CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Thursday, June 6, 2013

Riang Ria Cuti Sekolah 2013: Part 1

(Kenduri Kahwin)

Assalamulaikum semua..

Lama tak bersiaran.. Cuti sekolah sudah nak sampai ke penghujungnya, masih sempat lagi untuk meluangkan masa bersama keluarga. Aku pon baru balik daripada bercuti bersama anak-anak minggu lepas. Ke mana lagi aku kalau tak ke KUALA LUMPUR. Maklumlah aku pernah berumah dan bertangga di sini dahulu..hehehe..

Pada pagi Jumaat 24hb, aku dengan tiga hero dan my parents menaiki bas ke Kuala Lumpur. 25hb tu, kami ada kenduri kahwin di Rawang. Anak Che' Ngah kahwin. Che' Ngah ni adik mak aku. Memandangkan cuti sekolah, so aku dan anak-anak ikut sekali. Boleh jalan-jalan dan jumpa my BFF yang membina keluarga dan mencari rezeki di kota ini. Sambil menyelam,kita minum air..I like..

Kami sampai petang di Hentian Putra, adik aku si Jepp dan adik ipar aku datang jemput dengan dua buah kereta. Satu kereta mana cukup babe, dengan berbeg2 lagi. Malam tu semua lepak di rumah adik aku Ct dan suaminya Lee. Adik bongsu aku si Farah pon join datang dengan cousin kami dengan menaiki sebuah kereta dari Terengganu. Semangat diarang sambil nak ambik kesempatan shopping di sini..sabo jek ini budak main wat suprise lak dengan parents aku. Meriah weh..12 orang ko dengan saiz bagak2 gitu..mau nak meletup rumah Ct..tido pon bersepah..huhuhuh

Esoknya, dalam tengahari kami berkonvoi ke Rawang rumah Che' Ngah..nostalgia juga nak menjejak rumah Che' Ngah ni... sesat barat bila berpandukan peta pada kad kahwin. Maklumlah semuanya pertama kali berkunjung ke sini..ahaksss..
Sampai je semuanya dah kebulur lapar..apa lagi..seeerangggg.....

SELAMAT PENGANTIN BARU untuk cousin aku Azean dan pasangannya.. semoga berbahagia hingga ke Jannah..tahniah Che'Ngah dan Ayah Ngah sebab mendapat menantu yang baru.



Bertolak balik dari rumah Che' Ngah kami singgah ke IOI Mall. Pehhh..rambang mata aku. Rase cam nak hantuk kepala ke dinding Mall tu ada juga sebab geram hanya dapat menjeling-jeling dengan tak ikhlas memandangkan aku belum gaji..pulaknya banyak juga perancangan nak jalan-jalan ngan BFF aku ni..dalam tak ikhlas tu terbang juga dua tiga posen...gagagagga...

Next..aku sambung cerita lagi..


0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger