Pejam celik dah menjangkau usia 36 tahun aku pada 2hb Jun nan lalu.. Pehh...tua gila seehhh...veteran sudah.. Alhamdulillah..aku bersyukur pada Allah kerana pada detik ini aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini..masih berpeluang mengecap kebahagiaan dengan tiga orang hero dambaan hati ku.. Ya Allah ! KAU rahmati dan berkatilah setiap langkah ku ini..berikanlah aku kesabaran, ketabahan dan keimanan untuk menempuh segala dugaanMU..jadikanlah aku hambamu yang sentiasa bersyukur dan mengingatiMu pada setiap langkahku..Amin...
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Monday, June 4, 2012
Wednesday, May 30, 2012
TEMPAHAN CREAMPUFF
Minggu-minggu lepas adalah bz menerima tempahan creampuff..Repeat order..lagi dan lagi..dan lagi..alhamdulillah..jenuh nak membuatnya..pagi-pagi seawal 3 am dah bangun..siap semua bergegas nak ke pejabat dan hantar anak sekolah plak..walaupun penat tapi seronok..
budak comel yang bangun untuk temankan mummy..tapi dia layan game lah..:)Posted by Nyzal Aziz at 11:12 AM 0 Lalala
Labels: Cream Puff
HARI IBU DAN HARI GURU
Assalamualaikum korang..
Lama dah tak menjengah blog nih..kemalasan melanda..ditambah sibuk dengan mengurus anak-anak dan sedikit tempahan yang diterima..
Motip je kan baru nak buat entry pasal Hari Ibu dan Hari Guru..basi sudahhh...
Tak kisahlah kan..just nak share apa yang dah berlaku pada kedua hari tersebut..
HARI IBU..
Aku dapat kad yang dibuat sendiri dari Danish..sangat suweeett..sebab dia buat sendiri kad tuh bukan cikgu yang suruh..patutlah senyap dalam bilik..rupanya tengah buat kad..dan pada hari itu juga aku dapat kek swiss roll dari danish..kata atuknya gigih ajak atuknya ke kedai kek lepas sekolah sebab nak beli kek untuk mummy..yang kelako dia siap kene marah ngan atuknya pasal itu sebab akukan selalu masakkan diarang kek..apahal plak tetiba nak beli kek kat kedai..kesian danish..hahahaha
Inilah kad yang suweeet itu..tq sayang..

Posted by Nyzal Aziz at 10:56 AM 0 Lalala
Labels: selamat hari guru
Monday, May 21, 2012
Yang DiTunggu Sudah Tiba - Sunan Musafir
Thursday, April 12, 2012
Chilled Strawberry Cheese Cake - yummy!!
Assalamualaikum korang..
Baru berkesempatan nak letak aktiviti memasak minggu lepas..agak sibuk juga..siap ada tempahan cheese cake dan karamel dari kengkawan terdekat..tempahan biasa-biasa je.
Dah lama plannya nak buat cheese cake stoberi nih lepas mencuba buat blueberry cheese cake..danish hari2 mengharuk soh buatkan..tapi kene tunggu mummy dia ada mood dolo ditambah hari tuh payah nak berjumpa buah stoberi nih..jenuh mencarik di beberapa pasaraya kat sini..nan ado..tup-tup arituh ternampaklah stoberi nih..apa lagi terus beli..tapi masa tuh tengah sibuk ngn tempahan kengkawan so postpone dolo..siap sampai separuh dah lebam sangat..ngeeeee...
So, akhirnuya siap juga cheese cake aku ni..memang mabeless..separuh ku bawak ke office, seperti biasa bagi food tester aku layan dolo..dan seperti biasa juga..balance tuh dihabiskan si danish..siap soh buat lagi..adeeeiii...ini budak..hantu betul ngan cheese cake..
Resepinya ku amik dari belog Che Mat Gebu kita..thank you Che Mat..mintak halalkan..korang carik yer..kalu nak cuba..(mood: keciwa sebab pendrive ada resepi rosak)..
Yang kelakonya tuh..salah seorang dari kawan aku yang jadi tester tuh terus mintak buatkan nak bagi encip sominya..alhamdulillah...rezeki dari Allah..
Posted by Nyzal Aziz at 8:59 AM 0 Lalala
Labels: Masak-Masak



