Pejam celik-pejam celik, ari nih dah masuk 02hb Februari 2010. Meaning, ari ini adalah birthday Danish yang ke-6…Happy Birthday to my beloved Danish..sekejap jek masa berlalu..dah 6 tahun usia kamu..dah masuk sekolah..mummy selalu doakan kebahagiaan dan kejayaan kamu di dunia dan akhirat..mummy doakan kamu jadi anak yang pandai, baik hati, dan segala yang baik2 untuk kamu..mummy doakan kamu jadi anak yang soleh yang boleh ditinggalkan untuk mendoakan mummy di alam sana..
Mummy masih teringat saat melahirkan kamu..16 jam bertarung dengan kesakitan..dan akhirnya kamu selamat dilahirkan secara cesar..menatap wajah kamu yang persis wajah daddy buat kesakitan itu hilang..kamu memang anak yang manja, halus, tulus n mulus..sentiasa ingin berdamping dengan mummy..saat di hospital pon kamu hanya lena dalam dakapan mummy..tidak mahu bersendirian di katil bayi..menangis dan merengek tika bersendirian....kamu memang anak yang kuat kerana bertahan selama 16 jam..malah tidak terkena jaundis pun..alhamdulillah..
Berpantang diri kamu benar2 menguji hati ibu ini..bermula detik 12 malam kamu akan menangis sahaja..dengan suara yang nyaring..yang begitu menyentuh hati ibu ini..ibu mana yang tahan mendengar tangisan anaknya..terdengar azan subuh sahaja..kamu mula lena dalam dakapan sehingga ke pagi..
Meniti hari-hari bersamamu membahagiakan mummy..kita pernah menempuh saat ‘duka’ itu bersama-sama..kadang kamu lebih kuat dari mummy..tangan kecil mu terasa hangat bila memeluk mummy..suara halus mu begitu merdu saat memujuk mummy..membisikkan kata cinta dan sayang pada mummy..
“Kenapa mummy nangis? Mummy rindu daddy yer? Takpalah..daddykan pergi kerja…sayakan ada..atuk ada..nenek ada..sayakan sayang mummy..sudahlar..sudah..”
“Mummy, janganlah nangis..sayakan ada..saya jaga mummy..jaga adik..”
“Mummy, saya sayang mummy..banyak..banyak..”..
“Mummyku sayang..belahan jiwa saya…” (diterbalikkan dari lagu aku pada anak2..”Anakku sayang..belahan jiwa mummy”)
“Mummy, saya keluar ikut perut mummy yer..sakitkan mummy..sian mummy…banyak darah keluar..”
“Mummy, besar nanti saya nak jadi orang kaya..saya nak beli keter mahal..boleh hantar mummy pegi kejer, pegi pasar”
“Mummy nih, saya cakap elok2..mummy marah pulak..”
Danish..Danish..kamu memang suke buat mummy tersenyum..kadang tuh geram bila kamu wat peel..apapon mummy nak kamu tahu mummy sayang, cinta, kasih kamu sangat..sangat..sangat..janji dengan mummy ok yang kamu akan jadi anak yang baik dan melindungi, menjaga adik-adikmu..afham n amjad...luv u 4 eva..muaahhhhssss..
~ Danish 4 tahun
~dah bleh jaga adik..
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Tuesday, February 2, 2010
Happy 6th Birthday My Beloved Muhamad Danish Aiman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Lalala:
Post a Comment