CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Tuesday, October 27, 2009

Alahai Anak-Anak Ku..

Semalam entry aku pasal Amjad demam. Ari nih masih pasal Amjad. Semalam,tepat pukul 5.00 pm jek, bergegas aku balik nak jenguk Amjad. Siang kat office aku ada call mak nak tanya keadaan dia. Tapi hp tak diangkat. Biasalah mak aku nih..hp dia merata..kadang dalam beg dia..tak sedar. Sampai kat depan umah nampak abah aku tengah dukung Amjad. Mak aku tengah tunggu kat atas tangga. Lupa plak ari nih hari Isnin, selalu dia tunggu aku balik nak soh aku hantar dia pi mengaji. Budak berdua tu pon amik can nak ikut. Balik jek umah terus terpa Amjad. Rasa badan dia cam suam-suam lagi. Cek suhu 37 lebih jek skit..masih susah hati lagi.

Pastu dia dah start merengek-rengek..bila aku marah kat abang-abangnya yang kejenya asyik bergaduh jek....dia dah start mencebik-cebik...walhal bukan aku marah kat dia..bila si afham meraung bergaduh ngan danish, amjad pon ikut melalak..adoilar..dia start dah..melarat-larat tangisan dia buat aku gelabah..hingar rumah aku di petang-petang hari ngan suara amjad, afham pastu si danish pon sama join melalak..semer berebut nak soh aku peluk..nak suruh aku pujuk..atuk ngn achik diaorang nak pujuk pon takmo..semernya nak aku..imaginelah..ngan amjad kat atas riba melalak..afham plak nak soh aku peluk dia suruh dukung..juga melalak..si danish pon mengada-ngada sama peluk aku dari belakang..mulalah dok main tepis menepis ngan si afham.. adusss...pening..pening...mencabarnya untuk seorang ibu seperti aku yang baru balik keje nak melayan tiga orang anak lelaki yang sedang buat peel..sabar..sabar...bawak bertenang-bawak bertenang (pinjam ayat fav danish)..
Inilah pengorbanan yang harus aku bayar demi untuk anak-anak..

So, malam dah tenang skit bila Afham dah tertido..Amjad pon sama..layan si Danishlah plak buat homework..dia nih selagi tak siap keje sekolah dia selagi itulah kena tunggu tengok dia buat keje..Pukul 10.30 pm, Afham bangun..Amjad pon sama..aisey..abislah aku..dan seperti diduga sudahnya aku sempat tido 4 jam jek pagi tadi..mana dok pantau suhu amjad lagi..siap cecah 39.1’ . Apalagi kena lap badanlah..kasik turun..lepas bagi makan ubat..dia tertido..Jam masa tuh pukul 1.00 am. Aku pon take turn tido. Pukul 4.00 am aku terbangun. Check Amjad. Panas balik plak dah badan dia. Bagi makan ubat. Pukul 5.00 am aku sambung tido. Pukul 6.00 am dah terbangun. Kalu aku layan nih maunya terbabas, bangun jeklah..sudahnya aku mamai..pening..pagi nih..sampai opis pon mandom jek..

Monday, October 26, 2009

Amjad Demamlah Plak..




Ari nih adalah monthly checkup untuk Amjad. Balik kerja semalam aku perasan badan dia cam suam-suam panas jek. Menjelang maghrib tuh dia dah start menangis-nangis. High pitch lagi. Buat aku gelabah dan panic gler. Amjad nih budak baik. Selama nih memang jarang menangis. Suka senyum. Bila dia start nangis beria-ia memang menakutkan bagi aku. Puas dipujuk takmo diam. Parents aku plak takder. Cam biasa ah pi masjid. Jenuh aku. Akhirnya dia tertido juga. Aku check suhu dia. Memang sah demam 37.6 ’. Aisey...Demam biasa. Mungkin sebab peralihan bulan ato dia sakit nak tumbuh gigi sebab aku tengok dia asyik dok kemam2 bibir dia. Tak tahulah..pandai-pandai jek aku teka nak menyedapkan hati sendiri.

Dalam pukul 10.30 pm dia bangun semula. Pukul 1.30 am baru tido. Jenuh aku menunggu. Hero yang sorang nih si Afham belum lagi tido.

So, pagi tadi aku kejutkan dia dan bersiap-siap nak bawak pi klinik. Suam-suam lagi badan dia even semalam aku dah bagi makan ubat. Aku cek suhunya. 37.3’..Demam lagi. Hantar Cik Mok dan Amjad dolo kat klinik sebab nak ambik nombor. Mak aiiii...ramai amat dah orang..Dapat no. 29, then bergegas pi hantar Danish pi tadika dolo. Lari balik pi klinik. Orang ramai lagi. Turn Amjad pon lama lagi. Mungkin sebab badan tak sedap kot, dia dah start merengek-rengek. Bila turn dia timbang jek, apalagi high pitchlah plak budak nih melalak. Semua orang dah pandang..adoooi...glamerlah plak aku..Start merengek-rengek..So, far takder apa masalah sangat. Beratnya ok. Peh! Berat Amjad dah naik dari 6.3 kg ke 7.1 kg..Diaorang tanya aku bg susu apa. Dengan bangganya aku menyatakan aku Fully BF. Cam terkagum plak diaorang. Huhuhu..Cek suhunya 37.6’. Demam Biasa. Dinasihatkan kalu naik lagi kena lap badan dia semer dan bawak ke klinik. Ubat demam ada diberikan sekali tadi. Really hope dia makin ok nanti..

Sunday, October 25, 2009

Setia Ku Korbankan




Setia Ku Korbankan

Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran

Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan

( korus )
Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu
Demi cinta suci

Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan

Wah..tetiba jek entry aku petang-petang nih lagu jiwang zaman dolo-dolo..korang layan jeklah eekk..Entry nih aku masukkan sempena Anniversary aku yang Ke-7 ari nih..
“Eppy” 7th Anniversary untuk diriku..Perasaannya.....

Pejam celik, pejam celik ari nih dah menjangkau tahun ke-7 usia perkahwinan aku. Sudah 7 tahun aku bergelar isteri orang dan sudah 7 tahun aku melalui pahit manis, suka duka dalam melayari bahtera ini. Di anugerahi 3 cahaya mata lelaki yang kini berusia 5 tahun, 2 tahun dan 4 bulan adalah satu anugerah yang paling terindah.Mungkin bagi sesetengah orang usia ini masih baru..dan mungkin bagi sesetengah orang usia ini sudah cukup untuk mematangkan kita atau cukup buat kita mengenali siapa pasangan kita.

Mengenali ‘si dia’ pada September 1999 hanya sebagai rakan sepejabat akhirnya telah membuahkan bibit rasa sayang dan cinta aku padanya. Setelah yakin dengan kata hati, aku bersedia menanggung sebarang risiko dengan memilih ‘si dia’ sebagai raja di hati. Melalui berbagai dugaan dan rintangan, kami akhirnya disatukan pada 25hb Oktober 2002. Kasih kami dibuahi cahayamata. Masih ku ingat senyuman terukir di wajahnya saat aku memberitahu hasil scan terbukti anak ini adalah lelaki. Tanggal Februari 2004, Muhamad Danish Aiman lahir menjengah kami. Bergelut selama 16 jam berada dalam kesakitan masih aku ingati. Sakit bahagian pembedahan melahirkannya tidak terasa kerana keterujaan aku. Wajahnya sememangnya persis daddynya. Tanggal Jun 2007 dan 2009, bukti sayangku pada ’si dia’ bertambah..Ku hadiahkan dia dua orang lagi ’putera’ sebagai peneman.

Tuntutan kerja membuatkan kami terpisah. July 2004 ’si dia’ merantau ke Johor mencari rezeki mengikut syarikat baru. Manakala aku memilih untuk berada di kampung halaman ku sendiri, di Terengganu. Namun, rezeki tidak berpihak untuk ’si dia’ di Johor. Akhirnya dia ditawarkan bekerja semula di syarikat lama di Kuala Lumpur pada Januari 2006. Kami masih lagi terpisah.

Untuk Daddy..

Perpisahan ini tidak sedikit pun meluakkan cinta aku padamu. Bahkan sayang dan cinta ini makin segar dalam hati aku. Aku merinduimu setiap saat, setiap minit, setiap detik masa berlalu..Aku setia menunggu di sini..Tatkala rindu menggamit, baju kepunyaanmu ku peluk, ku cium..terngiang kata Danish yang baru berusia 2 tahun ketika itu..”Mummy, kenape menangis? Mummy rindu Daddy yer? Takpalah, saya kan ada..atuk ada..nenek ada..Daddykan pegi kerja..” Hangat ku rasakan apabila tangan kecilnya memelukku dan menyapu air mata di pipiku..Peh! Kata-kata anak kecil ini memang menabahkan hati aku..Daddy..peritnya bila berjauhan dengan mu..

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) sememangnya menuntut pengorbanan yang besar. Ia menuntut kepercayaan, kesetiaan, kesabaran, kejujuran..hilangnya ia..goyahlah..Sikapku yang sensitif ditambah dengan sikap mu yang cool, ego.. mengundang padah..ku harap panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..Ternyata kasih ku dan anak-anak tidak cukup membahagiakan mu..aku tahu aku bersalah..namun kesilapanku tidaklah sehingga menduakanmu..tidaklah sehingga aku mengalih arah ku kepada yang lain..
Aku masih lagi setia di sini..mengharap kepulanganmu..

Kesilapanku hanya kerana aku menyayangimu, merinduimu..dan meletakkan kaulah segalanya dalam hati aku..dan balasannya..

Cukuplah..aku tidak mahu mengingati lagi saat-saat kelukaan itu..saat cinta dan kesetiaanku dihambat pergi..saat aku dihina seperti anjing..hanya kerana aku sayang pada mu...cinta padamu..aku percaya semua yang berlaku ada hikmahnya..aku redha dan pasrah..hati ini sudah memaafkanmu..at least aku sudah melakukan yang terbaik untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak-anakmu..sekurang-kurangnya aku telah berusaha untuk mempertahankan mahligai yang kita bina ini atas dasar sayang dan cinta kita ini dahulu..Maafkanlah aku andainya aku tidak cukup membahagiakanmu..aku berdoa kau akan beroleh kebahagiaan yang dicari...


Ps: Korang jangan muntah hijo plak dengar tahap kejiwangan aku petang2 nih..kasik can ah aku jiwang sekali sekala..

Sunday, October 11, 2009

Pocong Dalam Rumah?

Heeeeheee….Misteri….

Wah…cam suspen jek ekk entry aku..memang suspend pon…muahahahah…
Ceritanya…Ari khamis, malam jumaat baru nih…maghrib tuh cam biasalah kan..aku pi mandi ngan anak-anak..si Danish ngan Afham..dah selesai..bila aku bukak jek pintu bilik mandi..ruang tengah umah aku tuh gelap jek..Aik…siapalah plak main tutup lampu nih..tadi elok jek nyala..Mak ngan abah aku takder pi masjid ah cam biasa..Farah dalam bilik kot..Bilik aku kat bahagian belakang..kena lalu dolo ruang tamu yang gelap tuh..

Danish pon pelik..”Eh! Mummy, napa gelap nih..takder letrik ker?” aku tak terpikirlah plak nak menjawab kan…ade jek letrik..sebab lampu bilik mandi nyala jer.. terus aku dukung si afham..danish lak aku pegang..cam besa ah jalan menuju ke bilik aku yang ada kat belakang ..dekat ngan dapur..sambil jalan tuh mata aku melilaulah jugak..yerlah dah gelapkan..tup2 aku nampak putih jek berbungkus mencangkung kat meja makan..masa tuh cam tak terlintas apalak..tetiba jek mender mencangkung tuh bangun..pandang aku sambil melompat-lompat masuk ke bilik tengah..bilik farah…Ya Allah! Terkejut beruk aku..pocong? Apalagi…menjerit aku kuat-kuat..si Danish kat belakang aku pon join sekali..melompat-lompat dia hysteria…terpaku keras aku kat situ..tersirap darah aku..

Nasib tak tercabut towel aku depa dok main tarik2…afham plak blur jek…
Jeng-jeng…tetiba jek aku dengar suara orang gelak dalam bilik Farah..terus aku selak..tengok farah gelak guling-guling ngan ‘pocong’ tuh…cett…siot jek..rupanya adik aku yang jadik pocong tuh..sapa lagi achik bebudak tuhlah..poyo…baru aku perasan..dia bungkus badan dia ngan baju semayang mak aku…muka putih letak bedak..cettt…poyo ko acik..nasib kakak ko nih takder darah tinggi, sakit jantung semer..kalu tak maunya aku gol..sempat lagi ko buat lawak…farah plak tergelak2 sampai merah muka siap bagitau diapon terkena tadi ngan abang dia nih…

Apalagi merasa dia sedas dua penyepak aku…

Bila Amjad Dah Pandai Meniarap..








Bila Amjad Dah Pandai Meniarap

Ari nih sejuk sehhh…semalam hujan lebat betul. Lama dah hujan tak turun lebat cam semalam. Siap dengan kilat-kilat guruh semua..Anak-anak apalagi..selsema makin menjadi-jadilah..Si Abang dah makin elok..batuk sikit-sikit jek lagi..Pagi tadi dah hantar pi sekolah selepas hari Khamis tu dia ponteng..rehat kat umah..Si Afhamlah makin menjadi-jadi..nasib dia rajin makan ubat..pantang pelawa..nganga jek..hope dia makin sihat..even bila minum susu jek..kalau batuk mesti muntah balik..kesian dia..makin manja mengada-ngada..nak dukung jek..aku layan jerlah..

Back to cerita Amjad..entry dolo aku ada mention Amjad dah boleh meniarapkan...kenapa aku excited? Sebab aku ingat dia nih berat muntot ..so, we’all assume mesti susah dia nih nak meniarap..sebab si afham dolo lambat nak meniarap..so, bila dia dah pandai oklahkan..yang lawaknya dia nih..bila dah pandai..boleh main guling2 satu umah..adoooiii...tergelak betul kami satu family..nih ada pic aku letak sekali..korang imagine..dia aku letakan atas bantal..atas tilam..pastu mulalah..guling-guling..golek-golek..guling-guling...golek-golek..hah! ambik ko..sampai ke dapur peginya..tuh kalu aku biorkan harus sampai ke sinki..kesian plak sebab lantai keraskan..takut sakit kepala dia terus kami angkat...siap marah tuh...abang-abangnya apalagi excited lebih...mulalah jadi tukang kacau..lebih-lebih lagi si afham...

Masing-masing tak sihat pon kenakalan dan keaktifan amat..imagine kalu diaorang sihat betul..memang bising satu umah dengar suara aku menjerit..ditambah ngan suara atuk ngan nenek dia..memang riuh rendah..

Thursday, October 8, 2009

Amjad Was 4 Months Today..



Heheheh..kecoh jek aku nih…macam tak pernah ada anaklah plak bila tajuk entry aku macam nih..cam ala over jek..walhal anak dah 3..anak baru 4 bulan pon sebuk buat entry…dah nama blog aku kan so, suka2 aku lah nak wat entry apakan..dah nama nya pon Journey aku ngan anak2..so harus entry aku pasal aku dan anak2 jek..

Yang rasa alar2 bosan jek tuh..asyik2 citer pasal anak dia..asyik2 citer pasal anak dia..bleh pi carik blog lain yang eppy..eppy…peh..ala berlagak jek..halau-halau orang..hehehhe…perpon ari nih 8hb, amjad dah masuk 4 bulan..sekejap jek masa kan.. rasa cam baru jek dia kluar dari perut aku nih..terasa lagi hazabnya aku berkampung kat hospital sebulan..hazabnya aku pada malam dia dah dikeluarkan..kena demam sampai menggigil..sampai nurse datang selimutkan aku ngan dua blanket tebal..terasa2 lagi sakitnya bekas ceser tuh bila ubat bius dah hilang…menggigil..hazabnya nak bangun ke toilet buat kali pertama..siap aku kena marah ngan nurse sebab terkedek2 nak bangun..depa plak nak tuko cadar..huhuhu..adooiiii..bukan senang untuk dapatkan anak..

Pesanan Penaja : Pada sang suami hargailah pengorbanan isteri anda..(sempat lagi aku wat iklan..huhuhu)

Tapi bila lihat Amjad makin tembam, sihat dan bersemangat badan dia..aku suka..aku suka..berbaloi semuanya..Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana menganugerahkan anak ini..aku bangga menjadi ibu buat ketiga kalinya…rasanya nihlar kali pertama aku dapat bb cam Amjad..even si Danish masa lahir berat 3.48kg..tp taklah badan cam Amjad..mungkin sebab aku dah campur2 susunya dolo…kurang ilmu punya hal..dan aku berbangga..bangga gler untuk bagitahu kat orang yang aku Breasfeed Amjad secara Eksklusif..tak campo2 pon..sudah berjaya selama 4 bulan dah…2 months more to go..then moga terus berjaya sehingga 2 tahun…Terima kasih pada kawan2 di forum..untuk maklumat dan sokongan…

Semoga Allah murahkan rezeki air susuku ini untuk Amjad..tak lupa untuk Afham yang suka join sekaki..kadang lebih over dari adik dia..suka aku bila dengar dia mintak kat aku “Me, nak ‘tek’…nak ‘tek’ …” ngan senyuman yang manis dan air muka yang paling comel buat aku…pastu bila aku larik2..siap kejar2 sambil merayu…huhuhu..so sweetlah ko nih Afham…lately nih Afham plak makin kurus..aktif terlampau..makan kurang nak menetek jek..mana bleh nak oiii…awak tuh dah 2 tahun..mana bleh nak fully2 lagi…kena makan sudaaa……Pehhh...letih aku nak melayan depa bertiga nih..

“Aiman, Afham, AmjadKu Sayang…Belahan Jiwa Mummy…”
(lagu tema aku harus ada..ngeh..ngeh..)





~ Ini budak banyak nakal..oooo..

Wednesday, October 7, 2009

BERHENTI BERHARAP..




BERHENTI BERHARAP

Aku tak percaya lagi dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap, dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita, bila bahagia tercipta?
Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan

Aku pulang tanpa dendam
Kuterima kekalahanku
Aku pulang tanpa dendam
Kusalutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita

Aku pulang tanpa dendam
Kuterima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti semua

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat...

Wah...tetiba jek ari nih entry aku lirik lagu Sheila On7 nih..arinih bolehlah kalu korang nak katakan aku adalah dalam blues..besa ah pompoan..ada masanya blues aku tuh datang nyerlah..tak bleh lari punyer..nak2 bila naik ’bendera merahkan’..poyo jek..duss..duss untuk diri sendrik..

Tataulah..lately nih banyak mender juga buat aku terpk n berpk2..banyak dah suka duka yang berlaku dalam hidup ini..Ada orang di luar sana mungkin menuding jari pada aku..tapi bagi yang kenal aku dan memahami siapa aku yang sebenarnya pasti mengerti..dan aku tak hairan pon pada sesiapa yang suka-suka nak kutuk dan salah faham pasal diri aku selama nih..pedulik aku..sebab aku tahu Allah ADA..DIA LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERSIRAT DALAM HATI KECIL AKU..DIA MENGETAHUI NIAT DAN APA YANG BERLAKU..Dan aku percaya semua yang berlaku ada hikmahnya..semua ujian yang diberikan pasti ada ganjaran yang menunggu...

Aku rasa dah tiba masanya aku meletakkan titik noktahnya...Buat apalagi ’Aku Berharap’ sedangkan tiada apa yang aku dapat...Aku kena redha dan teruskan perjalanan hidup ini..yang pentingnya aku ada 3 orang hero yang diamanahkan kepadaku..3 hero yang kalau betul didikanku yang boleh membawa kebahagiaan kepada aku hingga ke alam sana..Pada anak-anak kesayanganku Danish Aiman, Durrani Afham dan Daiyyan Amjad..Mummy tetap bersama ’Anak2ku Sayang’ suka dan duka..jangan ’Anakku Sayang’ ragu-ragu kerana kasih mummy tetap pada kalian..tak akan berganjak dan berubah seinci pon...Mummy yang kandungkan kalian 9 bulan 10 hari..mengendong kalian ke mana sahaja..merasa kesakitan dan keperitannya melahirkan..merasa kebahagiaan bila mendengar tangisan dan senyuman kalian...pastinya Mummy akan melakukan apa sahaja untuk kebahagiaan kalian...Please remember, Mummy Sayang kalian sesangat..kalianlah hidup dan mati mummy...

” Aiman, Afham, AmjadKu Sayang..Belahan Jiwa Mummy...”





Sunday, October 4, 2009

Sambutan Aidilfitri Tadika Danish








Khamis lepas..12 Syawal ada Majlis Hari Raya di Tadika Danish bermula pukul 10.00 pagi..pehh..hari bekerja plak tuh..kalu aku tak pegi..kesian si Danish..
Nak pegi..bos plak ada kat office..plak tuh ada keje plak ekna wat..pk nyer pk..belasah jeklah..

Pagi tuh..lepas hantar Danish aku masuk office ca, biasa...siapkan apa yang patut disiapkan pastu..terhegeh-hegeh wat muka kesian kat bos aku..skripnya..

Bos : Saya nak keluar kejap nak pegi beraya ngan Haji xxxx...dia dah tunggu nih..
Jom zzzzz...ikut aku pi jumpa Haji xxxxx....( kata bos aku pada Engineer
aku..nama terpaksa dilabelkan takut kena saman..huhuhu)..

Aku : Hah! Tuan Haji, saya pon nak keluar jap nih..pi tadika anak saya..diarang wat
open house.. sekejap jek..(aku wat muka kesianlahkan)

Bos : Ok. Pukul berapa?

Aku : Start pukul 10.00 pagi.

Bos : Ok. Sebelum tuh, awak call telekom nih dolo..blaa..blaa..

Aku : Takpalah Tuan Haji. Saya pi sendiri nanti telekom tanya dioarang..

Bos : Ok..Ok..

hehehhehe...itulah antara skrip membodek aku..huhuhu..
sampai tadika Danish..dah ada dah parents yang datang..antara menu diarang..nasik dagang..laksa kuah merah...ketupat ngn serunding (pehh..sedap gilo...aku malu..makan 2 jek..kalu kat umah nih mau abis aku bedal)..pastu kuih2 raya yag dibawa oleh parents..aku bekalkan Danish kuih kek jek..itu pon beli kedai sebab kuih raya kat umah dah habis..ngn biskut kelapa jek yang tinggal..Cikgu ada buat satu pertandingan pakaian hari raya tercantik ibu, bapa dan juga anak-anak..aku dan Danish tak dapat pon sebab aku dressing cam besa jek..takder baju glamer..huhuhu..

Pukul 11.30 pagi cabut..sebab dah janji ngn bos nak pi telekom kan..huhu..aku angkut Danish pi office sekali..sebab kalu dia balik awal..jawabnya jenuhlah mak aku nak kontrol budak2 kat umah..petang balik office seperti yang dijanjikan ngan Danish..pi potong rambut dia pastu singgah kat mcdonald..hari-hari haruk aku nak makan mcdonald..bila aku bagi reason duit tarak siap soh pakai duit raya dia..huhuuu..
walhal duit raya dia dah selamat aku masuk bank...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger