CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Monday, March 28, 2011

Jujurnya Kamu..



Danish : Mummy, saya tengok mummy nih dah gemuklah..
Me : Iyer ker?
Danish : Iyerlah..
Me : Kalu gemuk, tak cantik ker?
Danish : Cantik..tapi kalu mummy kurus macam zaman dulu-dulu lagi cantik..muka pun
takder bintik-bintik..
Me : Alah! Mummy dah tualah..anak pon dah tiga..
Danish : Lupalah..mummy gemuk pun sebab saya dan afham dan amjad dah keluar dari
perut mummy..kalu tak mesti mummy kurus macam dulu-dulu..
Me : Tau takpa... :)

Monday, March 21, 2011

Tips Mendidik Anak-Anak Cemerlang

Just for sharing..terjumpa artikel nih masa tengah google mengggoogle..
Mintak izin yang berkenaan untuk share ngan kengkawan lain..moga sama-sama kita mendapat manfaat..

Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:

Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua:

Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga:

Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat:

Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. kaedah Soal jawab
Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Selepas baca, bolehlah beramal...

Sunday, March 13, 2011

Tat Telur


Dah lama nak makan tat nih..dan mood nak membuatnya asyik tertangguh aje..
Cuaca pada Jumaat arituh membuatkan niat nak keluar lepak bersama anak-anak
adalah tersangat malas..

Sudahnya...layan buat tat lagi bagus..aku buat 1 1/2 adunan memandangkan anak-anak pon suka..dapatlah dalam 70pcs lebih kot..peehhh...memang puas makan..huhuhu..
patutlah aku makin gebus dibuatnya..muahahaha...

Resepinya dari belog Kak Liza kita..http://hanieliza.blogspot.com
Mintak cnp yer kak..tq

Bahan Kulit:
500 gm tepung gamdum
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
(petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukkan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit.
9. Sejukkan dan hidangkan.

Filling Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning

Cara:
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak



~ Ni proses nak menyiapkannya..abaikan si amjad yang tunjuk muka kenyang pulun tat..ahakss..

Thursday, March 10, 2011

'Chenta Hati'





Inilah 'Chenta Hati' aku..

Pejam celik dah besar hero-hero aku nih..

Mummy Sayang sama kamu...

Wednesday, March 9, 2011

Butter Teddy Cookies



Malam tadi berjaya juga aku buat cookies untuk anak-anak yang dah lama plan nak buat..dapatlah dua balang lebih..kesian kat si amjad..dia nih nak kene ada je biskut..baru bleh diam..kalu tak berpeel..cam2 resepi yang terasa-rasa nak cuba..mula-mula ingat nak wat my fav biskut famous amous style tuh..tapi dah pernah buat..

Tup-tup godek blog masakan geng-geng bloger yang memang suka dan pandai masak nih..terjatuh chenta ngan resepi ni..kiut lak tuh..thanks hana..kita mintak izin cnp sini yer..

Butter Teddy Cookies
source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
• 8 oz mentega tanpa garam
• 1/2 cawan gula halus
• 1/4 sudu kecil garam
• 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
• 1 biji kuning telur
• 2 1/2 cawan tepung gandum (tambah jika perlu)
• pewarna coklat@ coklat emulco
• cip coklat secukupnya

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan garam dan esen vanila.
3. Tambah kuning telur dalam adunan. Pukul lagi.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul rata.
5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Tambah pewarna coklat ke dalam bahagian
doh yang lebih sedikit. Biarkan satu bahagian dalam warna asal.
6. Balut doh dengan cling wrapper dan simpan dalam peti sejuk sekurang-
kurangnya sejam.
7. Keluarkan doh dari peti sejuk. Bentukkan bulat besar dengan doh warna asal
dan dua bulat kecil dengan doh coklat. *disebabkan saya lebih gemar biskut
yang lembut jadi doh yang dibuat kurang tepung dan mudah dipipe dengan
piping bag.
8. Letak dua cip coklat untuk mata. * boleh guna ising untuk membentuk mulut
teddy. (hana gune adunan yg coklat tuh utk buat mulut)
9. Bakar dalam oven (pre-heated) selama 15 minit dengan suhu 170C.
10. Nota: untuk membuat loli-cookies, cucuk lidi (stick) atau batang loli di
bahagian bawah biskut.

Mencabar jugelah nak buatnya..sebab amik masa skit..dahlar esoknya keje..si amjad lak yang jadi ketua buat kacau..sampai atas meja dia..jenuh kene marah..buat ded jee..

Cookies yang lain tu menggunakan adunan yang sama cuma tambah kacang yang telah dikisar..teddy yang satu lagi tuh..sebab dah malas..lebih2 dah malam sangat dah..campo dua adunan terap terus..bebudak ini kalu tengok mummy tak tido lagi..jangan harap..

baru masak..

Tuesday, March 8, 2011

Banana Muffin



Aktiviti minggu lepas..sempat buat muffin pada pagi jumaat..cik mok ada tebang pokok pisang dia yang ditanam kat belakang umah..dapat satu tandan..tinggal balance dalam dua sikat..yang lain dah abis dimakan begitu saja dengan dibuat jemput2 pisang..

Terasa teringin nak cuba buat..terus godek2 resepi..belasah saja di situ..inilah hasilnya..aku buat tak manis sangat takut mak abah aku tak suka..

Ini resepinya pada sapa yang nak cuba buat..terima kasih pada tuan punya resepi
http://fiqah99.blogspot.com
mintak izin yerr...cnp kat sini...

Bahan-Bahan;

3 atau 4 biji pisang (lebihkan pisang jika ingin ia lembab sedikit)
1 atau 1/2 cawan gula pasir
1 biji telur dipukul ringan
1/3 cawan mentega dicairkan
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan tepung gandum


Cara-Cara
~~~~~~~
1. Pisang dilecekkan terlebih dahulu. Satukan pisang bersama gula, telur dan juga mentega yang telah dicairkan tadi.

2. Ketepikan, dalam sebuah mangkuk yang lain satukan tepung, garam, baking powder dan juga baking soda.

3. Satukan bahan basah dan kering, kacau sebentar saja.

4. Masukkan dalam tin pembakar muffin ataupun casing muffin.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius kira-kira dalam 20 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger