Pejam celik, pejam celik..ari nih dah 31hb Disember 2009..beberapa jam lagi tahun 2009 bakal berlabuh..menutup tirainya..membawa pelbagai kisah suka dan duka dalam hidup kita..aku pasti ada antara kalian yang melalui kisah bahagia, ada juga yang diuji dengan kisah derita..bagi aku apa pun dugaannya..aku percaya pasti terselit hikmah disebaliknya..
Entry kali aku sorotkan suka duka perjalanan hidup sepanjang tahun ini..Alar, ala-ala soroton cam dalam tv lah plak..(aku adalah syok sendrik)..Ringkas cukup..Malas nak tulis panjang-panjang..karang korang jugak jenuh nak baca..Bagi aku Tahun 2009 banyak meninggalkan cerita duka, kecewa, hampa, merana dalam hidup aku..masih berbekas.. kalulah korang boleh nampak..mesti sadis jek nampak kecacatan parut ini...
Perjalanan hidup ini mostly bersendirian, begitu sukar..aku jatuh dan bangun, merangkak..merayap..(over plak penggunaan bahasanya)..namun orang kata ‘life must go on’...ku teruskan jua demi mencari kebahagiaan..kalu bukan untuk aku pastinya untuk kesayangan ku..permata-permata hatiku Danish Aiman, Durrani Afham dan Daiyyan Amjad..rasa malaslah plak nak aku kenangkan yang pahit2 ini in detail..so, tak payah mentionlah ekk..bagi yang memahami pasti tahu apa yang telah menghancur dan meremukkan hati aku..biarlah ia jadi sejarah dalam hidup aku..takmo aku ungkitkan lagi..
Biar kita kenangkan yang indah-indah..pastinya antara yang terindah..detik kelahiran permata hatiku yang ketiga..Muhammad Daiyyan Amjad..even ada kisah duka disebaliknya..namun terbukti kelahirannya membawa bahagia..menatap wajah comelnya, renungannya, bisikannya, sentuhannya membuat aku pasrah dan redha, lupa pada kekusutan dan kekalutan hati..terima kasih anak ku..terima kasih kerana hadir kalian membawa kebahagiaan yang tak ternilai buat mummy..tidak dapat dibayar dengan harta yang menggunung..mahupun ditukar ganti..mummy sayang kalian sangat-sangat..kalianlah hidup dan mati mummy..
Selamat Tinggal 2009…Selamat Tinggal Segala Kisah Duka Lara..Selamat Datang 2010..Semoga ‘Mentari Akan Muncul Lagi’…kerana "Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending"....
Pada semua bloggers dan kawan-kawan, aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2010..Semoga hidup kita lebih diberkati dan dilimpahi kasih sayang dan rahmat dari ALLAH..
MY PRECIOUS...
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Wednesday, December 30, 2009
Farewell 2009
Posted by Nyzal Aziz at 3:35 PM
Labels: Tahun Baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Lalala:
Post a Comment