CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Sunday, April 21, 2013

Jatuh Cinta - 'baked from heart'

Assalamualaikum...

Apa khabar korang semua..Harap semuanya sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah..Wahh..agak lama tidak bersiaran di sini..Harap ada lagi yang masih lagi sudi menjengah datang ke rumah hamba ini...:)

Alasan tak lain tak bukan bz lah tuh...heheheh..nanti aku updated cerita satu persatu ok..kali ni nak cerita pasal minat dan hobi aku nih..kiranya dah jatuh cinta gitu...

Alhamdulillah..secara rasminya NYZAL HOMEMADE - baked from heart telah aku daftarkan dengan SSM pada Julai 2012. Dari cinta dan minat menjelajah blog2 masakan dan kemudiannya mencuba resepi yang menarik hati aku. Food testernya adalah anak-anak, kawan-kawan dan sedara mara sehinggalah aku memberanikan diri mengambil tempahan yang minimum dari kawan-kawan dan saudara terdekat. Akhirnya lebih elok aku mengorak langkah ke hadapan sedikit dengan registerkan minat aku ini..bagi dia RASMI sikit..manalah tau kan kot-kot meletops nanti..heheheh

So far, alhamdulilllah aku dapat feedback yang positif dari kawan-kawan yang menempah. Sebab kekangan masa yang mana aku masih lagi bekerja di pejabat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari kecuali hari minggulah yer, so kiranya kerja-kerja membaking nih aku buat part time je dulu dengan tempahan yang minimum dan simple, produk yang aku tahu buat... maklumlah aku nih masih amatur. Nak ambik tempahan kek yang canggih manggih deconya, idoklah aku reti sangat..tapi In Shaa Allah aku sentiasa belajar untuk mendapatkan ilmu berkaitan walaupun secara tak rasmi.

Segala usaha dan rezeki dalam bidang membaking nih semuaya untuk anak-anak kesayangan aku tuh..maklumlah akulah IBU, akulah BAPA untuk diarang..demi mereka aku akan sentiasa berusaha..menyediakan yang terbaik..



Inilah logo aku..cantik tak? Terima kasih pada anakanda Kak Zuraini seorang blogger masakan yang glamer tuh sebab designkan aku nyer logo..sangat suka..moga aku pon akan jadik terer cam Kak Zu satu hari nanti,In Shaa Allah..Apa yang penting bagi aku..ini semua aku lakukan dari hati..memasak dengan rasa cinta dan sayang..huhuhuh..





Ni antara produk yang pernah aku hasilkan..harap selepas ini aku leh improvekan lagi skill mendeco nih...doakan aku yer kengkawan..semoga sentiasa ada rezeki untuk aku dan anak-anak..

Korang boleh like pages aku nih di Nyzal Homemade-'baked from heart'

Wassalam..

0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...