Pepatah tersebuat menjurus kepada situasi di mana kita perlu membuat pilihan. Bagaimanakah kita mahu berhadapan dengan situasi sebegini dimana pilihan untuk memilih adalah terhad.
Situasi dimana kita diwajibkan memilih salah satu daripada dua pilihan yang memiliki kepentingan yang sama dan kedua-dua pilihan tersebut memberi faedah jika dipilih dan kerugian jika diabaikan. Namun, kita hanya mampu memilih salah satu. Pilihan yang terbaik adalah pilihan yang memberi kebaikan untuk jangka masa panjang. Kita harus bersedia menghadapi kesan daripada mana2 pilihan yang dibuat..jadi, apa yang penting adalah bagaimana cara kita menangani situasi tersebut.
Inilah situasi yang aku tengah lalui sekarang. Terpaksa untuk membuat pilihan. Antara Kerjaya atau Anak-anak.
Sukar bukan? Aku mendapat surat dari Ibu pejabat yang mengarahkan aku bertukar tempat bertugas dari Kuala Terengganu ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur berkuat kuasa 1hb Julai. Oh! Sangat terkejut.
Persoalannya: Bagaimanakan Ibu Tunggal beranak tiga seperti aku dapat meneruskan hidup bersendirian di Kota Metropolitan yang mencabar itu. Semestinya terpaksa menjadi seorang pejuang tegar untuk mencari rezeki demi kelangsungan anak-anak kecil tanggungan ku ini. Di manakah posisi anak-anak lelaki ku seusia 9 tahun, 6 tahun dan 4 tahun hendak ku letakkan demi sesuap nasi.
Nasihat mereka, eloklah kiranya aku tinggalkan anak2 ku ini terlebih dahulu di kampung.
Tinggalkan mereka? Jawapan yang laju dari hati aku..TIDAK SAMA SEKALI..MUKTAMAD!!
Tidak sesekali aku ketepikan mereka walau sesaat. .selama ini..AKULAH IBU...AKULAH AYAH..cukuplah mereka kehilangan kasih seorang ayah..sesekali aku tidak akan mengurangi kasih dan perhatian aku kepada mereka. Kasihan mereka, siapa yang akan mengejutkan mereka dari tidur untuk ke sekolah, siapa yang akan menghantar mereka, siapa yang sanggup menggosok pakaian mereka, melipatnya, mengemas..menyuapi mereka makan..memeluk mereka dengan sayang..memujuk dan menenangkan hati mereka ketika mereka marah, ketika mereka takut..menciumi mereka..memarahi mereka ketika membuat salah..SIAPA?
Kalau bukan aku SI IBU..tidaklah munasabah jika tanggungjawab ini aku lemparkan kepada orang lain terutamanya menambah beban kepada Ibu Bapa ku..Aku tidak sanggup..Sebulan meninggalkan mereka ketika aku mengandungkan Amjad dahulu kerana dimasukkan ke hospital sudah cukup menyiksakan hati seorang Ibu seperti aku. Inikan pula jika aku terpaksa berjauhan dengan mereka demi sesuap nasi.
Namun, apa pilihan yang aku ada..mengingkari arahan bererti aku melanggar kontrak pekerjaan bererti aku berisiko kehilangan kerja aku. Jika tiada kerja bagaimanakah hendak ku suapkan mulut si kecil ini..Berat bukan?
Sesekali tidak akan aku salahkan takdir..ini dugaan dan ujian Allah kepada aku. Aku terima dengan redha. Memohon petunjuk dariNya. Aku percaya sangat akan datang pertolongan dariNya. Yang penting kena usaha, berdoa dan tawakal. Tidak sesekali Allah akan membebani hambanya diluar kemampuannya. Hendaklah senantisa berprasangkan baik pada Allah kerana hanya DIA Yang Maha Mengetahui..
Mungkin inilah ruang dan peluang yang telah dibuka untuk aku memanfaatkan kesemua kelebihan yang ada dalam diri yang mana masih lagi tersorok dalam diam..Aku tidak akan menyerah tewas sebelum berjuang..lebih2 lagi demi wajah comel anak-anak aku..terngiang bicara Afham malam tadi...
Me: Afham..mummy kene keje KL nanti..awak orang duduk sini baik2 yer..takmo gaduh2..mummy takleh bawak awak orang ikut sebab nanti susah..nak kene tuko sekolah semua..
Afham : Takmolah mummy..saya nak ikut..
Me : Tak boleh..awak stay sini ngn atuk nenek..nanti nenek kejutkan awak pi skool..atuk hantarkan pegi sekolah..awak jangan gaduh adik beradik..tido elok2 tiga orang dalam bilik nih..makan elok2..
Afham : Takmo..nak mummy juge..
Me: Tak boleh..nanti kalau mummy tak pergi sana..mummy takder kerja..camna nk bg awak makan..nak beli itu ini..
Terasa pelukan yang erat dipinggangku..terdengar sedu tangis..erkkk..alamak! anak ku yang paling bertuah ini sudah mula sebak..terasa bersalah pula kerana cuba menduga hati kecil mereka..ngeee..
Afham : Takpalah mummy..nanti saya makan nasik, telur dan kicap je..dann.. pasta...mummy jangan pergi..nak mummy juge..
Me: Pasta? Pingsann...:)
Takderlah..mummy tak akan tinggalkan kamu bertiga..tapi janji ngn mummy kamu akan...blaa..blaa..bla...
Aku singkatkan perbualan ni..kan kalah skrip drama tv..huhuhu..
Dan aku sudah PASTI apa pilihan yang akan aku buat..sesekali aku tidak mahu kehilangan pelukan hangat si kecil ini dalam dakapan aku ..aku tidak mahu mengejar harta dunia sehingga melupakan harta yang lebih bernilai dalam pelukan aku ini.
Emmmm...agaknya tiba masa untuk NYZAL HOMEMADE mengorak langkahnya secara serius....yeaaahhh....rezeki Allah berada di mana-mana..kene usaha, berdoa dan bertawakal..In Shaa Allah...:)
BUAT ANAK-ANAK YANG AKU CINTA..
Muhammad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham dan Muhammad Daiyyan Amjad..
Mummy tetap bersama kalian selagi ada hayat dibadan..bersama kita merentangi suka dan duka kehidupan..memohon semoga Allah sentiasa merahmati setiap langkah kaki kita ini..Mummy akan terus berjuang demi kamu semua....
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Tuesday, June 11, 2013
‘Hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati bapa’...
Posted by Nyzal Aziz at 3:11 PM
Labels: Dalam Rasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Lalala:
Post a Comment