Assalamualaikum korang..
Lama dah tak menjengah blog nih..kemalasan melanda..ditambah sibuk dengan mengurus anak-anak dan sedikit tempahan yang diterima..
Motip je kan baru nak buat entry pasal Hari Ibu dan Hari Guru..basi sudahhh...
Tak kisahlah kan..just nak share apa yang dah berlaku pada kedua hari tersebut..
HARI IBU..
Aku dapat kad yang dibuat sendiri dari Danish..sangat suweeett..sebab dia buat sendiri kad tuh bukan cikgu yang suruh..patutlah senyap dalam bilik..rupanya tengah buat kad..dan pada hari itu juga aku dapat kek swiss roll dari danish..kata atuknya gigih ajak atuknya ke kedai kek lepas sekolah sebab nak beli kek untuk mummy..yang kelako dia siap kene marah ngan atuknya pasal itu sebab akukan selalu masakkan diarang kek..apahal plak tetiba nak beli kek kat kedai..kesian danish..hahahaha
Inilah kad yang suweeet itu..tq sayang..

About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Wednesday, May 30, 2012
HARI IBU DAN HARI GURU
Posted by Nyzal Aziz at 10:56 AM 0 Lalala
Labels: selamat hari guru
Monday, May 16, 2011
SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru diucapkan pada semua guru-guru di luar sana..tak lupa juga pada cikgu-cikgu yang mengajar aku dahulu di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Kuala Terengganu..jasa kalian dikenang hingga ke akhir hayat...moga kalian sentiasa dirahmati Allah..
Pada kawan-kawan kesayangan aku yang bergelar guru di luar sana terutamanya Awie, Alin, Mate Ilah, Rosmazaila, Salina, Shaifulnizam, Rosni, Zarila, Kak Min, Ana Shahida, Kumat, Kak Ina Hashim, Kak Zila, Malyanie dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat dah..korang memang HEBAT !! Teruskan berjuang mendidik anak bangsa..aku BANGGA dan SAYANG sama korang...bukan semua orang boleh jadi cikgu tau..
Sempena hari guru nih..aku dan danish ada plan untuk bagi sedikit ole-ole yang tak seberapa sebagai ucapan terimakasih kerana bersusah payah mengajar selama ini..memang tidak seberapa dan setimpal dengan apa yang telah cikgu lakukan..sekadar ingatan di hari ini..yang pentingnya..dibuat dengan penuh kasih sayang oleh aku dan anak-anak...
Kepada semua cikgu anak ku Muhamad Danish Aiman (Sekolah Kebangsaan Losong Kuala Terengganu)dan Muhammad Durrani Afham..terima kasih atas segalanya..jasa cikgu dikenang...semoga kalian dirahmati Allah...
Posted by Nyzal Aziz at 9:29 AM 1 Lalala
Labels: danish, selamat hari guru

