CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Monday, December 31, 2012

Part 7- Melerai Rindu Bersama 'BELOVED' - Genting Highland & ICT Shah Alam


17hb & 18hb November 2012
Hari Ke-9 & 10

Pagi Sabtu dalam pukul 10.00, Mapai dan Encik Hubbynya Azlan (aku panggil dia Alan- sesuka hati je kan) sampai di rumah Yune. Sambil makan breakfast nasi lemak yang Yune sediakan apalagi borak sakan..Yune dan Mapai lama juga tak bertemu. Masa last lawatan aku ke KL dua tahun lepas, Mapai tak dapat datang rumah Yune masa tu. Kiranya kedatangan aku ni jadi penghubung persahabatan jugelah..kene bagi aku anugerah Duta Sahabat ni..ngeeee..

Ok, aku cerita sikit pasal sorang lagi BFF aku nih- Mapai. Sama seperti Yune, aku kenal Mapai masa belajar di UUM dolo. Satu kolej dengan aku tapi berlainan blok dan course. Dia satu course ngan roomate aku Mate Lin dan Yune- budak IT. Detik kami jadi 'geng' amat menarik sebab bermula dengan Mapai nak belajar main gitar ngan aku...ahaks..

"Mate, baik ko ngaku yang ko admire aku masa tuh..sebab lagu 'Di Ambang Wati' tuh..hahahah..lariksssss..

Then, dia sesedap rase je jadik roomate haram aku..sepatutnya berdua dah bertiga...but..i likeeeeee...rindu sangat zaman itu...

Lepas habis belajar kami masih lagi berhubung sehinggalah aku kerja di KL dan jadik salah seorang dari housemate diarang..Thanks mate..menjadi pendengar setia aku selama ni...

Back to cerita asal. Agak lama jugaklah kami borak..biasalah pompuan bila lama tak jumpa..macam-macam..so, dalam tengahari baru gerak dari rumah Yune di Kajang. Mapai dah janji ngan aku, kedatangan aku kali ini dia akan spent time untuk bawak aku jalan-jalan. So, destinasinya tempat yang aku tak pernah pergi lagi...GENTING HIGHLANDS...

hohohoho..serius aku tak pernah pergi Genting okeh...lawak ker? Nak gelak? Silalah..beselah..orang kampung mari maaa..uhuk..
Memang rase excited..bebudak pon lagilah kan..bab berjalan seronok saje..masa on the way ke Genting..cuaca sangatlah buruk..hujan sangat lebat..risau gak aku..cam-cam gak kejadian yang ngeri bermain di kotak fikiran aku..teringat kat mak aku..cukup takut dia kalau sebut pasal nak pi Genting..kalau dia tahu aku pi sana dalam cuaca cam gini mau naik darah tinggi dia..heheheh..

Oleh sebab cuaca buruk, operasi untuk kabel car tu ditutup..tapi tak menjejaskan plan asal kami sebab Mapai dan Alan memang nak drive kereta sehingga ke atas..aku dah nak start pening dah ngan keadaan jalan ni..nasib tak sempat lama nak layan pening dah selamat sampai sana. Oleh sebab cuaca tak berapa elok sangat so, kami memilih untuk membuat aktiviti indoor saja. Pehhh...boleh tahan luas Genting ni..macam-macam ada...hohoho..

Selesai beli tiket di kaunter dan dipakaikan tag..Alan dah start meneliti map untuk tengok apa yang best dan sesuai untuk kami berenam ni..moh kiteee...

Permainan pertama kami tuju Raindeer Cruiser...boleh tahan kene beratur..bising2 anak-anak aku masa nak tunggu giliran..Afham dah mengharuk nak aiskrimlah..sempat lagi mate aku buat sandwich masa nak nunggu turn..hohohoh...



Next, Monorail..


Ni fav budak2...Junior Bumper Car..aku rase dalam 8-9 kali dia orang main mender alah nih..masuk...pastu abis masa..keluar lari...masuk balik..nasib masa tuh bebudak tak ramai..

Aku lupa dah apa nama permainan nih..Euro Express kot..Danish nak cuba sangat..tapi aku takut...laju ooo..memusing-memusing dalam tuh..gayat...Afham pon ia2 nak try..jangan harap aku bagi..sudahnya Alan yang kene temankan Danish.huhuhu...so suweeettt...tq Alan sebab sudi layan bebudak nih..


Merry Go Around..

Banyak jugak rides yang under construction macam Rio Float dan Venice Gondola..kesian anak aku takleh cuba..

Puas berpoya-poya di Genting dalam pukul 9.00 lebih kot..bertolak turun ke destinasi seterusnya..ICT Shah Alam...yeaaahhh....




Huh..sakan jenjalan dan melepak..dalam pukul 2.00 pagi gitu baru reti balik umah..ahakkss..tido umah Mapai malam ni...

Esoknya...pulun mandi kolam sampai berejam...Danish paling over takmo naik...sabo jek ini budak..kalau tak disebabkan hujan..mau tido tepi kolam ini budak..aku lak gedik belajo berenang kunun, sampai keras kejung rase kaki...huhuhu...letihh...tapi sangat seronok...

Malam tu...otw hantar aku balik ke rumah Ct sempat Mapai bawak aku pusing2 Putrajaya plak..sangat cantik...


Time to say goodbye to Mapai..thanks Mate untuk segalanya...belanja aku pi Genting semua..memberi kebahagiaan untuk aku dan anak-anak..really appreciate it..moment itu tersimpan kemas dalam hati aku...sorry ngan keletah Otomen Tiga tuh..Alan, terima kasih juga...jangan serik yer bawak kami jenjalan lagi...sayaaaaaaangggg kamu sokmo...

Ini rupa budak yang baru reti nak penat bila dah sampai umah..




Thursday, December 20, 2012

Part 6 : Jejak Rindu ke Kajang

Khamis & Jumaat ; 15 & 16 November 2012

Hari Ke-7 & 8

Pemergian aku kali ini ke Kuala Lumpur tidak mahu aku persiakan dari melawat teman rapat di sini. Antaranya Yune. Aku imbas sedikit perkenalan aku dan Yune.Teman yang aku kenali ketika belajar di UUM. Dia adalah teman satu course dengan roomate aku yang aku panggil Mate Lin.Geng IT. So, selalu lepak bilik aku menyiapkan assignment dengan my roomate. Lama kelamaan jadi geng. Jodoh kami panjang bila Yune jadi salah seorang housemate aku plak ketika mula aku bekerja di Kuala lumpur. Kami menyewa di Taman Kinrara ketika itu..sehingga kini dia masih menjadi salah seorang BFF aku..teman berkongsi suka dan duka..

Inilah BFF aku..Yune..sahabat yang tak lari dari aku bila aku berada dalam kesusahan dan kekecewaan..pemberi kata semangat...


Dua tahun lepas masa aku ke rumah Yune tak sempat lepak lama dan bermalam di sini. So, untuk lawatan kali ini dah plan untuk lepak dan bermalam di rumah Yune. Anak aku pon seronok sebab dapat geng dengan anak Yune, Haikal yang sebaya dengan Danish.

Memandangkan hari ini adik aku dah bekerja, sebelah malam selepas Isyak kami bertolak ke Kajang berbekalkan Map Location menerusi hp. Jenuh juga nak mencari siap tersesat..huhuhu..adik aku jarang ke sebelah Kajang ni dan sememangnya tak berapa mahir dengan jalan di sini. Akhirnya sampai juga...pehhh..sangat rindu sama ini mak cik..masih mantain ayu dan cantik..even anak pon dah tiga cam aku juga..ahaksss...

Aktiviti di rumah Yune..


Lepak...berborak..masak..makan..lepak..borak...masak..makan..huhuhu

Anak-anak pulak layan playstation..seronok tengok Haikal yang jadi ceria dengan hero aku nih..diarang main sampai kenyang tak makan..adeeeiii...sempat jugak aku buat creampuff untuk Yune dan Ayin (salah seorang lagi geng kami). Rupa creampuff aku agak pelik skit sebab Yune takder noozle bintang besar..hehehe


Jumaat malam tu Si Ayin datang ke rumah Yune untuk jumpa aku..sangat poyo diarang ni ok..duduk dalam satu kawasan tapi tak pernah jumpa atau menziarahi sehinggalah kedatangan aku..adeeiii...apalah ini budak dua orang..Ayin pon salah seorang geng roomate aku yang jadi geng aku..sama orang Ganu..masih cantik dan lawa lagi si Ayin ni..tengah mengandungkan anak yang ke-4 plak...peeehhh...ekspress ko Ayin. Borak sambil makan menyebabkan lupa nak snap pic. Rugi betul. Sangat seronok dan bahagia bila dapat jumpa sahabat lama nih..sangat taching di situ..

