CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Tuesday, September 27, 2011

Boboi Boy? Eh! Bukanlah..Roti Boy lah....


Tajuk entry adalah poyo..

Satu Petang..

Si Anak: (...tengah makan roti boy..dengan berselera..)
Si Ibu: awak suka ke roti tuh?
Si Anak: suke...sedap..
Si Ibu : mahal seketui tuh.. beli banyak bankrup mummy..
Si Anak: mmmm..kalu mummy pandai buat roti nih..memang hebat..saya suke..
Si Ibu: ...selepas itu gigih menggoogle mencari resepi..manakan boleh menghampakan si anak...

Akhirnya...tadaaaaaaaa.....


In the making :

Si Anak: cepatlah mummy..saya tak sabar nih..bila mummy nak masak..
Si Ibu : tunggulah dolo..tak boleh masuk oven lagi..nak kene tunggu dia naik dolo..
Si Anak: naik?
Si Ibu : tunggu dia kembang dolo..jadi besar dari saiz asal..baru boleh masuk oven...
Si Anak: ooooooo...tunggu dia gemuk dolo yer..
Si Ibu: aaaaa...yerlah..
Si Anak : gemuk cam mummy...kekekkee...
Si Ibu: eeeeee...budak nih...kita plak di katanya..
Si Anak : menyengeh..gelak..then melarikan diri....

Si Ibu: tersenyum...bahagia ku di sini.....

itulah sedikit sebanyak cerita di sebalik pembuatan roti nih..setelah kali kedua mencuba..alhamdulillah berhasil..taklah secantik kat kedai tuh kan..tapi rasenya ada..dan yang paling best..ia membuatkan si anak tersenyum dan makan dengan selera...satu kepuasan..

Resepinya ku amik dari Diana di Myresepi..
tq Diana..sudi sharekan..mintak izin copy paste yer..

Resepi Roti Boy (Mexican Bun)

Bahan-bahan ( 17 biji )

• # Bahan untuk Inti #
• 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
• 1/4 sudu teh esen vanilla
• 35 gram gula perang

• # Bahan untuk Topping #
• 100 gram mentega, dilembutkan
• 80 gram gula aising, diayak
• 2 biji telur, dipukul sedikit
• 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
• secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
• 100 gram tepung serbaguna, diayak

• # Bahan untuk Doh Manis #
• 500 gram tepung roti, diayak
• 20 gram tepung susu, diayak
• 75 gram gula kaster
• 1 sudu teh) garam
• 1 1/2 sudu teh yis segera
• 1 biji telur, dipukul sedikit
• 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
• 60 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara
1. Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

2. Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

3. Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.


4. Cara untuk membuat Roti Boy Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.



Selamat mencuba..aku dapat 15 biji..

0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...