CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Tuesday, November 27, 2012

Part 2: Kuala Lumpur ..Petrosains & Aquaria KLCC

Day 2: Saturday, 10 November 2012


Aku dah buat plan kalau nak ke Kuala Lumpur kali ni nak bawak hero-hero aku nih ke Aquaria KLCC. Thru pak cik google, aku tengok memang tempat nih menarik. Konpem anak aku akan teruja dan dapat belajar something di sini. So, aku buat plan ngan one of my BFF, Syikin (Nur Syawal). Yang tak bestnya, plan nak ke KL kali ni kawan aku nih nak balik Sabahlah pulak pada hari Isnin. Depa dah tempah tiket lama, so masa untuk spent time ngan Syikin dan famili hanyalah pada hari Sabtu. Only 1 day..aissshhh...Hari Ahad mestilah depa nak packing mana yang perlukan..takpalah nak buat camna kan..at least adalah juga masanya..

Syikin bagitau, alang-alang nak ke KLCC tu eloklah benar kami ronda Petrosains sekali..tempat yang sama dan sesuai untuk lepak indoor ngan bebudak memandangkan cuaca sebelah petang selalunya hujan. So, aku setujukan aje..hehehe..

Pagi-pagi tuh aku dah kejutkan bebudak sekali ngan Untie Lel (Ct)depa. Hari Sabtu adik ipar aku keje dan takleh join. Adik aku plak memang off hari Sabtu, apalagi aku angkut dia sekali sebab untuk memudahkan date aku dan Syikin aku rase transportation yang sesuai adalah naik LRT saje. Lagi senang dan aku pon nak bagi anak-anak aku rase feeling naik LRT. Maklumlah kan..orang kampung...kat Ganu mana ada LRT cam gini..yer dok?

Syikin plak stay kat Sungai Besi dan aku kat Jalan Kelang Lama..cam tak kene je kalau depa datang ambik. So, sebelum masuk office mintak tolong adik ipar aku hantarkan kat stesen Kerinchi dulu. Aku bawak adik aku Ct dan anak-anak aku panggil dia Untie Lel sebab takut tak terkontrol ini hero-hero kat tempat awam. Mati aku nak pecah tiga jaga sengsorang..Kalu aku Boboi Boy oklah kan..budak-budak ni pon takut skit kat untie diarang. Kene ingat pesan mak aku. Heheheheh..

Perjalanan ke KLCC biasa saje. Hero-hero aku ni macho je. Sibuk pandang keluar. Takut? Jangan harap.


Sampai je terus ke Petrosains sebab Syikin dan famili dah tunggu kat sana. Tengah beli tiket masuk. Wahhh...ramai juga orangnya..Lepas salam dan peluk-peluk..beratur tunggu turn nak masuk. Teruja ok sebab nak kene naik satu transport ni yang akan bawak kita masuk ke dalam. Tak tau apa namanya. Budak-budak toksah cakaplah..konpem seronok..


Tq Syikin, belanja tiketnya..:)

Memang tak terasa masa berlalu dalam ni..macam-macam ada..macam-macam yang boleh kita cuba dan belajar..anak-anak aku pon dah start out of control..sorang pi kanan..sorang pi kiri..sorang tak tau pi mana..adeeiii...aku dan Syikin dan terpecah kejar anak dan tengok tempat nih yang macam-macam ilmu boleh di share..seronok sangat.


Aku siap hilang si Afham..aku ingat Ct yang tengokkan. Adeiii...gelabah kejap..tapi aku buat-buat cool sebab percaya dia tak akan terlepas keluar sebab satu-satu jalan keluar adalah dengan kenderaan tadi..satu-satu budak aku scan..alih-alih jumpalah dia kat tempat orang buat eksperimen..selamba je tengah tengok abang Petrosains buat eksperimen..nampak dari raut wajah dia sangat eksited..semer bender nak main..nak cuba..Yang buat aku terkejut bila dia dengan lajunya angkat tangan untuk jadi volunteer satu demo nih..peehh...giler berani..danish pon takmo..dua kali lak tuh..cayalah Afham..mummy tabik sama kamu..

tu button, abang Petrosains bagi sebab naik stage..

Aku rekomen pada korang untuk datang Petrosains ni..tak bosan..anak-anak sambil main sambil tambah ilmu pasal sains..tq Syikin sebab masukkan tempat ni dalam trip..

Amjad sangat takut pada dinosur nih..dahlah dok tercongok depan tuh ngan kepala gerak-gerak dengan bunyik lagi..lari balik ke belakang dia..siap aku kene kejar cempung dia yang meronta-ronta takut...sangat kelako ko Amjad..


Bila tengok time dah ala-ala waktu lunch, bebudak pon dah tunjuk muka lapo..Amjad asyik ajak balik..ajak makan..kesianlah plak..diarang memang tak breakfast pon lagi sebab semua takmo dek teruja sangat nak berjalan..so aku just sms Syikin bagitau kami kuar carik makan dolo..aku dah totally lost Syikin dan famili..huhuhu... oh...lupa sebelum keluar Petrosains harus carik sovenir dolo..bukti dah jejak ke sini..apa lagi kalu bukan fridge magnet. Rambang mata mau pilih..

-------------------------------------------------------

Lepas lunch make a move to our next destination AQUARIA..

Tak jauh pun dari Petrosains tuh..ramai juga pengunjung kat sini..

Harga tiket aku dapat arini ada Promotion untuk Deepavali..so aku dapat harga: RM99+RM25= RM 124.00


Waktu kami sampai dah terlepas waktu makan jerung..agak rugilah di situ..tapi takpalah..slow-slow layan..mula-mula join jalan sekali ngn Syikin dan famili..tapi beselah bila bawak budak campo ngn anak Syikin jadi 6 orang semuanya..mulalah...yang ni nak tengok ikan..yang ni nak tengok tapak sulaiman..so, berpecah lagi...huhuhu...



Serius, kat sini dunianya sangat aman dan indah..dengan air kebiruaan..even ramai orang..tapi bila melalu terowong dari dasar laut tuh..terasa aman dan tenteramnya jiwa melihat hidupan laut berenang sendirian..berkejaran..peeehhh...layan habis..



kasik korang layan gambo lah yer..tapi disebabkan aku nih skema bilamana depa asyik announce nak amik gambo takleh guna flash..so banyak gambo aku gelap dan blur..huhuhuh...




Tak dilupakan..sovenir..ngehngeh..


Setelah puas berpusing-pusing, berteleku depan akuarium tiba masa untuk say good bye to Aquaria..mulanya cadang nak lepak Taman KLCC, tapi time tuh hujan lebat selebatnya so decide ikut Syikin balik umah dia kejap..lepak. Adik aku Ct lak dah tak larat nak melayan hero-hero aku nih so dia naik LRT je ke Stesen Kerinchi dan suruh Encip Sominya ambik..dan aku memenuhi permintaan Danish yang nak merasa naik LRT lagi otw balik ke rumah Syikin di Sungai Besi..lepak jap..dalam pukul 10.00 malam agaknya Syikin hantar aku dan anak-anak semula ke Jalan Kelang Lama..

Habis satu hari yang sangat menyeronokkan even memenatkan..yang pelik..anak aku nih bateri masih power..ingatkan sampai umah pengsan terus..sempat lagi diarang main sampai kol 1.00 am baru tido. Bagi yang berkeluarga, aku rekomen pi Aquaria KLCC ni..sangat seronok..untuk Syikin dan keluarga..thanks babe sebab bawak aku dan anak-anak jenjalan ari nih..kami sangat enjoy...

bersambung...




0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger