CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Sunday, December 11, 2011

kerana Ombak Rindu..



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

huhuhu..layan sehh lirik lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira nih..
memang Ombak Rindu tengah menderu-deru sekarang..

kerana Hariz membuatkan hati aku begitu terpanggil untuk menonton filem ini..

1) Sanggup aku booking tiket 2 hari lebih awal thru online sebab dengarnya asyik fully booked dan siap ambik tayangan awal pukul 11.10 am..
2) Sanggup tuh aku tinggalkan 3 hero aku yang sama sekali tidak pernah aku tinggalkan kalu hendak ke mana-mana kecuali ke pejabat..
3) Sanggup aku dan buddy aku travel dari Kuala Terengganu ke Mesra Mall di Kemasik, Kemaman sejauh 123km yang memakan masa 2 jam 30 minit..pegi sahaja ok..pegi balik 5 jam gitu..
4) Untuk kesekian kalinya menjejakkan kaki ke pawagam yang sudah lebih dari 8 tahun aku tak jejaki..
5) Merempit kejar masa dan kami sampai ke Mesra Mall tepat jam 11.10 am..
6) Merempit balik selepas tayangan sebab takut air pasang di tengah jalan..stranded tak pasal..

Giler tak aku? Semuanya kerana Ombak Rindu..kalu hero kesayangan aku tak rase touching nih harus aku boikot dia lepas ni..kekeke..

Apa yang aku dapat lepas menyaksikan cerita ini? Bagi aku cerita ini sangat meruntun kalbu aku..tak puas sehh..rasa 2 jam tuh berlalu dengan sangat pantas..rasa nak tengok lagi..tapi apa ke giler nak travel lagi..hahahah..sudahnya nanti aku tunggu dvdlah yer..

Aku tak kisah apa komen orang lain..masing-masing ada pendapat mereka sendiri dan berhak mengeluarkan pendapat mereka..bagi aku apa yang baik kita kutip untuk jadikan tauladan..yang buruk tuh janganlah kita ambil untuk pegangan pulak..tak sengsuai ok...siapa yang dah tengok cerita ni faham-fahamlah yer nak nilaikan apa yang baik dan buruknya..

sebab lain orang..lain penghayatan..lain jiwa..lain rasa..tapi bagi aku..mesej dan rasa itu sampai ke dalam hati aku..aku dapat merasakan penderitaan, kasih sayang dan pengorbanan Izzah..aku boleh merasakan keperitan dan rasa sayang Hariz..siapa yang tak sebak bila melihatkan lelaki maskulin seperti Hariz (Aaron) bagitahu Izzah yang dia rindu dan dia terpaksa tanpa kerelaan dia untuk mengahwini Mila (Lisa)..

“ Abang rindu izzah..rindu sangat-sangat..”

melihatkan seorang lelaki menangis kerana sayang dan rindunya itu..pantas membuatkan hati wanita seperti aku berhiba..wahhh..tidak sia2 aku datang sejauh ini untuk melihat watak Hariz..

Lagu-lagu yang indah menjadi latar filem ini pasti menambah rasa lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah berada dalam situasi ini..aku sendiri pernah merasakan perit dan pedihnya mencintai seseorang..merindui seseorang..dan kemudiannya dikhianati orang tersebut..kata-kata Izzah ada benarnya;

“Cinta itu tidak kejam. Cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta..”

satu lagi kata-kata yang membekas dalam hati aku;

“....itukan bukan redha tapi pasrah..redha itu ikhlas pasrah itu menyerah..”

dalam perjalanan..hujan gitu..



~ selamat sampai..

5 Lalala:

Anonymous said...

weh..ko tetinggal dialog baikk punya...
"aku igtkn org yg rmpas suami aku..tp rupanyer aku yg rmpas suami org"

tp se psyco si mila tu..tbukak lg hatinyer nk lpas suami sndr utk kbhgiaan smua org...hahaha

senget handmade said...

wah...cayalah!!!! aku pun dah 8thn tak jejak kaki di pawagam....harus ku tggu dvd......

Nyzal Aziz said...

Babe: tuh antara dialog tabik spring aku kat mila..sepsiko dia tuh..mengalah juga dia..tp ada manusia skrang sengaja je nak punah ranahkan kebahagiaan org..sangat poyo!!

Syikin: hahaha..samalah ngn aku lama tak jejak kaki..demi hariz sanggup tuh..

aida said...

aku baca review kata lisa surihani mmg top la dalam filem ni

Nyzal Aziz said...

aida:lisa sangat menjengkelkan..bg aku dia nih ala2 psiko dan split personaliti gitu..nak soh org cintai dan layan dia ngn memaksa2 gitu..tk dpt apa yg dia nak mulalah..muka dia kan ala2 lembut n baik gitu.mmg lainlah watak dia kali ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger