Semalam 17hb Mei adalah hari ulangtahun kelahiran yang ke-24 adik lelaki aku Mohd Azahari yang kami panggil dia 'Adik' atau 'Achik'...adik aku yang keempat dan nombor lima dari enam adik beradik..merangkap baby sitter kepada anak-anak sedaranya..
So, petang tuh..aku buatkan dia kek untuk meraikan dia..nih kiranya percubaan kali kedua aku untuk buat dan hias sendiri kek harijadi selepas kek harijadi danish Februari lalu..so, itulah hasilnya...mungkin tak seindah dan sesedap kek yang dibeli di kedai..tapi yang pastinya..aku berpuas hati sebab dapat buat sendiri dengan penuh kasih sayang...
Eppy Birthday Achik..moga panjang umur dan mendapat kerja yang bagus...serta jodoh yang dapat membahagiakan dirimu..terima kasih banyak-banyak sebab selama ni sanggup melayan karenah tiga anak sedara yang nakal-nakal ni..serta memberikan kasih sayang seorang 'ayah' kepada mereka..hanya Allah yang membalas ehsan mu itu...sayang sama kamu...
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Wednesday, May 18, 2011
Eppy 24th Birthday Achik!!
Posted by Nyzal Aziz at 9:52 AM 3 Lalala
Labels: Birthday, Masak-Masak
Monday, May 16, 2011
Puding Marble
Terbekenan aku tengok kelawaan puding kat umah Kak Wan kita..jenguk kat umah Madiha, pon ada puding cantik nih..apa lagi aku..mulalah..
Pastu gigih aku menery malam-malam buta..gilo betul..
Akunyer puding lembek sikit..terlebih ayaq ..so, susah nak megangnya..taklah hancur luluh..tapi tak cantiklah..kaler pon salah pilih..
Rasenya ok lah kot..sebab bagi aku aku cam tak gemor lak rase cokelat dalam puding..
tapi si afham suka..rerasanya aku lebih suka agar2 biasa je kot..cam agar2 sirap mak aku..huhuhu...
sapa nak try..bleh jengah resepi umah madiha yer..http://mamawandiha.blogspot.com
Posted by Nyzal Aziz at 2:03 PM 0 Lalala
Labels: Masak-Masak, puding
SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru diucapkan pada semua guru-guru di luar sana..tak lupa juga pada cikgu-cikgu yang mengajar aku dahulu di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Kuala Terengganu..jasa kalian dikenang hingga ke akhir hayat...moga kalian sentiasa dirahmati Allah..
Pada kawan-kawan kesayangan aku yang bergelar guru di luar sana terutamanya Awie, Alin, Mate Ilah, Rosmazaila, Salina, Shaifulnizam, Rosni, Zarila, Kak Min, Ana Shahida, Kumat, Kak Ina Hashim, Kak Zila, Malyanie dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat dah..korang memang HEBAT !! Teruskan berjuang mendidik anak bangsa..aku BANGGA dan SAYANG sama korang...bukan semua orang boleh jadi cikgu tau..
Sempena hari guru nih..aku dan danish ada plan untuk bagi sedikit ole-ole yang tak seberapa sebagai ucapan terimakasih kerana bersusah payah mengajar selama ini..memang tidak seberapa dan setimpal dengan apa yang telah cikgu lakukan..sekadar ingatan di hari ini..yang pentingnya..dibuat dengan penuh kasih sayang oleh aku dan anak-anak...
Kepada semua cikgu anak ku Muhamad Danish Aiman (Sekolah Kebangsaan Losong Kuala Terengganu)dan Muhammad Durrani Afham..terima kasih atas segalanya..jasa cikgu dikenang...semoga kalian dirahmati Allah...
Posted by Nyzal Aziz at 9:29 AM 1 Lalala
Labels: danish, selamat hari guru
Monday, May 2, 2011
Bubur Nasi 'Aku Cinta PadaMu'
Ahaks..cam ngengada plak nama bubur nasik aku nih...sebab ada corak luv2 tuh..
so, aku namakan dia gitu..tanda aku CINTA pada anak-anak aku ni..kat Terengganu kiranya cuti berderet juge sempena Hari Pekerja 1 Mei..sebab jatuh dekat weekend..
tapi cuti nih tak berapa boleh nak outing sangat..memandangkan otomen tiga aku nih tak sihatlah plak..
Si danish demam, afham plak selsema, amjad pon selsema dan batuk-batuk..aiseyy,..tersangatlah membuatkan hati ibu seperti aku ini gundah gelana..otomen ini memang cam kembar..kalu sorang sakit..jawabnya berjemaah..Semalam aku buatkan diarang bubur nasik ni..alhamdulillah..selera makan..si danish sampai bertambah-tambah..siap bagitau aku dia tambah sampai 4x..lega tengok dia selera makan..malam pon tanyakan bubur lagi..alhamdulillah...dah beransur sihat dia..pagi tadi pon dah ke sekolah..
Posted by Nyzal Aziz at 10:27 AM 0 Lalala
Labels: Bubur, Masak-Masak