Cuti sekolah dah menghampiri ke hujungnya..tak lama lagi anak-anak dah kembali ke sekolah..Tahun depan anak aku yang sulung Danish akan naik ke darjah 2, manakala afham baru lima tahun, so, aku hantarkan dia ke tadika nanti..tahun lepas pon dah ke tadika..kali ini aku hantar ke tempat lain plak.
Kesian anak-anak sebab tak merasa nak pergi berjalan jauh menghabiskan masa cuti sekolah..bukan tak nak..tapi single mom cam aku nih payahlah kan nak manage tiga orang hero kalau just kami je yang pergi bercuti. Memang namanya Jalan-Jalan Cari Pasallah kan.Tambah lagi memang banyak kerja kat office dengan office mate aku cuti kahwin semua. Si Biru aku lak bulan nih asyik wat peel..so banyak berhabis untuk dia. Budget berjalan burst gitu.
Tapi untuk tak menghampakan anak-anak sempat jugalah aku bercuti 3 hari cuti tahunan tambah dengan cuti weekend..dapatlah 6 hari..so masa tuh manfaatkan sepenuhnya untuk anak-anak. Yang penting kualitinya. Yang penting anak-anak happy dan enjoy walau dekat-dekat je.
So, ni jelah aktiviti kami..boring ke? Takpalah..boring untuk korang..tapi hero-hero aku ni suka..dan mummynya terlepek..penat sehh..
Anak-anak dah lama mintak nak makan pizza..terkesima dengan iklan pizza cheese kat tv..lepas makan pizza jalan-jalan kat taman syahbandar..
~ amjad sangat comel dan excited bila tengok angry bird..
Hari lain..petang bawak diarang makan ayam goreng dan minum float..nasib achik diarang merangkap baby sitter nak ikut..senang skit nak manage ini budak-budak..lepas tu ke Pantai Batu Buruk main bola dan layang-layang. Ombak kuat masa ni dan amjad asyik jerit dan nangis marahkan abang-abangnya dan achiknya main dekat pantai.
Ni pic kami lepak kat library gitu..seronok tengok mereka jegilkan mata tengok-tengok buku..
dapat memenuhi hajat diarang nak makan durian..hantu durian depa ni..(macam aku..:))
potong rambut amjad..neneknya dah bising rambut amjad dah panjang even aku suka..sebab amjad nampak comel sangat..sebelum nenek dia gunting senget-senget better aku pi gunting dolo..dan amjad sangat baik..dok diam jer..kalu danish baya amjad dolo..siap lari nyorok bawah kerusi ok..upahnya...balik tuh makan eskrim...
last day sebelum aku start kerja balik..pi jenjalan kat giant..tempat fav otomen..sebab kat atas ada playground ngn cam arked game skit..ada donut..paling pengsan aku dibuat bebudak nih..korang tengok je lah..
~ mula-mula elok je..lepas tu..
~pitam..
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Tuesday, December 27, 2011
Jalan-Jalan Cari Pasal
Monday, December 26, 2011
Bila Stress - moh masak!!
Minggu lepas tersangat stress..dahlar kerja melambak..nak cuti pon payah..sian anak-anak cuti sekolah melepek je kat umah..kereta aku lak bulan nih je asyik wat peel..lepas satu..satu..adehhh..menabahkan hati betul..wat peel je tengah bulan..tunggulah aku dah gaji ke..apa ker..sakit jiwe betul..
rabak poket sehh..baru plan nak bawak anak jenjalan..sabo je lah..
Sudahnya..cara untuk melepaskan stress..masuk dapor..masakkkkkkkk....
kek karamel nih request dari adik aku yang baru balik cuti semester..sibuk request kek 3.93 dia..cayalah jepp..dah beranak pinak pon..masih score..tabik sama kamu..aku kata doh..mung memang terror..so, mesti score punya..sem depan wat 4 yer..aku buat kek lagi besor nanti..
yee mee nih fav aku..lama tak buat..so..layannn..
cheese tart ni fav semer orang..aku buat untuk bekal jepp dalam perjalanan nak balik ke perak..balancenya..serangggggggggg.....start buat dah kol 12 lebih malam..siap kol 3 pagi..tapi berbaloi2..heheheh..
Posted by Nyzal Aziz at 4:07 PM 0 Lalala
Labels: Masak-Masak
Sunday, December 11, 2011
kerana Ombak Rindu..
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
huhuhu..layan sehh lirik lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira nih..
memang Ombak Rindu tengah menderu-deru sekarang..
kerana Hariz membuatkan hati aku begitu terpanggil untuk menonton filem ini..
1) Sanggup aku booking tiket 2 hari lebih awal thru online sebab dengarnya asyik fully booked dan siap ambik tayangan awal pukul 11.10 am..
2) Sanggup tuh aku tinggalkan 3 hero aku yang sama sekali tidak pernah aku tinggalkan kalu hendak ke mana-mana kecuali ke pejabat..
3) Sanggup aku dan buddy aku travel dari Kuala Terengganu ke Mesra Mall di Kemasik, Kemaman sejauh 123km yang memakan masa 2 jam 30 minit..pegi sahaja ok..pegi balik 5 jam gitu..
4) Untuk kesekian kalinya menjejakkan kaki ke pawagam yang sudah lebih dari 8 tahun aku tak jejaki..
5) Merempit kejar masa dan kami sampai ke Mesra Mall tepat jam 11.10 am..
6) Merempit balik selepas tayangan sebab takut air pasang di tengah jalan..stranded tak pasal..
Giler tak aku? Semuanya kerana Ombak Rindu..kalu hero kesayangan aku tak rase touching nih harus aku boikot dia lepas ni..kekeke..
Apa yang aku dapat lepas menyaksikan cerita ini? Bagi aku cerita ini sangat meruntun kalbu aku..tak puas sehh..rasa 2 jam tuh berlalu dengan sangat pantas..rasa nak tengok lagi..tapi apa ke giler nak travel lagi..hahahah..sudahnya nanti aku tunggu dvdlah yer..
Aku tak kisah apa komen orang lain..masing-masing ada pendapat mereka sendiri dan berhak mengeluarkan pendapat mereka..bagi aku apa yang baik kita kutip untuk jadikan tauladan..yang buruk tuh janganlah kita ambil untuk pegangan pulak..tak sengsuai ok...siapa yang dah tengok cerita ni faham-fahamlah yer nak nilaikan apa yang baik dan buruknya..
sebab lain orang..lain penghayatan..lain jiwa..lain rasa..tapi bagi aku..mesej dan rasa itu sampai ke dalam hati aku..aku dapat merasakan penderitaan, kasih sayang dan pengorbanan Izzah..aku boleh merasakan keperitan dan rasa sayang Hariz..siapa yang tak sebak bila melihatkan lelaki maskulin seperti Hariz (Aaron) bagitahu Izzah yang dia rindu dan dia terpaksa tanpa kerelaan dia untuk mengahwini Mila (Lisa)..
“ Abang rindu izzah..rindu sangat-sangat..”
melihatkan seorang lelaki menangis kerana sayang dan rindunya itu..pantas membuatkan hati wanita seperti aku berhiba..wahhh..tidak sia2 aku datang sejauh ini untuk melihat watak Hariz..
Lagu-lagu yang indah menjadi latar filem ini pasti menambah rasa lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah berada dalam situasi ini..aku sendiri pernah merasakan perit dan pedihnya mencintai seseorang..merindui seseorang..dan kemudiannya dikhianati orang tersebut..kata-kata Izzah ada benarnya;
“Cinta itu tidak kejam. Cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta..”
satu lagi kata-kata yang membekas dalam hati aku;
“....itukan bukan redha tapi pasrah..redha itu ikhlas pasrah itu menyerah..”
dalam perjalanan..hujan gitu..
~ selamat sampai..
Posted by Nyzal Aziz at 1:50 PM 5 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti, ombak rindu