Taaddaaa….inilah hasil cookies yang aku buat ari sabtu lepas..dah lama plan nak try buat cookies cam gini..apa lagi resepinya tanya pak cik google..oleh kerana aku ni bukan kreatip sangat..lak tuh baru pertama kali mencuba..inilah hasilnya..
Pada yang nak cuba nih resepinya yang aku amik dari MamiFami nyer belog..time kasih tuan umah yer..tapi tuan umah nyer cookies lagi….comelll…
COOKIES
Ingredients :
250 g margarine
140g castor sugar
2 egg yolks
1 teaspoon vanilla essence
1/2 teaspoon baking powder
410g cookies flour
Method :
1. Sieve flour and baking powder. Set aside.
2. Cream margarine and sugar. Add in egg yolks one at a time. Add in vanilla essence. Continue beating.
3. Add sifted dry ingredients till a soft dough is formed.
4. Keep in the fridge for 30 minutes.
5.. Roll to the thickness desired. Cut using a cookie cutter. Arrange on a baking tray lined with greaseproof paper.
5. Bake in a preheated oven till golden brown. I used fan-oven at 150 C for 30 minutes.
6. Leave to cool completely before decorating with fondant or royal icing.
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Monday, January 17, 2011
My Cookies
Posted by Nyzal Aziz at 11:10 AM 3 Lalala
Labels: Masak-Masak, Sugar Cookies
Wednesday, January 5, 2011
Do You Hate Someone?
Artikel nih aku dapat dari BFF aku Syikin..dan rasanya lebih bermakna untuk dikongsi...
Ceritanya;
A kindergarten teacher has decided to let her class play a game. The teacher told each child in the class to bring along a plastic bag containing a few potatoes. Each potato will be given a name of a person that the child hates. So the number of potatoes that a child will put in his/her plastic bag will depend on the number of people he/she hates.
So when the day came, every child brought some potatoes with the name of the people he / she hated. Some had 2 potatoes; some 3 while some up to 5 potatoes. The teacher then told the children to carry with them the potatoes in the plastic bag wherever they go (even to the toilet) for 1 week.
Days after days passed by, and the children started to complain due to the unpleasant smell let out by the rotten potatoes. Besides, those having 5 potatoes also had to carry heavier bags. After 1 week, the children were relieved because the game had finally ended....
The teacher asked : "How did you feel while carrying the potatoes with you for 1 week?"
The children let out their frustrations and started complaining of the trouble that they had to go through having to carry the heavy and smelly potatoes wherever they go. Then the teacher told them the hidden meaning behind the game.
The teacher said : "This is exactly the situation when you carry your hatred for somebody inside your heart. The stench of hatred will contaminate your heart and you will carry it with you wherever you go.If you cannot tolerate the smell of rotten potatoes for just 1 week, can you imagine what is it like to have the stench of hatred in your heart for your lifetime???"
Moral of the story : Throw away any hatred for anyone from your heart so that you will not carry sins for a lifetime. Forgiving others is the best attitude to take!
Sekian..:)
Posted by Nyzal Aziz at 3:53 PM 0 Lalala
Labels: Dalam Rasa
Chocolate Chip Cookies
Bosan-bosan..godek dapur buat biskut nih...sebab tak larat nak beli biskut hari-hari untuk si Amjad..
Si Amjad suka benor makan biskut..try buat biskut sendrik macam lagi best dan puas hati..lebih-lebih lagi dibuat dengan penuh kasih sayang (seperti biasa ayat takleh blah)..
..tak sempat lama..licin..sapa nak cuba aku share resepi nih..aku dapat dari BFF aku Yune dan juga Syikin..aku nyer version otter sesuka hati base on resepi ni..heheheh..
Bahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg )
190 g mentega- lembut
45 g gula perang
80 g gula kastor/icing
220 g tepung gandum
1/2 sk baking soda
1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap)
1/2 sk esen vanilla
170 g choc chip
170 g badam cincang kasar- di panggang (aku tuko ngan kacang tanah)
1 biji telur -yg sedang
Cara-cara
1. Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
2. Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
3. Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang
dan di gaul hingga rata dan sebati.
5. Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut
suhu kepanasan oven masing2..selalunya 180'..
dah siap...puas hati tengok amjad makan..misi berjaya..
Posted by Nyzal Aziz at 3:31 PM 1 Lalala
Labels: Choc Chip cookies, Masak-Masak
Apple Pie / Tart
Resepi nih aku pernah cuba buat sekali..aku amik resepi dari blog masakan Kak Hanieliza...korang bleh p terjah blog dia untuk resepi nih..Tq kak...huhuhu..
Selamat mencuba..
Posted by Nyzal Aziz at 3:19 PM 0 Lalala
Labels: Apple Pie/Tart, Masak-Masak
Cream Puff
Cuti tahun baru arituh aku try google resepi ini sebab suka sangat..selalu beli RM1 for 4 pcs saiz kecik..sekali ngap sekejap je..tak puas makan..so, try buat sendrik..dan menjadik..Sapa yang nak try bleh cuba resepi di bawah yer..(kredit pada tuanpunya resepi yang dah tak ingat amik kat mana..)
Pastry Choux
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur
Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.
Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.
Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.
Posted by Nyzal Aziz at 2:05 PM 0 Lalala
Labels: Cream Puff, Masak-Masak
TUTUP BUKU LAMA, BUKA BUKU BARU...
Banyak suka duka yang aku alami sepanjang tahun 2010…memang dugaan yang datang menguji kesabaran di hati..namun aku pasrah dan redha kerana aku percaya..Allah Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...aku percaya segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Semoga kehadiran 2011 ini membawa segala keberkatan dan rahmat buat aku dan anak-anak..Tiada yang lebih membahagiakan selain bersama dengan mereka..melihat mereka membesar di depan mata ..akan ku curahkan segalanya buat 3 permata hati ini..anugerah dan amanah Allah yang tidak ternilai...
Buat Anak-Anak Mummy,
(Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham dan Muhammad Daiyyan Amjad)
Mummy amat menyayangi kalian..kalianlah permata hati mummy dunia dan akhirat..akan mummy pimpin kalian bersama-sama mengharungi onak dan duri hidup ini…jangan bimbang..mummy tak akan meninggalkan kalian keseorangan..mummy akan sentiasa mendoakan kesejahteraan, kejayaaan dan kebahagiaan kalian di dunia dan akhirat…
Posted by Nyzal Aziz at 12:39 PM 0 Lalala
Labels: Tahun Baru
Tuesday, January 4, 2011
Bila Otomen Ke Sekolah
~ Danish kat sekolah..tersangatlah macho..
Tahun 2011 muncul jua…Selamat Tahun Baru 2011 untuk semer kengkawan..semoga bahagia dan suksess selalu..
Pehhh..aku tersangatlan bznya di minggu pertama tahun baru ini..apa lagi..bz dengan anak-anaklah..tahun ini..si Danish dan masuk Tahun 1..dan si Afham kiranya baru nak masuk 4 tahun ku hantarkan ke tadika..anak-anak teruja nak ke sekolah..mummynya ini lagilah teruja..aku lak yang tak sabar nak tunggu pagi..siapkan diorang ke sekolah..dan aku adalah amik cuti ari ini..over jee..semestinya saat-saat indah sebagai seorang ibu ini tidak akan ku persiakan..tiada yang terindah apabila melihat anak-anak membesar di depan mata..di bawah jagaan kita..terasa sayu hati ketika mandikan mereka..pakaikan pakaian sekolah, sikatkan rambut, pakaikan stokin, kasut....siapkan bekal..dan hantar mereka ke sekolah..wahhh..dah besar anak-anak mummy...
Melihat mereka melangkah dengan berani dan penuh semangat..memberi kekuatan di dalam hati ibu seperti aku..perasaan bangga bercampur baur..yang penting..aku rasa bangga dengan diri aku sendiri..aku bangga dengan anak-anak ini..
Anak-anakku,
Belajarlah rajin-rajin..timbalah ilmu pengetahuan sebanyaknya..mummy doakan kamu berjaya di dunia dan akhirat..mummy sayang sama kamu...
Afham pon tersangatlah baiknya..dia pon tak nangis..dan suka ke tadika..