Jumpa geng..





Perkara yang aku takleh lupa..Yune sediakan bilik aku bersebelahan dengan bilik Haikal di mana Danish dan Afham akan tido bersama Haikal.Tapi beselah anak aku ni mana boleh berjauhan..tido tanpa aku..so, bila Haikal tertido depa semua masuk bilik aku thru bilik mandi bilik Haikal tido dengan aku balik..hahahaha...sabo jek..ingat dah ada geng tak maulah ngn aku kan..Yang sweetnya..malam esoknya..sekali ngan Haikal masuk bilik aku tido sekali...adeiiii...sangat comel di situ...

Masa begitu pantas berlalu.. tak puas bersama ngan korang. Tiba masa aku melepaskan rindu pada Mapai pulak yer..Terima kasih Yune dan tak lupa juga Encik hubbynya, Nan..Nan nih pon geng kitaorang belajar dolo..atas layanan semua..terima kasih masakkan nasik ayam dan nasik lemak yang sodap..tak lupa juga pavlova..ngeee..sorry kalau menyusahkan ko..sangat seronok jumpa dan lepak dengan korang...lain tahun aku datang lagi ok..huhuhu..
Sayang sama korang...muaaaaahhhh..




-Yune dan Mapai

-Bergambo sebelum meninggalkan Yune dan famili..sob..sob..sedihh..Jumpa lagi korang..Insya Allah.


Note: Next part bermanjaan dengan Mapai plak..terasa diri ini disayangi gituu..:)




Wednesday, December 12, 2012

12.12.12...Mati Hidup Semula..

Assalamualaikum..

12.12.12

Pasti ramai yang buat entry sebagai kenangan hari ini..
Aku pon gedik nak meninggalkan jejak pada tarikh yang tidak akan datang lagi ini..

Apa nak cerita? Ntah...yang pasti jiwe adalah sedikit kacau pada ketika ini..

Aduhai hati...bertabahlah yer...Be strong !!

Tak tau kenapa lagu dari saudara Ajek Hassan nih begitu meruntun hati aku ketika ini..peeehhh...tangkap jiwang, syahdu semer ada..meh..layan...

nota kaki: sila sediakan tisu....:(

Mati Hidup Semula

Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ibu ayah adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula



Tuesday, December 11, 2012

Part 5 : Taman Botani Negara Shah Alam

Selasa; 13 November 2012

Hari Ke-Lima..

Hari ni adalah cuti umum sempena hari Deepavali..Happy Deepavali yer pada semua penganut agama Hindu..

Seperti yang sudah dirancang bersama Awin dan Ina..hari ini masa untuk melepak bersama-sama di Taman Botani Negara di Shah Alam. Idea ni datang dari Awin sebab diarang pernah melepak ke sana satu keluarga. Oleh sebab takder plan lain, so..set..

Ikut plan Awin nak keluar rumah dalam pukul 8.00 am gitu. Dia nak ajak pergi breakfast dolo. Tapi anak-anak dan adik aku semua masih terbongkang tido lagi kes penat semalam menjelajah Melaka. Tak sampai hati plak aku nak kejutkan pagi-pagi. So, aku biarkan dolo sementara aku bersiap barang bebudak nih.

So, dalam pukul 10.00 lebih macam gitu baru start keluar rumah. Singgah kat KFC berdekatan rumah dolo untuk breakfast. Memandangkan waktu dah berganjak ke tengahari, banyak menu for breakfast dah selesai..huhuhu...so, sebat je lah apa yang tinggal..semenya Awin yang susah2 orderkan dan bayarkan...wahhh..tocheee..geng..

Selesai breakfast terus bergerak ke destinasi..yeaaahh...Sampai sana...mak aaaiii...boleh tahan juga pelawat hari ni..maklumlah musim cuti sekolah..cuti umum pulak tu. Terus ke kaunter tiket untuk beli tiket masuk..sedihlah plak sebab Rumah Iklim Sederhana Empat Musim ditutup atas sebab penyelenggaraan..oloooooooo...takpalah tak der rezeki namanya.

Aku bagi pengenalan sikit pasal taman nih...Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) pada asalnya dikenali sebagai TPM yang dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah mula dibangunkan pada 24 April 1986 sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991. Nama TBNSA sekarang adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007 untuk membangunkan TBNSA menggantikan TPM.

Tujuan TBNSA dibangunkan adalah sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Antara objektifnya adalah menyediakan peluang-peluang reakreasi yang berkonsepkan alam semula jadi kepada masyarakat. (Sumber; Pakcik Google...hehehe)

Tiket masuk RM3 dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Awin lagi belanja. Malu i ok..Heheheh...

Untuk masuk ke taman nih pelawat bolehlah menggunakan trem yang disediakan. Anak aku apalagi seronoklah tengok. Tapi kene beratur dan tunggu lama jugalah gilirannya.

Inilah tremnya..mintak izin letak pic tuan gambo..aku tak sempat snap trem nih..:)


Muka bosan sudaa, tu tunggu giliran naik trem.

Trem ni akan berhenti beberapa kali dekat pit stop..so..korang boleh pilih nak berhenti kat mana. Sebab kami ni semer pemalas nak jenjalan jauh..turun kat tempat yang ada Taman Haiwan je..ohh..kawasannya memang luas yer...mau pingsan kalau semer tempat korang nak cover.


Aktivitinya..apalagi jalan-jalan kasik exercise..jom...hehehe


Ada jambatan gantung yang langsung tak menakutkan hero-hero aku..diarang gayatkan aku adeler...



Awin, Ina & their gegirls..

Lupa kuda ni nama apa..tapi betinalah..siap nak kiss amjad..takut dia..sangat shomell kamuu.....kuda? bukanlah..op cos anak i ok...


Hohoho..tengoklah otomen tiga tuh..muka eppy bebenor...

Rehat dolo...lepak..

Jom Balik...awan dah nak bertuko tuh..

Semuanya sudah kelaparan sebab tak bawak bekal makanan..hanya beli air saje..huhuhu..so, singgah di Kelana Jaya..makan time...peehhh...sangat sedap..tq so much Awin sebab belanja lagi...hahahhaha...susah2 saje kamu..untung betul jenjalan hari ni di sponsor oleh Awin..kalau cam gini tiap tahun aku nak datang sini jumpa korang..ahaksss..


Afham sampai licin satu pinggan nasi ayam..kagum dan seronok aku tengok dia makan..lapolahhh tuuu...:)

My review, sangat seronok ke TBNSA ini..bermesra dengan alam sekitar gitu..anak-anak pon seronok..kalau rumah bermusim tuh leh masuk mesti lagi happening nih..Kepada Awin dan Ina..terima kasih banyak-banyak untuk hari ini..sangat menyentuh hati aku nih..sebab lama dah tak jumpa korang..anak-anak pon dah besar..mintak halalkan semuanya..aku doakan korang dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke syurga..sayanggggg koranggg..muahhhhh...(Awin, sila tepis muahhh aku...utk Ina saje ok)..:)

Chiowww..


Monday, December 10, 2012

Part 4 : Bandar Melaka & Night Safari Zoo Melaka

ISNIN; 12 November 2012

Hari Keempat..

Hari ini destinasi yang dituju..MELAKA...
Oh..serius..aku memang tak pernah menjejak bumi bertuah Melaka ini ok..
Kesiankan? Sebab itulah Melaka jadi salah satu target untuk aku bercuti kali ini. Plan asalnya nak ronda-ronda di bandar Melaka dan bawak anak-anak ke Zoo Melaka..dengarnya Zoo Melaka lagi besar. Dah ada anak-anak ni aktivitinya haruslah melibatkan kesukaan dan minat mereka. Tak akan nak ajak ke shopping complex je kan..Oh..lupa nak bagitau..adik aku Ct dan Encik Hubbynya Lee siap ambik cuti hari ini untuk melestarikan hajat kakak tersayang mereka nih...takut kalau pi weekend sesak...so sweetkan diarang...taching aku...huhuhu

Kami bertolak dalam pukul 10.00 pagi. Plan asal nak tolak awal..tapi memandangkan malam tadi lepak sampai pukul berapa baru balik rumah..mulalah pepagi punyalah liat nak kejutkan hero-hero aku ni sorang-sorang..adeiii...Dalam tengahari kami sampai ke Melaka. Oleh sebab matahari dah meninggi atas kepala, cam carik pasallah plakkan nak pegi zoo time nih...bleh pitam nih..hukhuk..so, sebelah petang nanti kami singgah pegi zoo..

Untuk permulaan kami singgah Bandar Melaka dolo..carik makan..kunun nak merasa makanan signature orang Melaka ni..apa lagi..Asam Pedas lah..ini kali pertama aku makan Asam Pedas Melaka..mmmmm...komen aku? Bolehlah..Heheheh...sorry orang Melaka..aku rase Asam Pedas Ganu lagi layannn kot...beselah dah tekak Ganu aku nih..


LePas makan, sempat round cari fridge magnet dolo..kemudian ke Menara Taming Sari..Ramai juga pelawat kat sini. Jenuh jugalah nak menunggu masuk nih... Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Bagi pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit. Mula-mula cam gayat pastu syok. Subhanallah..sungguh indah alam ciptaan Tuhan yang dapat kita lihat dan nikmati. Anak aku siap terjerit2 bila nampak kereta Uncle Lee diarang di tempat parking...peehh...telus mata betul ini budak..

Layan pic yang aku sempat snap ni..Kalau korang ke Melaka. Jangan lupa yer..Menara Taming Sari ini....

Tempat seterusnya Muzium Samudera. Dari atas Menara Taming Sari, kami dah nampak replika kapal besar ni. Anak aku dah bising nak ke Kapal ‘Pirates of Caribbean’ nih..huhuhu..

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990.Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

Bayaran masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Waktu operasi kalau hari biasa dari pukul 9.00 pagi-5.30 ptg dan kalau hujung minggu sehingga pukul 9.00 malam. Feeling betul berada dalam Muzium Samudera ini. Seakan tertolak masuk melangkaui zaman kegemilangan Melaka dahulu..indah bahteranya. Tetiba je aku terbayangkan watak kesayanganku Laksamana Sunan meredah samudera dalam bahtera sebegini ketika dalam perjalanan mencari dan memerangi musuh Allah si Taghut. Opppsss....terlebih sudah aku punya imaginasi..eerrrr..




Waktu makin berganjak..rasa macam tak sempurna berada di sini kalau tak merasa Coconut Shake yang terkenal di Pantai Kelebang..apalagi..berdesuppp...peeehh...jumpa juga tempatnya dibantu dengan teknologi zaman sekarang..mak aaaiii..panjangnya barisan..alang-alang dah sampai..kalau tak beli, kan takut ada yang mengigau..so..Ct dan Lee join barisan yang panjang nih..aku dan anak-anak tunggu dalam kereta..dekat sejam juga beratur. Peeehhh....berbaloi-baloi...sodaaapppp coconut shakenya..sambil minum kami menuju destinasi seterusnya...ZOO MELAKA...

Hohohoho...plus jem..plus pusing2 sesat...sampai kat depan zoo pukul 5.30 pm..ambik ko...zoo tutup pukul 6.00 pm..camno? nak bermalam kat Melaka ni semuanya sehelai sepinggang..baju anak-anak je yang aku bawak spare macam biasa. Nasib ada Night Safari. Akhirnya kami buat keputusan untuk merasai pengalaman Night Safari. Night Safari atau Zoo malam di buka pada pukul 8.00 malam, sempatlah kami pegi makan, bersihkan diri dan rehat sekejap.

Akhirnya.....



Kami di bawa jenjalan pusing zoo nih menaiki trem..scary juger kadang tuh...very the gelap kadang tu..amjad dah mula cuak dan pegang aku ngan kuat..kadang tu trem berhenti di depan kandang haiwan..mulalah drebar trem tuh suluh2 haiwan..ada yang nampak..ada tuh sampai bolat2 bijik mata merenung...heheheh...kami dilarang menggunakan flash untuk mengambil gambar haiwan takut haiwan terganggu. So, aku simpan kamera dalam bag, riso juger..kan ada trem kene terkam di haiwan ini..hehehe..

Bayaran ke sini RM10 untuk dewasa dan RM5 Untuk kanak-kanak..Zoo Malam ni bukan setiap hari ada yer..hanya pada Jumaat, Sabtu dan sehari sebelum Cuti Umum.


Balik time..sampai umah KL dalam pukul 1.00 pagi rasanya..Letih tapi sangat seronok. Tak puas hati sebab banyak tempat menarik tak sempat nak cover. Takpa nanti lain tahun aku datang redah lagi ke Melaka..yeaaaahhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger