CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Monday, May 21, 2012

Yang DiTunggu Sudah Tiba - Sunan Musafir

Assalamulaikum sahabat sekalian.. Minggu kebelakangan ini sangat sibuk..sibuk dengan kerja dan aktiviti 'membaking' menyiapkan tempahan sedikit2..lain kali aku citer kat entry lain..entry kali ini nak menceritakan tentang penantian aku sekian lama akhirnya terlerai sudah..
Alhamdulillah..akhirnya yang ditunggu-tunggu sampai juga ke riba..tersangatlah bahagia rasanya..tak lain tak bukan naskah terakhir novel yang amat aku minati karya saudara Ramlee Awang Mursyid (RAM). SUNAN MUSAFIR akhirnya berjaya aku miliki siap bertandatangan saudara RAM.. terima kasih banyak2 pada Saudara Feroz sebagai wakil kelab RAMFC yang memenuhi impian aku dan kengkawan lain untuk memiliki naskah terindah ini..mulanya sedikit rasa kecewa sebab ada yang dah berjaya mendapatkannya di Pesta Buku nun di Kuala Lumpur sana..namun sebab jaraknya terlalu jauh untuk aku redah..dan kebetulan RAMFC ada membuat tawaran pembelian secara online, of course tidak aku lepaskan peluang ini..dan bermulalah lagi penantian yang menyeksakan..menunggu ia sampai..tak ubah seperti pungguk rindukan bulan..adeeeeiii... Akhirnya, semalam muncullah abang posmen yang ku tunggu2..peeehhh..gembira, sayu semua ada..gembira kerana berjaya juga menjadi orang yang terawal memilikinya..sedih kerana dengarnya inilah noktah pengembaraan Saifuddin (Laksamana Sunan). Menurut Saudara RAM watak Saifuddin sudah terlalu dekat padanya sehingga membuatkan dia sukar untuk menoktahkannya dan aku serasa memahami perasaan itu. Serius..naskah Saudara RAM ini membawa kesan dalam hidup aku..membuatkan aku lebih kuat dan lebih mengenal ALLAH. Terima kasih Saudara RAM kerana menyampaikan dan meninggalkan mesej yang amat terkesan..tidak pernah mengecewakan aku dalam setiap karyanya..semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat untuknya dan diberi kesihatan yang baik dalam terus melakarkan naskah2 yang terkesan pada jiwa..
"Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baiknya cara.." Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..ku mulakan pengembaraan bersama Sunan..dan aku terus hanyut bersama helaian-helaian naskah ini...

0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger