CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Sunday, October 30, 2011

Kek Marble Warna Warni Badam Rose Nostalgia



Mood adalah bosan..

Apalagi bila mood bosan datang buat keklah jawabnya..kekekeke..

Kek nih aku buat selang sehari lepas buat kek karamel untuk adik aku ct..
Danish bising bila tak dapat nak potong kek karamel tuh..sebab aku bagi sebijik terus kat ct..so, belek punya belek terperasan aku tak pernah cuba lagi buat kek nih..walaupun banyak kek yang aku cuba semer kaler2..cam lebih kurang je..sokmo buat kek trio marble mat gebu je..so..kali nih aku cuba buat kek nih..

Bahan-bahan cukup..apalagi campak saje..siap...

Emmmm..memang sedap wehh..simple je..ada rase lain ngn kek trio yg selalu aku buat..mungkin sebab pakai esen rose ..anak aku bila bau esen rose mulalah..datang mengacau..sebab wangi katanya..nasib pakai esen rose sebab esen vanilla aku setengah botol kene curah dek amjad..pandai je dia curah dalam mangkuk..kunun nak wat kek..godek2..pastu curah dalam sink..ceehhhh...ini budak..

Pada sapa yang nak cuba, silalah yer..pada tuanpunya resepi ku mintak izin copy paste sini yer..

Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff
Sumber :Rinnchan via UMMI

Bahan-bahan:

* 250gm mentega
* 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)
* 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)
* 1 oz badam kisar (* akak letak 60 gm)
* 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)
* 2 susu makan susu pekat manis
* 1 1/2 sudu teh esen rose
* sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)

(*) note itu dari kak ummi
** aku guna marjerin je dan 3 warna kuning, merah dan hijau..

Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.

0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...