ISNIN; 12 November 2012
Hari Keempat..
Hari ini destinasi yang dituju..MELAKA...
Oh..serius..aku memang tak pernah menjejak bumi bertuah Melaka ini ok..
Kesiankan? Sebab itulah Melaka jadi salah satu target untuk aku bercuti kali ini. Plan asalnya nak ronda-ronda di bandar Melaka dan bawak anak-anak ke Zoo Melaka..dengarnya Zoo Melaka lagi besar. Dah ada anak-anak ni aktivitinya haruslah melibatkan kesukaan dan minat mereka. Tak akan nak ajak ke shopping complex je kan..Oh..lupa nak bagitau..adik aku Ct dan Encik Hubbynya Lee siap ambik cuti hari ini untuk melestarikan hajat kakak tersayang mereka nih...takut kalau pi weekend sesak...so sweetkan diarang...taching aku...huhuhu
Kami bertolak dalam pukul 10.00 pagi. Plan asal nak tolak awal..tapi memandangkan malam tadi lepak sampai pukul berapa baru balik rumah..mulalah pepagi punyalah liat nak kejutkan hero-hero aku ni sorang-sorang..adeiii...Dalam tengahari kami sampai ke Melaka. Oleh sebab matahari dah meninggi atas kepala, cam carik pasallah plakkan nak pegi zoo time nih...bleh pitam nih..hukhuk..so, sebelah petang nanti kami singgah pegi zoo..
Untuk permulaan kami singgah Bandar Melaka dolo..carik makan..kunun nak merasa makanan signature orang Melaka ni..apa lagi..Asam Pedas lah..ini kali pertama aku makan Asam Pedas Melaka..mmmmm...komen aku? Bolehlah..Heheheh...sorry orang Melaka..aku rase Asam Pedas Ganu lagi layannn kot...beselah dah tekak Ganu aku nih..
LePas makan, sempat round cari fridge magnet dolo..kemudian ke Menara Taming Sari..Ramai juga pelawat kat sini. Jenuh jugalah nak menunggu masuk nih... Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Bagi pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit. Mula-mula cam gayat pastu syok. Subhanallah..sungguh indah alam ciptaan Tuhan yang dapat kita lihat dan nikmati. Anak aku siap terjerit2 bila nampak kereta Uncle Lee diarang di tempat parking...peehh...telus mata betul ini budak..
Layan pic yang aku sempat snap ni..Kalau korang ke Melaka. Jangan lupa yer..Menara Taming Sari ini....
Tempat seterusnya Muzium Samudera. Dari atas Menara Taming Sari, kami dah nampak replika kapal besar ni. Anak aku dah bising nak ke Kapal ‘Pirates of Caribbean’ nih..huhuhu..
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990.Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.
Bayaran masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Waktu operasi kalau hari biasa dari pukul 9.00 pagi-5.30 ptg dan kalau hujung minggu sehingga pukul 9.00 malam. Feeling betul berada dalam Muzium Samudera ini. Seakan tertolak masuk melangkaui zaman kegemilangan Melaka dahulu..indah bahteranya. Tetiba je aku terbayangkan watak kesayanganku Laksamana Sunan meredah samudera dalam bahtera sebegini ketika dalam perjalanan mencari dan memerangi musuh Allah si Taghut.
Waktu makin berganjak..rasa macam tak sempurna berada di sini kalau tak merasa Coconut Shake yang terkenal di Pantai Kelebang..apalagi..berdesuppp...peeehh...jumpa juga tempatnya dibantu dengan teknologi zaman sekarang..mak aaaiii..panjangnya barisan..alang-alang dah sampai..kalau tak beli, kan takut ada yang mengigau..so..Ct dan Lee join barisan yang panjang nih..aku dan anak-anak tunggu dalam kereta..dekat sejam juga beratur. Peeehhh....berbaloi-baloi...sodaaapppp coconut shakenya..sambil minum kami menuju destinasi seterusnya...ZOO MELAKA...
Hohohoho...plus jem..plus pusing2 sesat...sampai kat depan zoo pukul 5.30 pm..ambik ko...zoo tutup pukul 6.00 pm..camno? nak bermalam kat Melaka ni semuanya sehelai sepinggang..baju anak-anak je yang aku bawak spare macam biasa. Nasib ada Night Safari. Akhirnya kami buat keputusan untuk merasai pengalaman Night Safari. Night Safari atau Zoo malam di buka pada pukul 8.00 malam, sempatlah kami pegi makan, bersihkan diri dan rehat sekejap.
Akhirnya.....
Kami di bawa jenjalan pusing zoo nih menaiki trem..scary juger kadang tuh...very the gelap kadang tu..amjad dah mula cuak dan pegang aku ngan kuat..kadang tu trem berhenti di depan kandang haiwan..mulalah drebar trem tuh suluh2 haiwan..ada yang nampak..ada tuh sampai bolat2 bijik mata merenung...heheheh...kami dilarang menggunakan flash untuk mengambil gambar haiwan takut haiwan terganggu. So, aku simpan kamera dalam bag, riso juger..kan ada trem kene terkam di haiwan ini..hehehe..
Bayaran ke sini RM10 untuk dewasa dan RM5 Untuk kanak-kanak..Zoo Malam ni bukan setiap hari ada yer..hanya pada Jumaat, Sabtu dan sehari sebelum Cuti Umum.
Balik time..sampai umah KL dalam pukul 1.00 pagi rasanya..Letih tapi sangat seronok. Tak puas hati sebab banyak tempat menarik tak sempat nak cover. Takpa nanti lain tahun aku datang redah lagi ke Melaka..yeaaaahhh...
1 Lalala:
Hi ADMIN. Terima kasih sudi share pengalaman. Kalau2 berminat nak cuba lawat Night Safari Singapore pula, boleh la hubung kami untuk dapatkan tiket promosi.. :) Mari dapatkan tiket promosi Singapore seperti USS/ SINGAPORE ZOO/ GARDEN BY THE BAY/ SEA AQUARIUM/ NIGHT SAFARI/ RIVER SAFARI/ ADVENTURE COVE WATERPARK/ CABLE CAR dan banyak lagi! Pasti lebih murah dari harga kaunter & OPEN DATE! Tiket Night Safari SG MYR 141 per adult sahaja (est SGD44) termasuk FREE Unlimited Tram Service worth SGD5 // Tiket USS, MYR 211 per adult sahaja (est SGD66 only). Pakej USS with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS juga ada.
.
Lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
JESSICA, LOVE TRAVEL
(whatsapp: +6012-7760219)
Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ
Post a Comment