CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Showing posts with label RAM. Show all posts
Showing posts with label RAM. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Yang DiTunggu Sudah Tiba - Sunan Musafir

Assalamulaikum sahabat sekalian.. Minggu kebelakangan ini sangat sibuk..sibuk dengan kerja dan aktiviti 'membaking' menyiapkan tempahan sedikit2..lain kali aku citer kat entry lain..entry kali ini nak menceritakan tentang penantian aku sekian lama akhirnya terlerai sudah..
Alhamdulillah..akhirnya yang ditunggu-tunggu sampai juga ke riba..tersangatlah bahagia rasanya..tak lain tak bukan naskah terakhir novel yang amat aku minati karya saudara Ramlee Awang Mursyid (RAM). SUNAN MUSAFIR akhirnya berjaya aku miliki siap bertandatangan saudara RAM.. terima kasih banyak2 pada Saudara Feroz sebagai wakil kelab RAMFC yang memenuhi impian aku dan kengkawan lain untuk memiliki naskah terindah ini..mulanya sedikit rasa kecewa sebab ada yang dah berjaya mendapatkannya di Pesta Buku nun di Kuala Lumpur sana..namun sebab jaraknya terlalu jauh untuk aku redah..dan kebetulan RAMFC ada membuat tawaran pembelian secara online, of course tidak aku lepaskan peluang ini..dan bermulalah lagi penantian yang menyeksakan..menunggu ia sampai..tak ubah seperti pungguk rindukan bulan..adeeeeiii... Akhirnya, semalam muncullah abang posmen yang ku tunggu2..peeehhh..gembira, sayu semua ada..gembira kerana berjaya juga menjadi orang yang terawal memilikinya..sedih kerana dengarnya inilah noktah pengembaraan Saifuddin (Laksamana Sunan). Menurut Saudara RAM watak Saifuddin sudah terlalu dekat padanya sehingga membuatkan dia sukar untuk menoktahkannya dan aku serasa memahami perasaan itu. Serius..naskah Saudara RAM ini membawa kesan dalam hidup aku..membuatkan aku lebih kuat dan lebih mengenal ALLAH. Terima kasih Saudara RAM kerana menyampaikan dan meninggalkan mesej yang amat terkesan..tidak pernah mengecewakan aku dalam setiap karyanya..semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat untuknya dan diberi kesihatan yang baik dalam terus melakarkan naskah2 yang terkesan pada jiwa..
"Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baiknya cara.." Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..ku mulakan pengembaraan bersama Sunan..dan aku terus hanyut bersama helaian-helaian naskah ini...

Monday, February 20, 2012

Kata Orang : 'Tak Kenal Maka Tak Cinta' - RAM

mmmmmmmm...pernah dengar?

Bila dah jatuh cinta, jadi obses gitu..
Aku? Jatuh Cinta? Again? No...no..no..Tak kose.. :p
Tetiba je rasa nak nyanyi lagu nih ('Tertutup sudah pintu..pintu hatiku...bla..bla..)..erkk..poyo di situ..

Aku dah jatuh cinta ngan karya saudara Ramlee Awang Murshid (RAM)lahh...
Penegasan!! pada novel-novelnya yer..cakap kene terang..kan tak pasal aku kene tembak dengan kesayangan saudara Ramlee..ampun..:p
(Pesanan Hari Ini: Sila jaga adab anda apabila berkawan atau menyimpan minat pada 'hak milik' orang bagi mengelakkan salah faham dan juga fitnah..titik.)

Memang agak terlewat aku mengenali hasil karya beliau..maklumlah sebelum nih minat pada pembacaan dah lama berkubur semenjak beranak pinak nih..setakat baca majalah tuh bolehlah..itupon bergasak..masa dan ruang yang ada terhad sangat..sejak anak-anak pun dah besar..bukan baby lagi..masa terluang tuh bolehlah dicari..Kata Orang: 'Nak seribu daya, taknak seribu dalih'..

Sebelum ni ada entry yang aku masukkan mengenai karya RAM yang menjadi kesukaan aku..tak lain tentulah kisah Laksamana Sunan kan..sejak dari itu, aku berazam nak cari dan baca semua novel karya RAM..misinya pencarian di perpustakaanlah apa lagi..heheheh...

Bulan lepas aku dah baca Pei Pan, Mandatori, Cintaku DiHarajuku dan Semangat Hutan. Satupun tak mengecewakan aku..



Pencarian minggu ni aku dapat pinjam Ranggau, ADAM dan Tombirou Terakhir.


- Ranggau tu siap takder kulit depan tuh..heheheh

Yang paling best..kebetulan pulak..ada kawan aku yang nak let go koleksi novelnya..memang rezeki aku ada antara koleksinya dari RAM..apa lagi..rembatlah..tq Nieza..



