CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Monday, April 18, 2011

Giler-Giler Muffin!

Muffin 3 Beradik..

Sabtu lepas..plan asalnya nak buat biskut untuk kudapan amjad..tetiba je plan bertuko
kepada membuat muffin..ambik ko..sekali buat tiga jenis..muffin coklat..muffin strawberry dan muffin blueberry (Muffin 3 Beradik)..giler muffin weehh...

Amjad paling tak sabo makan..fav dia yang coklat..makan sambil kutis2 choc chip..sambil cakap.."mmm...cedapnya..mmm...cedapnya" sambi goyang-goyang kepala..
sungguh mengambil hati..ahaksss...sudahnya..35 bijik muffin selesai di hari itu juga..tak sempat simpan untuk bawak ke opis..tinggal sebijik je..tuh pon balik keje tengok dah hilang..huhuhu...

Muffin Strawberry..


Blueberry..


Cokelat..




Pagi tadi pukul 5.00 am aku bangun masak muffin lagi..hahaha...memang giler muffin..bukan aku yang giler-giler makan ok..aku just jamah sikit je..selebihnya bawak ke opis untuk opismate aku dan anak-anak kat umah..kalu tak maunya..cam teddybear aku..ahaksss...

Resepinya lupa dari mana aku cilok..aku derhakakan sikit untuk dapatkan 3 beradik muffin nih..

Bahannya:
• 2 cwn tepung gandum
• 2 sdt baking powder
• 1/2 sdk garam
• 1/2 cawan gula
• 1 biji telur
• 1 cawan susu segar
• 1/3 minyak sayur (aku gunakan butter yang dicairkan)
(Ni adunan yg biasa)

Cara-Cara:

• Panaskan oven pada suhu 180'C.
• Dlm mangkuk campurkan tepung, garam, baking powder, gula.
• Buatkan lubang ditengah.
• Dlm mangkuk lain pukul telur sedikit masukan susu dan butter dicairkan.
• Barulah dituang kedlm mangkuk yg berisi tepung.
• Gaul guna whisk sehingga sebati, jangan di pukul sekadar gaul dgn whisk,
adunan akan nampak berketul sedikit gaul sebati jgn guna mixer
• Tuang adunan 3/4 kedlm muffin cup
• Bakar selama 25 hingga 30 minit..
Aku bahagikan adunan kepada 3 bahagian..sebab nak pelbagaikan..kalu satu rase je takut anak-anak muak plak..

Untuk strawberry muffin (campurkan strawberry emulco, boleh juga masukkan jem strawberry sebagai intinya.
Untuk bluberry muffin - aku letak filling blueberry di tengahnya.
Untuk cokelat - aku letak choc chip kat tengah sebagai filling dan taburkan choc rice banyak2..

Selamat mencuba!!

2 Lalala:

aida said...

boleh bagi resipi tak? hiks

Nyzal Aziz said...

Aida,
dah redo entry nih..masukkan resepinya..hope u like it..selamat mencuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...