CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Thursday, August 18, 2011

Biskut Dahlia


Assalamualaikum...

Mood mengukis sudah mai..memandangkan esoknya cuti Nuzul al-Quran, so malamnya baru hegeh-hegeh nak start buat biskut raya..jenguk kat umah Kak Ita tuh, dah berapa jenis biskut dia buat..jeles betul..cantik lak tuh..

So, untuk biskut pertama ku cuba buat Biskut Dahlia..tahun lepas biskut ni takder dalam list..tapi tahun nih jumpa resepi nih dari umah Che Mat Gebu kita..apalagi aci cuba try test..peehhh...mmg sedap..elok jadinya..sebelum nih takder lah macam ini..keras je..kali nih rapuh, lembut..
dulang pertama licin disesah otomen bertiga tu..bising kene jerit kata ni bukan mummy buat biskut untuk bagi awak makan..ini untuk raya..adeehhh...

untuk sapa nak cuba, mintak izin yer Che Mat ku copy paste kat sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)- ku pakai margerin je
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan - ceri merah tarak pakai yang hijau

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...