Assalamulaikum...
25hb Jun 2013 yang lepas..
Bermakna 'Malaikat Kecil' ku ini dah menginjak usia 6 tahun..
Cepatnya masa berlalu..serasa lagi baru mendodoikan kamu..bertatih denganmu..mendengar gelak tawamu..tangismu..
Doa seorang ibu sentiasa mengiringi langkah kakimu ke mana jua kau pergi..
Mummy sayang kamu sepenuh hati ini..kamulah segalanya 'Malaikat Kecil' Ku...
About Me

- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Thursday, June 27, 2013
"Malaikat Kecil' ku
Sunday, June 9, 2013
Muhammad Daiyyan Amjad - 4 tahun sudah..
Assalamualaikum...
Semalam 8hb Jun genap usia si bongsu aku Amjad 4 tahun...
Makin besar..makin panjang akal..makin manja ini budak pipi tembam..
Selamat ulangtahun kelahiran Sayang Mummy Amjad...Mummy sentiasa mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan dan rahmat Allah dunia dan akhirat untuk kamu..semoga kamu menjadi anak yang soleh..In Shaa Allah..
Sayang kamu ketat-ketat...muahhhhhh
Sunday, February 3, 2013
02 Februari - 9 Tahun Sudaaa..
Assalamualaikum korang..
Lama dah tak update blog..agak sibuk di office dan menyiapkan tempahan dari rakan terdekat.
Alhamdulillah..rezeki dari Allah...
Semalam, bertarikh Feb 2..anak bujang aku ni Muhamad Danish Aiman genap usianya 9 tahun...alhamdulillah..
Sekejap je masa berlalu..selamat ulangtahun kelahiran sayangku danish..mummy doakan semoga kamu
Sentiasa berada dalam rahmat Allah...berjaya dunia dan akhirat...mummy sayang kamu hingga hujung nyawa..
Macam biasalah, danish ni hantu cheese cake dan dia dah request cheese cake untuk birthday dia..so aku buatkan untuk bahagiakan anak bujang aku nih..tak sempat nak buat pizza..so beli je lah..
Bawak balik dan makan di rumah..takderlah buat majlis besaran..just makan biasa ngan famili yang ada.
Melihat dari senyumannya aku tau aku dah membahagiakannya...sayang kamu my danish.....:-)
Tuesday, July 10, 2012
ENTRY TERTANGGUH : Eppy 5th Birthday Durrani Afham
Sunday, June 10, 2012
Budak pipi tembam sudah 3 tahun
Inilah budak pipi tembam kesayangan mummy..Muhammad Daiyyan Amjad..
Pejam celik..sudah genap 3 tahun 8hb Jun lepas..masih terkenang masa mummy 'berhoneymoon' di katil hospital selama 4 minggu 3 tahun yang lepas..kesian abang-abang terpaksa berpisah dengan mummy..tak tentu arah mereka..
Amjad sayang, mummy tidak pernah menyesal kerana memiliki mu..kamu anugerah terindah untuk mummy..sayang kamu sangat-sangat ok..
Jadi anak yang baik yer..takmo cengeng2 lagi..takmo gaduh dengan abang..takmo garang-garang..mummy je yang garang cukup..hehehe
Ingat yer..kamu ada Allah, ada mummy, ada abang-abang..yang sayang sama kamu..muaaahhhh..
Monday, June 4, 2012
Kelahiran Ku
Pejam celik dah menjangkau usia 36 tahun aku pada 2hb Jun nan lalu.. Pehh...tua gila seehhh...veteran sudah.. Alhamdulillah..aku bersyukur pada Allah kerana pada detik ini aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini..masih berpeluang mengecap kebahagiaan dengan tiga orang hero dambaan hati ku.. Ya Allah ! KAU rahmati dan berkatilah setiap langkah ku ini..berikanlah aku kesabaran, ketabahan dan keimanan untuk menempuh segala dugaanMU..jadikanlah aku hambamu yang sentiasa bersyukur dan mengingatiMu pada setiap langkahku..Amin...
Thursday, February 2, 2012
Muhamad Danish Aiman dah 8 tahun..
02.02.2012..
My beloved Muhamad Danish Aiman dah menginjak tangga usia ke-8.
Wah!!...Anak mummy dah besar...
Mummy doakan abang berjaya di dunia dan akhirat..sentiasa dirahmati dan dalam perlindungan Allah selalu..
Belajar rajin-rajin, jadi anak yang soleh yer...
Mummy sayang abang very much..muahhhhh...
~Cuppies yang dibuat malam tadi untuk classmates danish..
Sunday, June 26, 2011
Heppy 4th Birthday Muhammad Durrani Afham..
4 tahun lalu, pada 25hb Jun tepat jam 10.55 pagi...
Muhammad Durrani Afham dilahirkan dengan berat 2.93kg..
Durrani bermaksud permata..memang permata berharga dalam hidup aku..
Insya Allah..selagi terhela nafas ini..anugerah terindah ini akan ku jaga sebaiknya..
segala kebahagiaan dan kasih sayang hanya untuk mu anakku..
Mummy sangat mencintai, menyayangi dirimu...
Setiap langkah yang kamu atur..doa mummy sentiasa mengiringi..
Semoga kamu menjadi anak yang soleh..berbahagia di dunia dan akhirat..
Kek otomen permintaan birthday boy..
~ Cuppies untuk kawan-kawan tadika..hasil deco aku dan mak ngahnya..tq mak ngah tolong deco sama..kalu tak, masak aku..
Sunday, June 12, 2011
Meraikan Amjad
Untuk meraikan birthday amjad, Jumaat lalu aku buat makan-makan sikit untuk family members..takderlah meriah sangat..just aku buatkan kek untuk amjad, pasta, cheezy wedges dan ayam goreng..sempoi je..untuk makan-makan kat umah dengan keluarga kecil..
Poyo tak poyonya..kol 10.30 am keluar beli barang..kol 12.30 pm sampai umah..
baru hegeh2 nak baking cake untuk amjad..plan asal nak buat malamnya tapi aku lak sibuk baking muffin dan kek alunan kasih untuk makcik aku yang dah lama tak balik kampung..sebab makcik aku nak balik semula Pahang pagi-pagi Jumaat tuh..so, kek amjad last minute..heheheh...
Apalagi gasak aku bersilat kat dapur..pukul 4.30 pm siap semua menu..alhamdulillah..simple-simple je..yang pastinya puas hati sebab amjad suka dengan kek comel upin ipinnya..terima kasih untuk mate aku..yune..yang susah-susah carikan aku edible image tuh dan poskan..tochee laling..sayang kamu..
pic tak banyak..sebab dah letih bersilat..hehehe..
Kek amjad..choc moist cake..
Birthday Boy..yang malu-malu..
My Little Angel..
Wednesday, June 8, 2011
Eppy 2nd Birthday 'My Little Angel'
Muhammad Daiyyan Amjad,
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiranmu yang KEDUA..
Betapa detik-detik masa pantas berlalu..
Berbekas lagi saat mengendungmu selama 38 minggu keseorangan..
Berbekas lagi momen sepurnama di hospital dalam resah gelisah penuh debaran.
Berbekas lagi parut luka tanda kau selamat menjengah ke dunia ini dengan tangismu yang menghilangkan segala duka di hati.
Muhammad Daiyyan Amjad,
KETAWAMU...KETAWAKU...
TANGISMU...DUKAKU...
Kita sama-sama mengatur langkah meneruskan percaturan hidup ini..tiada sesal di hati kerana memilikimu..Sayangku dan kasihku tiada hujungnya.
Doaku mengiringi setiap langkahmu..moga hidupmu sentiasa dipermudahkan..sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat..
"Happy 2nd Birthday My Little Angel"
Thursday, June 2, 2011
BIRTHDAYKU..ANNIVERSARYMU...
2hb Jun...
Genap usiaku menginjak ke angka 35...waahhh...tua sudah...huhuhu..
bagi aku bila kita membilang usia..kita semakin membilang dosa dan pahala..
cukupkah amalan yang telah dibuat untuk dibawa bekal ke sana..kerana bertambahnya usia..kita makin menghampiri kematian..
Malam tadi;
Me : Danish, birthday mummy takder hadiah ker?
Danish : (Menjeling)..iyer ker?
Me : Iyerlah..esokkan birthday mummy..ada hadiah?
Danish : Saya nih manalah ada duit nak belikan mummy hadiah..saya sekolah lagi..Mummykan ada duit..mummy je lah yang belikan hadiah untuk diri mummy
sendiri..
Me : pitammm...
tergelak kecil aku dengar jawapan danish..sebenarnya kamu bertigalah hadiah yang terindah dalam hidup mummy..hadiah yang cukup membahagiakan..senyuman, keletah dan kebahagiaan kamu adalah hadiah paling bermakna..noktah..
2hb Jun..
Aku berkongsi tarikh ini dengan adikku Ct..kerana 4 tahun lalu..pada tarikh inilah dia telah bertukar status menjadi isteri orang..untuk adik kesayanganku Ct dan suaminya Lee..eppy 4th anniversary..aku doakan kalian bahagia hingga ke hujung nyawa..cepat-cepatlah dapat baby yer..
Wednesday, May 18, 2011
Eppy 24th Birthday Achik!!
Semalam 17hb Mei adalah hari ulangtahun kelahiran yang ke-24 adik lelaki aku Mohd Azahari yang kami panggil dia 'Adik' atau 'Achik'...adik aku yang keempat dan nombor lima dari enam adik beradik..merangkap baby sitter kepada anak-anak sedaranya..
So, petang tuh..aku buatkan dia kek untuk meraikan dia..nih kiranya percubaan kali kedua aku untuk buat dan hias sendiri kek harijadi selepas kek harijadi danish Februari lalu..so, itulah hasilnya...mungkin tak seindah dan sesedap kek yang dibeli di kedai..tapi yang pastinya..aku berpuas hati sebab dapat buat sendiri dengan penuh kasih sayang...
Eppy Birthday Achik..moga panjang umur dan mendapat kerja yang bagus...serta jodoh yang dapat membahagiakan dirimu..terima kasih banyak-banyak sebab selama ni sanggup melayan karenah tiga anak sedara yang nakal-nakal ni..serta memberikan kasih sayang seorang 'ayah' kepada mereka..hanya Allah yang membalas ehsan mu itu...sayang sama kamu...
Posted by Nyzal Aziz at 9:52 AM 3 Lalala
Labels: Birthday, Masak-Masak
Sunday, April 10, 2011
Brownies Chocolate
Brownies nih ku buat dua minggu sudah kot..baru nak tempek sini..
Ni untuk birthday adik dan suaminya yang kebetulan lahir dalam bulan Mac..
Ku buat dua bijik..satu untuk diarang..satu untuk anak-anak makan..Resepinya ku cedok dalam belog kak liza..korang terjahlah yer..
~ Ini budak-budak punya...
Harap-harap Che Da dan Ayah Iskandar suke...Eppy Birthday..moga kalian bahagia selalu..
Posted by Nyzal Aziz at 12:32 PM 0 Lalala
Labels: Birthday, Masak-Masak
Sunday, February 6, 2011
Meraikan Danish
Cuti CNY yang lalu memberi peluang untuk aku raikan birthday si Danish. 3hb tuh, dari pagi lagi aku dah bersilat di dapur. Takderlah meriah dan mewah sangat. Sekadar buat makan-makan untuk kami sekeluarga saja. Memandangkan aku sekarang suka nak mencuba resepi kek dan macam-macam. Mood memasak tersangatlah rajin. So, tahun ini aku sediakan sendiri kek untuk Danish.
Untuk keknya, aku berkenan plak nak try buat Kek Red Velvet, memandangkan Danish memang suka cheese. So, aku just ubah suai sikit dengan menambahkan deco je bagi nampak sesuai untuk Danish. Dahlar aku nih kiranya 1st time cuba, nak mendeco pon ala-ala kerastangan..so, mendeconya dibantu oleh adik-adik aku..ahaksss..
Tadaaaa....inilah keknya..simple je..
Yang pentingnya Danish cakap sedapppp...dan makan ngn selera.. cukup puas hati aku..berbaloi bangun pagi-pagi siapkan kek untuk dia..
Menu lain, aku sediakan pizza..nak beli jawabnya bankrup..hahahah...memandangkan pizza memang fav semua orang..keluarga aku plak ramai..so, try buat je..dan ini adalah kali pertama aku buat pizza ok..suspen je masa bakar..takut keras dia nyer pizza tuh..dah masak..apa lagi serangggggggg.........kiranya cam oklah gak..menjadi..Cuma bleh diimprove lagi..ahaksss..dapatlah 5 keping beso..dan satu keping kecik...
Yang penting bagi aku Danish eppy..dan kiranya misi aku ala-ala berjayalah...penat aku..hahahha...