoga semua mengejar keberkatan pada 10 malam terakhir ini.

Syawal bakal menjelma. Mesti semua orang tengah sibuk membuat persiapan. Beli baju raya untuk anak-anak, buat kuih raya dan sebagainya. Bagi aku persiapan tuh ala kadar je..baju anak-anak pun dah berdikit aku beli sebelum ni..sebab takmolah berebut-rebut dan bersesak nanti. Tinggal Baju Melayu anak-anak je..tu pon dah aku beli baru ni..tema tahun lepas adalah coklat...dan tahun ini adalah biru..

Last sekali tinggal nak belikan kasut je untuk anak-anak. Sebab takmo berangkut dengan tiga otomen aku nih..sebab gerenti mesti sesaknya..akhirnya aku menggunakan pendekatan abah dahulu masa nak belikan kasut raya untuk anak-anak. Aku nih 6 beradik. Imagine tak akan nak angkut semernya bawak pi kedai pilih kasut. So, abah akan amik tali dan ukur kasut kami yang lama untuk dapatkan size..so, dia akan pi kedai kasut sorang-sorang dan pilih untuk kami. Pilihan semer di tangan abah. Suka tak suka terima saja. No demanding okies..tak macam budak-budak sekarang :)..

Macam ok juga cara abah ini, jadi aku praktikkan untuk cari kasut budak-budak nih..tak payah nak angkut otomen nih..seblum tuh pon aku dah survey2 dolo masa balik kerja..senang..dah buat keputusan nanti pi beli terus..kalu tak berlaku insiden yang aku lihat ari tuh..suami isteri nih siap bergaduh lagi pasal nak belikan kasut anak. Anak sederet dibawanya. Ada yang dah nak mengamuk..panas..rimas..Biasala, lelaki kalu pose nih peel memang semacam. Cepat naik hangin. Kes lapar kot. Kira main jawab-jawab mulut jugalah bab nak memilih kasut nih. Huhuhu. Kan payah gitu.

So, pada kengkawan bolehlah cuba guna kaedah ini. Tapi korang kene tau juga size yang selalu anak pakai untuk memastikan ketepatan pilihan kita.

Nota kaki: Pic kat atas adalah riben yang aku potong dan bawa bersama untuk shopping..each kaler untuk lain-lain anak..takut tertukar..so far misi adalah berjaya..

Monday, August 23, 2010

Buah Budu??



Buah Budu? Korang pernah dengar tak? Huhuhu...
Ini ceritanya..

Danish : Sedapnya buah nih..nyum..nyumm..
Mummy, ini buah budukan?

Me : Apa? Buah apa?

Danish : Buah budu..ni namanya buah budukan?

Muka memang ala-ala konpiden giler..

Me : Buah budu? Hahahhahah…(gelak guling-guling aku)

Danish : Napa mummy gelakkan saya?

Me : Bukan buah budulah..itu namanya buah duku...budu tuh yang orang makan dengan nasik..

Danish : Ooooo..yer ker? Saya ingat nama dia buah budu..sedaplah..saya suka buah ni..

Adeehhh…si Danish nih suka je keluarkan perkataan-perkataan pelik.. fening aku..

Thursday, August 19, 2010

Diari 8 Ramadhan Danish


~ Selera dia makan

Inilah mee favourite dia..



Semalam danish request soh aku masakkan mee kegemaran dia untuk berbuka dan air milo ais. Memandangkan dia pose penuh semalam, aku layankan je. Dia ni kalu sahur mesti nak makan nasi dengan telur je dan milo panas. Berbuka pon tak cerewet..takderlah nak mintak macam-macam..cuma dia nih memang tak suka lauk pedas..

CD lagi..



Koleksi CD Mejad tambah lagi dua..huhuhuu…comel jek..yang nih plan nak pakai bila pi jalan-jalan..

Brand nih kira ok juga. Senang kering. Liner pon senang kering. Tak cepat basah sangat berbanding dengan yang lain. Cantik pon cantik dengan adanya corak. Harga pon ok takderlah mahal sangat.


Babyland Printed CD (Swirl)


Sunny Baby Minky CD (Cute Sheep)

Yang ini Wet Bag..baru beli..huhuhu..senang nak bawak jenjalan.



Modelnya..Amjad..


Sesapa nak tambah koleksi lagi boleh terjah belog kawan aku nih, mana tau kot2 berkenan di hati:
http://iman-shoppe.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger