CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Tuesday, August 11, 2009

'My Precious Moment Be A Mother'









Minggu nih dah masuk minggu kedua bekerja balik. Banyak betul mender yang nak dibuat di office maupun di rumah. Sampai nak berblogging pon tak sempat. Nak update cerita aku dan anak2 pon tak sempat. Kena curik-curik masa. Semalam pi klinik checkup BB Amjad. 8hb arituh dah genap 2 bulan usia BB Amjad. Timbang semalam dia sihat dengan berat dia dah cecah 5.45 kg. Bagi aku ‘semangat’ dah badan dia. Pecah rekod timbangan berat abang-abangnya. Alhamdulillah berkat susu ibu. Ingatkan dia ’menyanyi riang’ bila kena suntik cam sebelum nih. Tapi semalam bleh wat muka macho ngan konpius plak...Wah!! Anak mummy dah kuat gamaknya. Setakat jarum halus tuh main jeling-jeling eekk...Riso gak sebab nurse kata kebanyakan baby akan demam skit. Tapi semalam dia ok jek..Suam-suam jek. Siap tido lena lagi semalam..

Coretan kali nih aku just nak citerkan moment yang paling membahagiakan bila bergelar ibu nih. Apalagi, masa kita susukan anak-anaklah. Alhamdulillah, berkat ilmu dan support dari kawan-kawan yang ku kenal dari forum membuatkan aku makin memahami kenikmatan dan kebahagiaan menyusukan bayi. Kiranya setiap kelahiran baby aku akan cuba perbaiki dengan pengetahuan yang aku perolehi. Kesilapan yang pertama takmo aku ulangi. Kesannya Danish hanya sempat kususukan sekejap jek. Pastu campur formula. Untuk anak kedua, si tencik Afham ku dah mula kumpulkan maklumat dan tanamkan azam untuk susukan dia sehingga 2 tahun. Namun rezeki Afham tak semeriah mana. Sehingga setahun jek ku mula campurkan FM sebab susu tak banyak. Kesian dia. Namun ku teruskan juga hingga ketitis terakhir. Alhamdulillah. So far rezeki baby ketiga Baby Amjad cukup meriah. Siap Afham bleh join sekaki. Kat rumah bleh buat tandem breasfeed lagi. Cam dapat nak kembar plak. Adohaii..Moga rezeki ini makin Allah murahkan untuk anak-anak aku ni. Amin.

Terasa bahagia dan bangganya apabila kita dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Betapa bahagia bila kita saling renung dan merenung serta dakap mendakap. Sesungguhnya memang banyak kebaikan yang kita perolehi apabila kita menyusukan baby kita sendiri. So, aku tak kisahlah sekiranya nak kena usung setiap hari ’gadget’ aku untuk pum susu nih. Malah aku berbangga untuk memberitahu orang yang bertanya apa yang aku usung setiap hari ke office. Seronok bila mencuri-curi masa untuk mengepam di office. Siap bleh buat muka lawak lagi bila bos tanya mana menghilang..Untuk bos aku..thanks boss sebab tak bising-bising sangat masa aku hilang..siap bleh buat lawak lagi bila tengok cooler box aku kat pantry...aku tau bos aku mesti bukak mengendap tengok apa isi kat dalam masa mula-mula aku masuk keje...Aippp...boss...jangan ngendap...heheheh..Entry lain nanti aku citerkan dan pamerkan gadget aku nih...

1 Lalala:

mYpRecious said...

Posisi tido same jek dari abang sapalah ke amjad.. adeis..

mmg sah keturunan ning..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...