CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Thursday, February 23, 2012

Arora Oh! Arora..


Assalamualaikum semua..

Merata-rata rumah bloger masakan tengah demam kek nih..
Kek Batik Arora..

Aku pon dah tertawan tengok 'kejelitaannya' yang warna-warni tu..
Kebetulan adik aku datang semalam..sebab nak makan cheese cake yang aku buatkan dan ambil minyak selusuh dia..so, aku buatkan kek ni..sebagai penebus rasa bersalah sebab cheese cakenya tinggal 2 keping je dibelasah danish..huhuhu...
Memandangkan dia pon dah sarat, tunggu hari je nak bersalin anak kedua..selagi belum masuk sesi berpantang nih..kene bagi rasa dulu kek nih..ahakss..

So far senang dan simple je..sebelum nih aku kan memang suka buat kek marble..tak jauh sangat dengan kek marble cuma bezanya dia ada lima kaler dan lima rasa..sedap..so, bagi korang yang belum cuba..silakan..

Resepinya aku copy and paste je yer..mintak izin pada tuan punya..

Sumber Resepi:De Nuanza

Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 inci)

250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
(aku buat perisa blueberry, strawberry, oren, pandan, coklat)

Cara-Cara:-

1- Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.
2- Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.
3- Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
4- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
5- Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan kedalam
adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)
6- Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.
7- Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-
masing (2 sudu besar setiap adunan, atur selang seli atas setiap tompokan).
8- Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180
darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam.

Selamat mencuba yer kawan-kawan...

0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...