CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Sunday, August 29, 2010

Shopping Raya?



Hari ini dah masuk 19 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu..Ramadhan sudah berada di penghujungnya. Semoga semua mengejar keberkatan pada 10 malam terakhir ini.

Syawal bakal menjelma. Mesti semua orang tengah sibuk membuat persiapan. Beli baju raya untuk anak-anak, buat kuih raya dan sebagainya. Bagi aku persiapan tuh ala kadar je..baju anak-anak pun dah berdikit aku beli sebelum ni..sebab takmolah berebut-rebut dan bersesak nanti. Tinggal Baju Melayu anak-anak je..tu pon dah aku beli baru ni..tema tahun lepas adalah coklat...dan tahun ini adalah biru..

Last sekali tinggal nak belikan kasut je untuk anak-anak. Sebab takmo berangkut dengan tiga otomen aku nih..sebab gerenti mesti sesaknya..akhirnya aku menggunakan pendekatan abah dahulu masa nak belikan kasut raya untuk anak-anak. Aku nih 6 beradik. Imagine tak akan nak angkut semernya bawak pi kedai pilih kasut. So, abah akan amik tali dan ukur kasut kami yang lama untuk dapatkan size..so, dia akan pi kedai kasut sorang-sorang dan pilih untuk kami. Pilihan semer di tangan abah. Suka tak suka terima saja. No demanding okies..tak macam budak-budak sekarang :)..

Macam ok juga cara abah ini, jadi aku praktikkan untuk cari kasut budak-budak nih..tak payah nak angkut otomen nih..seblum tuh pon aku dah survey2 dolo masa balik kerja..senang..dah buat keputusan nanti pi beli terus..kalu tak berlaku insiden yang aku lihat ari tuh..suami isteri nih siap bergaduh lagi pasal nak belikan kasut anak. Anak sederet dibawanya. Ada yang dah nak mengamuk..panas..rimas..Biasala, lelaki kalu pose nih peel memang semacam. Cepat naik hangin. Kes lapar kot. Kira main jawab-jawab mulut jugalah bab nak memilih kasut nih. Huhuhu. Kan payah gitu.

So, pada kengkawan bolehlah cuba guna kaedah ini. Tapi korang kene tau juga size yang selalu anak pakai untuk memastikan ketepatan pilihan kita.

Nota kaki: Pic kat atas adalah riben yang aku potong dan bawa bersama untuk shopping..each kaler untuk lain-lain anak..takut tertukar..so far misi adalah berjaya..

0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...