Pulun..7 buah nak kene habiskan nih..Fiksyen 302 aku pon baru masuk page 384..tapi minat punya hal..jadi excited plak..siap danish pelik tengok novel bersusun tunggu giliran untuk dibaca..tambah pelik bila semuanya dari penulis yang sama..gigih dia belek2..kunun nak menyelami apakah yang membahagiakan sangat mummy dia yang sekejap tersengih-sengih, kejap senyum, sekejap berkerut kening..hahahah..sudahnya campak tepi bila tak faham..alahai anakku..



Inilah dunia ku..kalau tak bersama 3 hero tuh..memasak..cuba resepi baru..kalau tak pon membaca..yang penting aku tak kacau 'hidup' dan 'rumahtangga' orang..:p

~peace~

Monday, January 16, 2012

Sebagai manusia, kita sayang padamu...


Itulah ungkapan yang selalu dituturkan oleh Saifudin atau Laksamana Sunan. Siapakah Laksamana Sunan?

Sebuah watak yang begitu hidup yang diwujudkan oleh saudara Ramlee Awang Murshid dalam siri ini yang bermula dengan Bagaikan Puteri (2005), Cinta Sang Ratu (2008), Hijab Sang Pencinta (2009), Cinta Sufi (2010) dan Sutera Bidadari (2011). Kata saudara Ramlee, Saifudin bukannya wali tapi sekadar watak fiksyen yang diwujudkan dalam siri epik ini. Andai terkesan sehingga tersentuh hujung hati, maka itu adalah kurniaan Allah.



Menemui watak Saifudin (Laksamana Sunan) dalam Bagaikan Puteri secara tidak sengaja ternyata menarik hati aku untuk terus mengenali siapakah dirinya. Cinta agungnya pada Allah melangkau segalanya membuatkan diri aku merasa begitu kerdil. Raut wajah seperti diterangi bulan purnama dengan susuk tegap. Pengembaraan dan perjuangannya untuk menentang kejahatan sangat menusuk dan meruntun hati. Sanggup lepas tu aku plak yang berjuang mencari sambungan novel ini di kedai-kedai buku. Memang ketinggalan zaman betul. Sejak dah beranak pinak nih, memang lama dah tak layan novel sebab selalunya novel nih mesti berkisahkan kisah cinta. Rasa macam dah tua untuk aku feeling-feeling. Lebih-lebih lagi bila dah merasai sendiri pengalaman bercinta yang lebih ‘indah khabar dari rupa’..opssss...Tapi kira ok juga sebab aku tak perlu menunggu lama untuk membaca sambungannya..kalu tak mau angau aku.

Aku mula-mula tertarik dengan karya saudara Ramlee secara tak sengaja bila aku ke kedai buku untuk mencari buku latihan danish. Lama tak membaca novel membuatkan aku tertarik hati untuk ke rak novel. Mulalah hajat di hati rasa nak start baca novel semula untuk memenuhi masa lapang..konon kalau adalah kan..banyak sangat novel membuatkan aku tak tau nak pilih yang mana. Kebanyakannya menyajikan kisah cinta. Akhirnya aku tertegun pada karya saudara Ramlee yang bila aku belek kebanyakannya adalah berkonsepkan cerita thriller yang mana memang kesukaan aku. So, pada hari itu aku memilih Ungu Karmila.

Memang lain dari yang lain cara penyampaiannya. Akhirnya aku mula jatuh cinta pada penulisan saudara Ramlee dan berazam setiap bulan akan ku beli satu naskah novelnya sebagai koleksi. Tidak silap percaturan aku bila aku mula jatuh cinta pada Saifudin iaitu Laksamana Sunan, seorang lelaki berduka dari Tanah Rencong. Garapan saudara Ramlee pada watak ini sangat menarik seolah-olah Saifudin benar-benar hidup. Cintanya pada Allah melebihi segalanya dan membuatkan aku tersedar sesungguhnya cinta pada Allah adalah cinta yang abadi....



~Marah itu Api, Dendam Itu Bara..






Aku rasa ramai peminat-peminat di luar sana mengharapkan agar kisah ini difilemkan di layar perak.. Pasti akan jadi sehebat novel Harry Potter hasil karya J.K. Rowling. Agaknya siapalah pelakon yang sengsuai untuk watak Saifudin nih..mmmmm..

~ Koleksi kesayangan aku, Kisah pengembaraan Saifudin aka Laksamana Sunan..dengarnya ada sambungan lagi iaitu Sunan Musafir bakal menyusul bulan April..tak sabar nak tunggu..


~Antara koleksi novel karya saudara Ramlee..(berangan nak dapatkan semua ni..Insya Allah)

Apa-apa pun tahniah untuk saudara Ramlee. Semoga terus diberi kekuatan untuk menghasilkan karya yang terbaik. Aku dah jadi salah seorang peminat beliau. Lepas nih nak buat koleksi novel dia. Dengarnya novel baru Fiksyen 302 terbaeekkk...Pada korang, yang masih belum memiliki novel ni, silalah yer..bagi aku tak rugi kerana banyak nilai yang positif boleh kita ambil daripadanya...Selamat membaca..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger