CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Wednesday, April 1, 2009

Aktiviti Tadika Danish





Hari Sabtu 28hb Mac 2009 nan lalu ada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran tadika si abang. Oleh sebab cikgu-cikgu diaorang sebuk jek..so, minggu nih baru bleh diadakan majlis tuh.Pesan Cikgunya soh pakai baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok serta pakai kasut. Macam nak raya plak.

Oleh sebab program diadakan pada ari Sabtu, so senanglah bagi aku sebab tak payah nak ambil cutikan. Si Tencik tak bawak, tinggalkan ngn nenek dia. Peh! Kalu bawak tuh mahu haru biru majlis orang. Dia nih bukan boleh duduk diam. Iyerlah aktiviti anak di sekolah. Kalau tak aku yang participate siapa lagikan. So, pagi tuh bergegaslah kitaorg ke tadika. Mula-mula dengarnya nak buat perarakan dari tadika ke dewan perpustakaan tempat acara tersebut. Then, tak jadi sebab ramai ibu bapa yang malas dan terus ke perpustakaan. Malas nak berarak-arak nih. Bagi aku tak kisahlahkan. Even, perut nih dah memboyot. Dah masuk 7 bulan, demi anak mana-mana pon blehlah.

Program cam besa ah. Ada perasmian. Ada ceramah. Si Danish dah start bosan bila lelama. Kawan tadika dia nih plak sebuk dok mencuit-cuit. Ambik songkoklah. Pijak kasut dialah. Tarik baju. Bukan nak cakaplah kan ato nak puji anak sendrik. Anak aku nih memang skema ok. Diaorang diajar manner dari kecik. So, dia ni kalu bab nak bergurau ato usik orang sana sini memang takderlah. Lagipun si Danish nih memang pemalu skit. Kalu mengganas pon di rumah jek ngan adiknya ato ngn pakcik makciknya jek..

Mulalah tunjuk muka rimas bila kawan dok kacau-kacau macam tuh. Besalah budak-budak. Bila si Danish malas nak melayan. Mulalah main ejek2. Ada ker dicakapnya si Danish nih lembu. Huhuhu..anak aku nih bab camnih memang sensitip sebab aku memang tak ajar ato galakkan dia dengan words yang tak baik nih. Lebih-lebih lagi nak mengejek orang. Kadang kalau aku terbabas cakap termaki orang ker ato bila tengok tv pon sometime dia yang betulkan. So, mulalah si Danish bengkek. Tak der mood. Dahtu merengek ngn aku. Nak ajak baliklah. Ah! Sudahhh..pujuk nyer pujuk..so, dia dah ok balik. Itulah karenah anak-anak nih..semoga Allah bagi aku sepenuh kesabaran dalam membesarkan diorang. Apa-apa pun aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk permata hatiku ini di dunia dan akhirat. Aminnn…



~ Siap ngantuk tuh bila dengar ceramah..huhuhu..



~ Muka bosan

0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...