Muhammad Daiyyan Amjad,
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiranmu yang KEDUA..
Betapa detik-detik masa pantas berlalu..
Berbekas lagi saat mengendungmu selama 38 minggu keseorangan..
Berbekas lagi momen sepurnama di hospital dalam resah gelisah penuh debaran.
Berbekas lagi parut luka tanda kau selamat menjengah ke dunia ini dengan tangismu yang menghilangkan segala duka di hati.
Muhammad Daiyyan Amjad,
KETAWAMU...KETAWAKU...
TANGISMU...DUKAKU...
Kita sama-sama mengatur langkah meneruskan percaturan hidup ini..tiada sesal di hati kerana memilikimu..Sayangku dan kasihku tiada hujungnya.
Doaku mengiringi setiap langkahmu..moga hidupmu sentiasa dipermudahkan..sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat..
"Happy 2nd Birthday My Little Angel"
Raya 2016 : SleepyJeremy Revisited
8 years ago
2 Lalala:
hepi besday Amjad....pipi labuh maintain trademark ye
happy birthday amjad! sekejap je da 2 tahun kan.. sebagai hadiah meh aunty geget pp tambam bam bam itew... gigit gigit gigit!
Post a Comment