CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Monday, January 16, 2012

Sebagai manusia, kita sayang padamu...


Itulah ungkapan yang selalu dituturkan oleh Saifudin atau Laksamana Sunan. Siapakah Laksamana Sunan?

Sebuah watak yang begitu hidup yang diwujudkan oleh saudara Ramlee Awang Murshid dalam siri ini yang bermula dengan Bagaikan Puteri (2005), Cinta Sang Ratu (2008), Hijab Sang Pencinta (2009), Cinta Sufi (2010) dan Sutera Bidadari (2011). Kata saudara Ramlee, Saifudin bukannya wali tapi sekadar watak fiksyen yang diwujudkan dalam siri epik ini. Andai terkesan sehingga tersentuh hujung hati, maka itu adalah kurniaan Allah.



Menemui watak Saifudin (Laksamana Sunan) dalam Bagaikan Puteri secara tidak sengaja ternyata menarik hati aku untuk terus mengenali siapakah dirinya. Cinta agungnya pada Allah melangkau segalanya membuatkan diri aku merasa begitu kerdil. Raut wajah seperti diterangi bulan purnama dengan susuk tegap. Pengembaraan dan perjuangannya untuk menentang kejahatan sangat menusuk dan meruntun hati. Sanggup lepas tu aku plak yang berjuang mencari sambungan novel ini di kedai-kedai buku. Memang ketinggalan zaman betul. Sejak dah beranak pinak nih, memang lama dah tak layan novel sebab selalunya novel nih mesti berkisahkan kisah cinta. Rasa macam dah tua untuk aku feeling-feeling. Lebih-lebih lagi bila dah merasai sendiri pengalaman bercinta yang lebih ‘indah khabar dari rupa’..opssss...Tapi kira ok juga sebab aku tak perlu menunggu lama untuk membaca sambungannya..kalu tak mau angau aku.

Aku mula-mula tertarik dengan karya saudara Ramlee secara tak sengaja bila aku ke kedai buku untuk mencari buku latihan danish. Lama tak membaca novel membuatkan aku tertarik hati untuk ke rak novel. Mulalah hajat di hati rasa nak start baca novel semula untuk memenuhi masa lapang..konon kalau adalah kan..banyak sangat novel membuatkan aku tak tau nak pilih yang mana. Kebanyakannya menyajikan kisah cinta. Akhirnya aku tertegun pada karya saudara Ramlee yang bila aku belek kebanyakannya adalah berkonsepkan cerita thriller yang mana memang kesukaan aku. So, pada hari itu aku memilih Ungu Karmila.

Memang lain dari yang lain cara penyampaiannya. Akhirnya aku mula jatuh cinta pada penulisan saudara Ramlee dan berazam setiap bulan akan ku beli satu naskah novelnya sebagai koleksi. Tidak silap percaturan aku bila aku mula jatuh cinta pada Saifudin iaitu Laksamana Sunan, seorang lelaki berduka dari Tanah Rencong. Garapan saudara Ramlee pada watak ini sangat menarik seolah-olah Saifudin benar-benar hidup. Cintanya pada Allah melebihi segalanya dan membuatkan aku tersedar sesungguhnya cinta pada Allah adalah cinta yang abadi....



~Marah itu Api, Dendam Itu Bara..






Aku rasa ramai peminat-peminat di luar sana mengharapkan agar kisah ini difilemkan di layar perak.. Pasti akan jadi sehebat novel Harry Potter hasil karya J.K. Rowling. Agaknya siapalah pelakon yang sengsuai untuk watak Saifudin nih..mmmmm..

~ Koleksi kesayangan aku, Kisah pengembaraan Saifudin aka Laksamana Sunan..dengarnya ada sambungan lagi iaitu Sunan Musafir bakal menyusul bulan April..tak sabar nak tunggu..


~Antara koleksi novel karya saudara Ramlee..(berangan nak dapatkan semua ni..Insya Allah)

Apa-apa pun tahniah untuk saudara Ramlee. Semoga terus diberi kekuatan untuk menghasilkan karya yang terbaik. Aku dah jadi salah seorang peminat beliau. Lepas nih nak buat koleksi novel dia. Dengarnya novel baru Fiksyen 302 terbaeekkk...Pada korang, yang masih belum memiliki novel ni, silalah yer..bagi aku tak rugi kerana banyak nilai yang positif boleh kita ambil daripadanya...Selamat membaca..

Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang Tahun Baru 2012



Selamat Datang Tahun Baru 2012..

Alhamdulillah..masih diberi peluang oleh Yang Maha Berkuasa untuk menyedut udara di tahun 2012..

Jejak-jejak 2011 sudah ditinggalkan..suka dan duka..terima kasih Allah atas kebahagiaan dan ketenangan ini..aku percaya qada dan qadarMU..setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..

Tak pernah buat azam pon..tapi tahun nih tiba-tiba rasa nak buat azam..azam aku cuma nak memperbaiki kekurangan diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik..anak yang membahagiakan kedua ibu bapa..dan mummy yang hebat untuk anak-anakku..Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham dan Muhammad Daiyyan Amjad..

Mummy sentiasa berada disisi kamu..menyayangi kamu....


Pada semua rakan di maya ini..semoga tahun ini membawa seribu rahmat, keredhaan Allah dan kebahagiaan dalam hidup kalian..semoga apa yang dicita-citakan dapat dicapai..Insya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger