CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Tuesday, December 11, 2012

Part 5 : Taman Botani Negara Shah Alam

Selasa; 13 November 2012

Hari Ke-Lima..

Hari ni adalah cuti umum sempena hari Deepavali..Happy Deepavali yer pada semua penganut agama Hindu..

Seperti yang sudah dirancang bersama Awin dan Ina..hari ini masa untuk melepak bersama-sama di Taman Botani Negara di Shah Alam. Idea ni datang dari Awin sebab diarang pernah melepak ke sana satu keluarga. Oleh sebab takder plan lain, so..set..

Ikut plan Awin nak keluar rumah dalam pukul 8.00 am gitu. Dia nak ajak pergi breakfast dolo. Tapi anak-anak dan adik aku semua masih terbongkang tido lagi kes penat semalam menjelajah Melaka. Tak sampai hati plak aku nak kejutkan pagi-pagi. So, aku biarkan dolo sementara aku bersiap barang bebudak nih.

So, dalam pukul 10.00 lebih macam gitu baru start keluar rumah. Singgah kat KFC berdekatan rumah dolo untuk breakfast. Memandangkan waktu dah berganjak ke tengahari, banyak menu for breakfast dah selesai..huhuhu...so, sebat je lah apa yang tinggal..semenya Awin yang susah2 orderkan dan bayarkan...wahhh..tocheee..geng..

Selesai breakfast terus bergerak ke destinasi..yeaaahh...Sampai sana...mak aaaiii...boleh tahan juga pelawat hari ni..maklumlah musim cuti sekolah..cuti umum pulak tu. Terus ke kaunter tiket untuk beli tiket masuk..sedihlah plak sebab Rumah Iklim Sederhana Empat Musim ditutup atas sebab penyelenggaraan..oloooooooo...takpalah tak der rezeki namanya.

Aku bagi pengenalan sikit pasal taman nih...Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) pada asalnya dikenali sebagai TPM yang dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah mula dibangunkan pada 24 April 1986 sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991. Nama TBNSA sekarang adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007 untuk membangunkan TBNSA menggantikan TPM.

Tujuan TBNSA dibangunkan adalah sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Antara objektifnya adalah menyediakan peluang-peluang reakreasi yang berkonsepkan alam semula jadi kepada masyarakat. (Sumber; Pakcik Google...hehehe)

Tiket masuk RM3 dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Awin lagi belanja. Malu i ok..Heheheh...

Untuk masuk ke taman nih pelawat bolehlah menggunakan trem yang disediakan. Anak aku apalagi seronoklah tengok. Tapi kene beratur dan tunggu lama jugalah gilirannya.

Inilah tremnya..mintak izin letak pic tuan gambo..aku tak sempat snap trem nih..:)


Muka bosan sudaa, tu tunggu giliran naik trem.

Trem ni akan berhenti beberapa kali dekat pit stop..so..korang boleh pilih nak berhenti kat mana. Sebab kami ni semer pemalas nak jenjalan jauh..turun kat tempat yang ada Taman Haiwan je..ohh..kawasannya memang luas yer...mau pingsan kalau semer tempat korang nak cover.


Aktivitinya..apalagi jalan-jalan kasik exercise..jom...hehehe


Ada jambatan gantung yang langsung tak menakutkan hero-hero aku..diarang gayatkan aku adeler...



Awin, Ina & their gegirls..

Lupa kuda ni nama apa..tapi betinalah..siap nak kiss amjad..takut dia..sangat shomell kamuu.....kuda? bukanlah..op cos anak i ok...


Hohoho..tengoklah otomen tiga tuh..muka eppy bebenor...

Rehat dolo...lepak..

Jom Balik...awan dah nak bertuko tuh..

Semuanya sudah kelaparan sebab tak bawak bekal makanan..hanya beli air saje..huhuhu..so, singgah di Kelana Jaya..makan time...peehhh...sangat sedap..tq so much Awin sebab belanja lagi...hahahhaha...susah2 saje kamu..untung betul jenjalan hari ni di sponsor oleh Awin..kalau cam gini tiap tahun aku nak datang sini jumpa korang..ahaksss..


Afham sampai licin satu pinggan nasi ayam..kagum dan seronok aku tengok dia makan..lapolahhh tuuu...:)

My review, sangat seronok ke TBNSA ini..bermesra dengan alam sekitar gitu..anak-anak pon seronok..kalau rumah bermusim tuh leh masuk mesti lagi happening nih..Kepada Awin dan Ina..terima kasih banyak-banyak untuk hari ini..sangat menyentuh hati aku nih..sebab lama dah tak jumpa korang..anak-anak pon dah besar..mintak halalkan semuanya..aku doakan korang dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke syurga..sayanggggg koranggg..muahhhhh...(Awin, sila tepis muahhh aku...utk Ina saje ok)..:)

Chiowww..


0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger