CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Thursday, February 17, 2011

Aku, Rerama Dan Pari-Pari Hitam


Jejak duka itu aku tinggalkan satu persatu
Aku padam ia dalam-dalam
Agar tidak tinggal sisa yang bisa merobek kembali luka hati

Kemarau dulu yang lencun disimbah hujan badai yang melara
Membawa si pari-pari bermuka dua
Mengaburi menakluk menikam dari belakang
Bersembunyi dalam diam
Meratah rakus tanpa kasihan

Hilang lagak gaya perwiramu
Hilang kewarasan baik budimu
Kau hanya mampu terpaku membisu
Membiarkan tangan-tangan hitam rakus
Mengolang-olengkan gelora yang mula bersarang
Menukarkan si putih menjadi hitam
Sedangkan hanya aku berjuang bermatian
Mempertahankan dari rebah dan tewas
Suara sumbang menari-nari
Menyesatkan merasuk mengaburi hati

Hilang perisai diri
Hilang senjata sibima sakti
Aku tewas dalam gelora yang kau cari
Kota itu sudah lebur berkecai
Lagu itu sudah hilang dari iramanya
Permata itu sudah hilang dari cincinnya

Aku bangkit dari tewas
Aku bernafas dalam lemas
Biar luka ini berdarah parah
Semangat juangku tiada pengalah
Aku bukan seorang yang lemah
Sanggup mengaku kalah dan berdiam malas

Dengan lafaz kalimat mulia
Langkahku susun bangkit semula
Pelangi itu sudah datang bercahaya
Memimpin jalan menuju syurga
Dari kepompong kau menjadi rerama hitam
Ku biar kau terbang kemana-mana
Asalkan kau bebas dan aku bahagia

Sunday, February 6, 2011

Meraikan Danish


Cuti CNY yang lalu memberi peluang untuk aku raikan birthday si Danish. 3hb tuh, dari pagi lagi aku dah bersilat di dapur. Takderlah meriah dan mewah sangat. Sekadar buat makan-makan untuk kami sekeluarga saja. Memandangkan aku sekarang suka nak mencuba resepi kek dan macam-macam. Mood memasak tersangatlah rajin. So, tahun ini aku sediakan sendiri kek untuk Danish.

Untuk keknya, aku berkenan plak nak try buat Kek Red Velvet, memandangkan Danish memang suka cheese. So, aku just ubah suai sikit dengan menambahkan deco je bagi nampak sesuai untuk Danish. Dahlar aku nih kiranya 1st time cuba, nak mendeco pon ala-ala kerastangan..so, mendeconya dibantu oleh adik-adik aku..ahaksss..

Tadaaaa....inilah keknya..simple je..



Yang pentingnya Danish cakap sedapppp...dan makan ngn selera.. cukup puas hati aku..berbaloi bangun pagi-pagi siapkan kek untuk dia..

Menu lain, aku sediakan pizza..nak beli jawabnya bankrup..hahahah...memandangkan pizza memang fav semua orang..keluarga aku plak ramai..so, try buat je..dan ini adalah kali pertama aku buat pizza ok..suspen je masa bakar..takut keras dia nyer pizza tuh..dah masak..apa lagi serangggggggg.........kiranya cam oklah gak..menjadi..Cuma bleh diimprove lagi..ahaksss..dapatlah 5 keping beso..dan satu keping kecik...





Yang penting bagi aku Danish eppy..dan kiranya misi aku ala-ala berjayalah...penat aku..hahahha...

Wednesday, February 2, 2011

Kek Alunan Kasih


Semalam, plan mula-mula ingatkan nak baking cuppies untuk danish bawak ke sekolah ari ini sempena birthday dia..nak jamu kawan2 makan..tup-tup sampai je umah..danish bagitau ari nih sekolah dia cuti..alahaiii...rosaklah ana punya plan..sian danish..takpalah, nanti ari sabtu mummy masakkan kamu cuppies yer..

So, feeling nak masak tuh dah membuak2..kebetulan aku nih dah berkenan nak try buat kek yang tengah glamer kat belog masakan la nih..eceehh..so..akhirnya..terjalinlah kek ini...sodapp..

tq pada tuan punya resepi..tak ingat sapa punya..
ni..resepi yang aku copy n paste yer..terima kasih tuan belog..mintak izin..

KEK ALUNAN KASIH

Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.


Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Pengalaman sendiri :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

**
gula K.Nor guna 11/2 cawan jer
susu cair K.Nor letak 1 cawan
adunan kuning + vanila
adunan hijau + paste pandan
adunan merah + paste strawberry.

Happy Birthday Sayang...



02hb Februari, tujuh tahun yang lalu..adalah saat yang begitu indah dan membahagiakan..tiada yang lebih indah bila dapat memeluk anugerah bukti kasih sayang antara dua insan..saat membelek jejari halus..memandang wajah yang tulus mulus lagi suci..mendengar rengekan meminta dimanjakan dan disayangi..hati ini pasti berbunga riang..begitu bahagia..hilang lelah selama 9 bulan..hilang jerih perih kesakitan 16jam bertarung nyawa..hilang semuanya..

Melihat dia membesar di depan mata meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan kini berlari riang mengejar bola..saat-saat yang tidak mahu aku lupakan bergelar seorang ibu..terima kasih Allah atas anugerah yang terindah ini..aku mohon padaMu berkatilah dan permudahkanlah perjalanan anak ini di dunia dan juga di akhirat..

Buat permata hati mummy...Muhamad Danish Aiman..mummy doakan kamu beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat..jaga adik2 yer..mummy sayang,cinta, kasih kamu selamanya.....

Tuesday, February 1, 2011

Muffin dan Choc Chip Cookies

Minggu lepas untuk hilangkan rase bosan..buat muffin dan cookies lagi..sejak dua menjak nih dah jadik passion aku plak belek resepi kat internet, baca blog masakan, print out..then, cuba..rase cam seronok je..

Oklah tuh..dari hobi mengacau hidup orangkan..baik aku kacau kuih..
Ahakss..



- Muffin Aneka..satu adunan dapat 3 jenis..Muffin Plain untuk parents aku yang tak suka manis..Muffin Jem Strawberry fav aku dan Choc Chip for otomens..



- Pembantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...