CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Wednesday, April 27, 2011

Blueberry Cream Cheese Butter Cake


Isnin aritu plan asal nak godek resepi untuk buat cookies amjad..tapi abang-abangnya tak setuju..diarang nak soh mummynya buat kek...belek-belek resepi terbekenan plak resepi ni..memandangkan semer bahan dah ada..pulun...

Punyalah suka budak-budak ni dengan cream cheese..in the making..danish siap dok meratah2 cream cheese kat plastik dia..amjad lak sibuk mencolek2 adunan..adehh..
Pukul 10.30 pm baru hegeh-hegeh nak buat..menjelang pukul 11.30 pm baru siap..budak-budak ni amik kesempatan mummynya sibuk untuk mengelat masuk tido..
peehhh...memang mabeless kek nih korang...sedap giler..gebu..wangi..masa tengah panas baru angkat dari oven..otomen tiga ni dah berkerumun tak sabo nak makan..including atuknya..hakhakhak..

Satu adunan ni aku dapat lebih dari satu loyang..mungkin loyang aku nih memang kecik..so, balancenya ku jadikan cupcake..bawak opis..bagi opismate rase..

Versi cuppies..


So, aku rekemenkan korang cubalah resepi nih..ku amik dari rumah yatie (http://yatiememories.blogspot.com)..mintak izin yer yatie ..ku copy paste kat sini..

Bahan-Bahan
• 1 1/2 cawan gula halus (bagi aku manis sikit..bleh kurangkan)
• 1 sudu teh esen vanilla
• 150gm buah blueberry (aku guna blueberry filling)
• 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (aku guna tepung gandum +1 sudu kecil baking
powder, diayak)
• 250gm butter
• 250gm cream cheese
• 1/3 cawan susu segar
• 3 biji telur

Cara-Cara
1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu,
pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
5. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

in the making..

Monday, April 25, 2011

Paprik Ku Petik Bintang-Bintang


hahaha...sesuke hati je nak bagi-bagi nama..ngengada betul cik mek nih sorang..

hujung minggu aritu apalagi aktivitinya adalah memasak..lama tak buat paprik..
so, buat paprik..masak tomyam..masa masak tomyam nih tetiba terkenangkan 'sidia'..
teringat plak nih salah satu favnya..bagi rase masam lebih..(motip..tetiba kenangan mengusik jiwe)..tersangat poyo di situ..dushh..

Bahagia Ku Di Sini



Dengan Kamu..



Kamu..

Monday, April 18, 2011

Giler-Giler Muffin!

Muffin 3 Beradik..

Sabtu lepas..plan asalnya nak buat biskut untuk kudapan amjad..tetiba je plan bertuko
kepada membuat muffin..ambik ko..sekali buat tiga jenis..muffin coklat..muffin strawberry dan muffin blueberry (Muffin 3 Beradik)..giler muffin weehh...

Amjad paling tak sabo makan..fav dia yang coklat..makan sambil kutis2 choc chip..sambil cakap.."mmm...cedapnya..mmm...cedapnya" sambi goyang-goyang kepala..
sungguh mengambil hati..ahaksss...sudahnya..35 bijik muffin selesai di hari itu juga..tak sempat simpan untuk bawak ke opis..tinggal sebijik je..tuh pon balik keje tengok dah hilang..huhuhu...

Muffin Strawberry..


Blueberry..


Cokelat..




Pagi tadi pukul 5.00 am aku bangun masak muffin lagi..hahaha...memang giler muffin..bukan aku yang giler-giler makan ok..aku just jamah sikit je..selebihnya bawak ke opis untuk opismate aku dan anak-anak kat umah..kalu tak maunya..cam teddybear aku..ahaksss...

Resepinya lupa dari mana aku cilok..aku derhakakan sikit untuk dapatkan 3 beradik muffin nih..

Bahannya:
• 2 cwn tepung gandum
• 2 sdt baking powder
• 1/2 sdk garam
• 1/2 cawan gula
• 1 biji telur
• 1 cawan susu segar
• 1/3 minyak sayur (aku gunakan butter yang dicairkan)
(Ni adunan yg biasa)

Cara-Cara:

• Panaskan oven pada suhu 180'C.
• Dlm mangkuk campurkan tepung, garam, baking powder, gula.
• Buatkan lubang ditengah.
• Dlm mangkuk lain pukul telur sedikit masukan susu dan butter dicairkan.
• Barulah dituang kedlm mangkuk yg berisi tepung.
• Gaul guna whisk sehingga sebati, jangan di pukul sekadar gaul dgn whisk,
adunan akan nampak berketul sedikit gaul sebati jgn guna mixer
• Tuang adunan 3/4 kedlm muffin cup
• Bakar selama 25 hingga 30 minit..
Aku bahagikan adunan kepada 3 bahagian..sebab nak pelbagaikan..kalu satu rase je takut anak-anak muak plak..

Untuk strawberry muffin (campurkan strawberry emulco, boleh juga masukkan jem strawberry sebagai intinya.
Untuk bluberry muffin - aku letak filling blueberry di tengahnya.
Untuk cokelat - aku letak choc chip kat tengah sebagai filling dan taburkan choc rice banyak2..

Selamat mencuba!!

Sunday, April 10, 2011

Kuih Citarasa 'Ganu Kite'..




~ 'Asam Gumpal'

Sabtu, ku buat 'Asam Gumpal' , 'Beronok (kuih sagu) dan 'Reppok (tak tau nama komersial dia apa)..Nih kebanyakan kuih citarasa orang 'Ganu Kite'..

Apam Dot Dot Ku menjadi Apam Kaler Kaler


Apam nih glamer sekarang kat belog masakan..kebanyakan penulis belog masakan tegar dah try buat apam ni dan tempek kat belog memasing..aku pon dah jatuh cinta dengan kekiutannya..lama dah pendam rase nak aci cuba try test..

Gigih carik pengukus yang dah disimpan (kes jarang guna..hehehe..)
So, weekend lepas..jumaat, memandangkan otomen ku masih tido..trylah buat...
dalam semangat nak buat nih..si amjad bangunlah plak..apalagi..dia jadik tukang sibuk..
akhirnya..apam dot dot bertuko menjadi apam kaler kaler...hukhuk...



~ Inilah rupanya yang sebenar..pinjam pic dari belog hana..mintak izin yer tuan rumah..hukhuk..tuan umah buat comel je...

Brownies Chocolate


Brownies nih ku buat dua minggu sudah kot..baru nak tempek sini..
Ni untuk birthday adik dan suaminya yang kebetulan lahir dalam bulan Mac..
Ku buat dua bijik..satu untuk diarang..satu untuk anak-anak makan..Resepinya ku cedok dalam belog kak liza..korang terjahlah yer..


~ Ini budak-budak punya...

Harap-harap Che Da dan Ayah Iskandar suke...Eppy Birthday..moga kalian bahagia selalu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger