CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Thursday, November 29, 2012

Part 3: Kuala Lumpur..Terry Fox Run & BBQ Rumah Awin/Iena

AHAD, 11 NOVEMBER 2012

Hari ketiga aku berada di sini..

Pada mulanya aku nak ajak adik aku ke Melaka pada hari ini, tapi dia ada join larian amallah pulak. So, trip to Melaka letak hari lain. Adik aku dan Encip Sominya ni memang jenis aktif sport skit cam badminton atau berlarian nih.
Bila fikir, kalau tak ikut mesti boring stay umah. Dah nama bercuti tak akan nak bercuti tergolek kat tempat tido plak. Rugi tuh. So, aku dan anak-anak join sekali pegi tengok suasana orang Key El ni beriadah.

Anak-anak, sila bangun pagi yer.
Sampai kat Padang Merbok tuh, mak aaaiii...ramainya orang..ada lagi satu group untuk acara apa ntah turut dah berlarian. Sesak. Jauh jugalah parking kereta dan kami sama-sama berjalan ke Padang Merbuk. Berpoluh juger ko even tak register larian amal ni..hehehe...Time adik aku berlarian ngn kengkawan dia kami jadi tukang tunggu barang sajerrr..Abis run, pegi breakfast..then, lepak umah....petang nanti ada aktiviti lain menunggu...



Petang...

Selepas Asar kami bertolak ke rumah Awin/Iena. Diarang nih kiranya antara kawan rapat aku juga dolo..geng lepak..huhuhuh...aku ada bagitau Awin/Iena yang aku akan datang lepak KL dan diarang excited ajak kami datang rumah..siap nak buat makan-makan...oh...sangat taching ok..leh lah aku makan lamb goreng Awin yang sodap tuh..suke..suke..suke..

Aku diberitahu Lee yang Awin siap nak buat bbq lamb lagi...Awin/Iena ni merangkap BFF adik aku juga..hehehe..Sampai umah Awin tengok makanan dah siap semua especially lamb goreng tuh...peeehhh....sodaaaaapp....pelahap betul tuh..tengok...licin..

Awin lak sibuk membakar daging nih haaaa...dah macam mastercheflah ko Awin..


kami nih memang semuanya kaki lamb..apalagi..makan sampai sengkak perut..sodaaappp...tq Awin/Iena...serius aku taching weehh bila Awin kata bbq nih untuk sambut aku dan anak-anak..terasa diri ini begitu berharga...hahaha...Selain dari kami, Awin juga jemput keluarga abangnya yang juga aku kenal..kasik korang layan gambo.





ni tuan rumah..(ampunkan aku errkk kasik ko glamer sini..)

Sungguh seronok bila lepak-lepak dan chit chat ngan kawan lama nih..dan memandangkan plan untuk cuti Deepavali kosong lagi..Awin bagi cadangan kami lepak Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam nanti..yeaaahhh....

Abis makan, kitaorang singgah kat Uptown Kota Damansara..cuci mata..lepak lagi..ngehngeh..pagi esok nak pi Melaka..jumpa lagi...

Tuesday, November 27, 2012

Part 2: Kuala Lumpur ..Petrosains & Aquaria KLCC

Day 2: Saturday, 10 November 2012


Aku dah buat plan kalau nak ke Kuala Lumpur kali ni nak bawak hero-hero aku nih ke Aquaria KLCC. Thru pak cik google, aku tengok memang tempat nih menarik. Konpem anak aku akan teruja dan dapat belajar something di sini. So, aku buat plan ngan one of my BFF, Syikin (Nur Syawal). Yang tak bestnya, plan nak ke KL kali ni kawan aku nih nak balik Sabahlah pulak pada hari Isnin. Depa dah tempah tiket lama, so masa untuk spent time ngan Syikin dan famili hanyalah pada hari Sabtu. Only 1 day..aissshhh...Hari Ahad mestilah depa nak packing mana yang perlukan..takpalah nak buat camna kan..at least adalah juga masanya..

Syikin bagitau, alang-alang nak ke KLCC tu eloklah benar kami ronda Petrosains sekali..tempat yang sama dan sesuai untuk lepak indoor ngan bebudak memandangkan cuaca sebelah petang selalunya hujan. So, aku setujukan aje..hehehe..

Pagi-pagi tuh aku dah kejutkan bebudak sekali ngan Untie Lel (Ct)depa. Hari Sabtu adik ipar aku keje dan takleh join. Adik aku plak memang off hari Sabtu, apalagi aku angkut dia sekali sebab untuk memudahkan date aku dan Syikin aku rase transportation yang sesuai adalah naik LRT saje. Lagi senang dan aku pon nak bagi anak-anak aku rase feeling naik LRT. Maklumlah kan..orang kampung...kat Ganu mana ada LRT cam gini..yer dok?

Syikin plak stay kat Sungai Besi dan aku kat Jalan Kelang Lama..cam tak kene je kalau depa datang ambik. So, sebelum masuk office mintak tolong adik ipar aku hantarkan kat stesen Kerinchi dulu. Aku bawak adik aku Ct dan anak-anak aku panggil dia Untie Lel sebab takut tak terkontrol ini hero-hero kat tempat awam. Mati aku nak pecah tiga jaga sengsorang..Kalu aku Boboi Boy oklah kan..budak-budak ni pon takut skit kat untie diarang. Kene ingat pesan mak aku. Heheheheh..

Perjalanan ke KLCC biasa saje. Hero-hero aku ni macho je. Sibuk pandang keluar. Takut? Jangan harap.


Sampai je terus ke Petrosains sebab Syikin dan famili dah tunggu kat sana. Tengah beli tiket masuk. Wahhh...ramai juga orangnya..Lepas salam dan peluk-peluk..beratur tunggu turn nak masuk. Teruja ok sebab nak kene naik satu transport ni yang akan bawak kita masuk ke dalam. Tak tau apa namanya. Budak-budak toksah cakaplah..konpem seronok..


Tq Syikin, belanja tiketnya..:)

Memang tak terasa masa berlalu dalam ni..macam-macam ada..macam-macam yang boleh kita cuba dan belajar..anak-anak aku pon dah start out of control..sorang pi kanan..sorang pi kiri..sorang tak tau pi mana..adeeiii...aku dan Syikin dan terpecah kejar anak dan tengok tempat nih yang macam-macam ilmu boleh di share..seronok sangat.


Aku siap hilang si Afham..aku ingat Ct yang tengokkan. Adeiii...gelabah kejap..tapi aku buat-buat cool sebab percaya dia tak akan terlepas keluar sebab satu-satu jalan keluar adalah dengan kenderaan tadi..satu-satu budak aku scan..alih-alih jumpalah dia kat tempat orang buat eksperimen..selamba je tengah tengok abang Petrosains buat eksperimen..nampak dari raut wajah dia sangat eksited..semer bender nak main..nak cuba..Yang buat aku terkejut bila dia dengan lajunya angkat tangan untuk jadi volunteer satu demo nih..peehh...giler berani..danish pon takmo..dua kali lak tuh..cayalah Afham..mummy tabik sama kamu..

tu button, abang Petrosains bagi sebab naik stage..

Aku rekomen pada korang untuk datang Petrosains ni..tak bosan..anak-anak sambil main sambil tambah ilmu pasal sains..tq Syikin sebab masukkan tempat ni dalam trip..

Amjad sangat takut pada dinosur nih..dahlah dok tercongok depan tuh ngan kepala gerak-gerak dengan bunyik lagi..lari balik ke belakang dia..siap aku kene kejar cempung dia yang meronta-ronta takut...sangat kelako ko Amjad..


Bila tengok time dah ala-ala waktu lunch, bebudak pon dah tunjuk muka lapo..Amjad asyik ajak balik..ajak makan..kesianlah plak..diarang memang tak breakfast pon lagi sebab semua takmo dek teruja sangat nak berjalan..so aku just sms Syikin bagitau kami kuar carik makan dolo..aku dah totally lost Syikin dan famili..huhuhu... oh...lupa sebelum keluar Petrosains harus carik sovenir dolo..bukti dah jejak ke sini..apa lagi kalu bukan fridge magnet. Rambang mata mau pilih..

-------------------------------------------------------

Lepas lunch make a move to our next destination AQUARIA..

Tak jauh pun dari Petrosains tuh..ramai juga pengunjung kat sini..

Harga tiket aku dapat arini ada Promotion untuk Deepavali..so aku dapat harga: RM99+RM25= RM 124.00


Waktu kami sampai dah terlepas waktu makan jerung..agak rugilah di situ..tapi takpalah..slow-slow layan..mula-mula join jalan sekali ngn Syikin dan famili..tapi beselah bila bawak budak campo ngn anak Syikin jadi 6 orang semuanya..mulalah...yang ni nak tengok ikan..yang ni nak tengok tapak sulaiman..so, berpecah lagi...huhuhu...



Serius, kat sini dunianya sangat aman dan indah..dengan air kebiruaan..even ramai orang..tapi bila melalu terowong dari dasar laut tuh..terasa aman dan tenteramnya jiwa melihat hidupan laut berenang sendirian..berkejaran..peeehhh...layan habis..



kasik korang layan gambo lah yer..tapi disebabkan aku nih skema bilamana depa asyik announce nak amik gambo takleh guna flash..so banyak gambo aku gelap dan blur..huhuhuh...




Tak dilupakan..sovenir..ngehngeh..


Setelah puas berpusing-pusing, berteleku depan akuarium tiba masa untuk say good bye to Aquaria..mulanya cadang nak lepak Taman KLCC, tapi time tuh hujan lebat selebatnya so decide ikut Syikin balik umah dia kejap..lepak. Adik aku Ct lak dah tak larat nak melayan hero-hero aku nih so dia naik LRT je ke Stesen Kerinchi dan suruh Encip Sominya ambik..dan aku memenuhi permintaan Danish yang nak merasa naik LRT lagi otw balik ke rumah Syikin di Sungai Besi..lepak jap..dalam pukul 10.00 malam agaknya Syikin hantar aku dan anak-anak semula ke Jalan Kelang Lama..

Habis satu hari yang sangat menyeronokkan even memenatkan..yang pelik..anak aku nih bateri masih power..ingatkan sampai umah pengsan terus..sempat lagi diarang main sampai kol 1.00 am baru tido. Bagi yang berkeluarga, aku rekomen pi Aquaria KLCC ni..sangat seronok..untuk Syikin dan keluarga..thanks babe sebab bawak aku dan anak-anak jenjalan ari nih..kami sangat enjoy...

bersambung...




Monday, November 26, 2012

Part 1 : Kuala Lumpur..Menjejak Jejak Yang Hilang..


Tajuk entry kat atas memang takleh blah kan? Ala-ala drama bersirilah pulak..kasik canlah aku buat sesuka hati kat blog aku ni..so, entry kali ni adalah berangkai mengenai percutian aku dan anak-anak ke beberapa tempat sempena musim cuti sekolah baru-baru ni..mungkin bagi orang lain bese-bese je...itupon nak kecoh...itupon nak bagitau satu dunia..KL je pon bukan ober the sea..tapi bagi aku memang bermakna..Menjejak Jejak Yang Hilang..dan bagi anak-anak ini adalah kebebasan..menjadi kanak-kanak yang normal bersama yang menyayangi...eeewaaahh...

Memandangkan dah agak lama aku tak bawak anak-anak jenjalan jauh especially bila dah jadik single mingle ni ada rasa kesian tengok anak-anak aku ni..asyik2 lepak Pantai Batu Buruk, tak pon pi Giant, tak pi Giant pi Mydin, tak pon ke Pasar Malam Tanjung..playground, pusing-pusing sekitar bandar Kuala Terengganu ni..jangan harap mummy depa yang penakut nih nak drive jejauh..oh..bosannya dunia kamu..kesiankan...

So, aku adalah menyimpan hasrat di hati tahun nih aku nak tunggu musim cuti sekolah plan nak bawak anak-anak ke Kuala Lumpur kekdahnya...ramai BFF aku kat sana yang dah racun aku soh datang sini..rindu sangat pada kawan-kawan yang susah senang sentiasa berada di belakang aku memberi semangat dan dorongan selama ini.. aku dah start plan slow-slow..beselah..aku kan poyo..bab ni memang aku terer..heheh..aku dah pilih date pegi dan balik..Peginya 9hb November dan balik 20hb November..ambik ko 12 hari aku pulun..jenuh aku nak buat muka kesian kat bos sebab cuti lama sangat even cuti aku memang banyak lagi..akhirnya bos sign juga surat cuti selepas insaf yang aku memang dah lama tak ambik cuti lama..haaa..tau pon encip bos..

Transportation pilihan adalah bas..sebab kalau nak harap aku sorang drive ke KL yang dah lama aku tak jejak nih..jangan harap lepas tambah plak lately nih si biru aku tu suka wat peel..dibuatnya dia mogok kat highway naya..hajat budak-budak pulak nak datang ke KL naik bas..depa nak merasa naik bas bertingkat tu..pilihan pertama SANI EKSPRESS sebab hari-hari nampak bas ni lalu kat kampung aku sebab deport dia tak jauh.. dan nak stay bahagian atas..so, aku turutkan je hajat depa dah memang niat aku percutian kali ni untuk anak-anak..mak aku punyalah gelabah bila dengar aku beli tiket bas tuh..maafkanlah mak aku..dia hanya seorang ibu yang masih tebal dengan perasaan curiga dan cuak sebegitu memandangkan ada kes terdahulu kan? Dan aku pulak percaya ajal maut kat tangan Allah dan aku sangat percaya syarikat ini antara yang terbaik cuma kisah dahulu dah tertulis oleh Allah sebagai ujian pada depa..so, proceed..

Tiketnya; Dewasa RM40.00 dan Kanak-Kanak RM30.00
Tarikh ; 9hb November 2012, Jam 8.30 am

Tapi dalam hati aku nerbes gak..gilo tak nerbes..Aku? Single parent naik bas dengan tiga orang hero seusia 8, 5 dan 3 tahun yang amatlah melasak orangnya..dengan naik bas..dengan masa perjalanan 8 jam..kene kontrol suara..kan aku buat bunyik cam naga mengamuk harus ada yang kene tinggal tengah jalan..parents aku lak yang tukang tambah nerbes..pot..pet..pot..pet...rileks cik mok abah...anak kome nih kan planning nyer orang...so, aku dah plan siap-siap...huhuhuhu...

1) Aku siap masakkan pasta satu bekas untuk bekal makan dalam bas – supaya takderlah nak kene turun mengheret hero2 nih makan kat kedai yang sokmonya konpem membikin keributan..kan ada yang kene tinggal..

2) Siap beli air susu kotak berkotak2 berserta biskut, coklat bagai untuk bekal – takderlah setiap stop nak kene turun belikan..berat beg galas si danish..penuh makanan...


3) Aku siap pakaikan pampers untuk amjad dan afham..incase depa emergency..depa sememangnya free diapers dah..tapi beselah bebudak..dibuatnya emergency..bas ni bukan aku punya sesuka hati nak main berhenti2..tapi sebab tak biasa sanggup depa tahan tuh..so, setiapkali bas berhenti aku akan paksa depa pegi toilet...jenuh berpimpin tiga orang nih...

Tiap kalinya pasti suara cik mok aku terngiang-ngiang..

“ KL tu bahaya..ramai orang jahat..mung tu dahlah sorang..pegang elok2 anak-anak tu...jangan blaa blaa..jangan blaa blaaa...”

So, orang-orang KL jangan terasa hati noooo...beselah...kami ni kan orang kampung skrip drama swasta dah sebati dalam diri..Huhuhuhu...

Tapi pesanan orang tua kene dengar yer..:)

Jenuh jugalah dalam perjalanan tu aku nak mengambil hati hero-hero ni..8 jam lebih kurang ko..dalam tempat terhad untuk anak-anak yang aktif..pehhh...danish senang..dia suka tengok tingkap..menikmati keindahan alam..hafal jalan..so no problem..tapi yang problemnya bila si afham pon sibuk nak stay kat tingkap..ahh..sudah..pandai2lah kome..


Bas ni agak selesa..anak-anak pon kata selesa..hebat..aku lak masalah jaman dolo menjelma kembali...hohohoho...mabuk naik bas...adeeeiii...bila dah rasa lain macam..aku pejam mata..si amjad apalagi start bising..marah aku tido, pejam mata...dia tak tau mummy dia nih mabuk naik bas...hahahha...


Tolong mummy ngan 2 bagasi, 2 beg galas, 1 kotak

Muka seronok dah sampai

Akhirnya, dalam bergaduh nak makan, bergaduh mintak air, bergaduh tengok view, bergaduh berebut nak main game..alhamdulillah..kami selamat sampai jua di bumi Kuala Lumpur yang dah lebih 2 tahun aku tak jejaki.....tak sabar nak jumpa adik aku..tak sabar nak jumpa semua kesayangan aku di sini....

Bersambung....





Oh ! Durian Crepe...



Assalamualaikum korang...

Ada yang rindu pada orang di sini tak? Huhuhu..Lamanya menghilangkan diri dari berblog nih..kesibukan melanda di pejabat ditambah lagi dengan karenah anak-anak yang makin membesar dengan macam-macam peel, phewww...terasa hecticnya dunia kecil ku ini..namun bahagia ku tetap di sini..eeewaaahh...

Lately nih buka je blog memasing menayang Durian Crepe..Demam Durian Crepe melanda..Durian? Oh my fav dan anak-anak especially si afham dan amjad..ada terfikir nak cuba buat namun belum berkesempatan. Baru-baru nih aku dan anak-anak bercuti ke Kuala lumpur dan masa tengah jenjalan kat midvalley..terserempak dengan stall jual crepe durian nih..Sumptuous Desserts..apa lagi si penggemar durian tu, si afham mulalah membodek. Disebabkan aku pon tak pernah merasa, so aku beli 1 peket dolo mana tau kot afham tak berkenan ngan tekak dia. 1 peket ada 2 pcs bersamaan ngan RM4. Dek tak sabar kami kemudian lepak kat Jonker Sweets Dessert memenuhi hasrat adik aku yang nak minum cendol.

Model cendol...hahaha..

Tengoklah tu si afham..bukan main lagi..

Yummeehh...sedap rupanya crepe durian nih..aku dan adik aku sempat gigit sikit je sebelum afham konker semua..siap kansel dia nak beli donut dan otw balik sempat dia paw aku lagi sepeket..sabo je ini budak..so, disebabkan dia suka aku dah niat..balik ganu nanti aku akan buat jg durian crepe nih..yeaaahhh!!

Sempat lagi dia mengepaw lagi sepeket..buat muka bosan asyik nak kene pose saje..

So, petang semalam balik kerja gigih aku pi giant carik non-stick pan...hahahah..serius umah mak aku takder mender alah ini..aku punya dolo dah tak stick dan berkarat..buang sudaaa...disebabkan belum gaji dan poket sudah kering kes coti-cotinyer hal..carik yang murah-murah saje yer...hahaha...misi pertama berjaya..

Misi kedua adalah carik durian..kat giant ni taraklah plak..so, aku pk balik nanti aku try buat blueberry crepe dololah sebab blueberry filling memang dah ada..masuk je area kampung aku kat traffic light..tadaaa..ada orang jual durianlah plak tepi jalan..pehhh...hatiku berbunga kembali..apalagi beli je selonggok dalam 5 bijik..kata nak try je kan..dalam hati cukuplah tuh..misi kedua berjaya..penuh jugalah hasrat aku nak cuba mencrepe malam ni...


Muka tak puas hati sebab dengar mummy dia kata durian untuk buat kuih...

Sampai je umah...semer anak-anak serbu dan memasing melompat tengok mummy depa bawak balik durian..aku lak dah sound..takder2 ..ni durian mummy nak buat kuih..afham dah buat muka..amjad dah bising..nak durian..nak durian...sudahnya....mmmmm...

tu dia...depa mengerjakan derian teman..camnelah teman nak mencrepekan derian lagu ni nooo...

Ini je lah yang balance selepas sesi tepis menepis ngan bebudak tu..

Inilah rupanya durian crepe percubaan kali pertama aku...hohohoho...resepinya tanya pakcik google saje..ada dua-tiga jenis resepi juga..nanti aku nak cuba resepi lain plak..

kepada geng food tester aku (Nurul, Kak Su, Nanie, Noreen, Nuyu)..nanti i cuba buat lagi yer..kasi korang cuba..yang kali pertama ni ala-ala tak puas hati..Che Da nya, nanti kakakmu ini try lagi..kene kasik perfect lagi..kan kome bahankan aku kata bukan durian crepe tapi ketayap crepe..sangat kejam ok...

note: next entry nanti nak cerita pasal jenjalan aku dan anak-anak baru nih...chioww






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger