Setia Ku Korbankan
Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran
Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan
( korus )
Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu
Demi cinta suci
Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan
Wah..tetiba jek entry aku petang-petang nih lagu jiwang zaman dolo-dolo..korang layan jeklah eekk..Entry nih aku masukkan sempena Anniversary aku yang Ke-7 ari nih..
“Eppy” 7th Anniversary untuk diriku..Perasaannya.....
Pejam celik, pejam celik ari nih dah menjangkau tahun ke-7 usia perkahwinan aku. Sudah 7 tahun aku bergelar isteri orang dan sudah 7 tahun aku melalui pahit manis, suka duka dalam melayari bahtera ini. Di anugerahi 3 cahaya mata lelaki yang kini berusia 5 tahun, 2 tahun dan 4 bulan adalah satu anugerah yang paling terindah.Mungkin bagi sesetengah orang usia ini masih baru..dan mungkin bagi sesetengah orang usia ini sudah cukup untuk mematangkan kita atau cukup buat kita mengenali siapa pasangan kita.
Mengenali ‘si dia’ pada September 1999 hanya sebagai rakan sepejabat akhirnya telah membuahkan bibit rasa sayang dan cinta aku padanya. Setelah yakin dengan kata hati, aku bersedia menanggung sebarang risiko dengan memilih ‘si dia’ sebagai raja di hati. Melalui berbagai dugaan dan rintangan, kami akhirnya disatukan pada 25hb Oktober 2002. Kasih kami dibuahi cahayamata. Masih ku ingat senyuman terukir di wajahnya saat aku memberitahu hasil scan terbukti anak ini adalah lelaki. Tanggal Februari 2004, Muhamad Danish Aiman lahir menjengah kami. Bergelut selama 16 jam berada dalam kesakitan masih aku ingati. Sakit bahagian pembedahan melahirkannya tidak terasa kerana keterujaan aku. Wajahnya sememangnya persis daddynya. Tanggal Jun 2007 dan 2009, bukti sayangku pada ’si dia’ bertambah..Ku hadiahkan dia dua orang lagi ’putera’ sebagai peneman.
Tuntutan kerja membuatkan kami terpisah. July 2004 ’si dia’ merantau ke Johor mencari rezeki mengikut syarikat baru. Manakala aku memilih untuk berada di kampung halaman ku sendiri, di Terengganu. Namun, rezeki tidak berpihak untuk ’si dia’ di Johor. Akhirnya dia ditawarkan bekerja semula di syarikat lama di Kuala Lumpur pada Januari 2006. Kami masih lagi terpisah.
Untuk Daddy..
Perpisahan ini tidak sedikit pun meluakkan cinta aku padamu. Bahkan sayang dan cinta ini makin segar dalam hati aku. Aku merinduimu setiap saat, setiap minit, setiap detik masa berlalu..Aku setia menunggu di sini..Tatkala rindu menggamit, baju kepunyaanmu ku peluk, ku cium..terngiang kata Danish yang baru berusia 2 tahun ketika itu..”Mummy, kenape menangis? Mummy rindu Daddy yer? Takpalah, saya kan ada..atuk ada..nenek ada..Daddykan pegi kerja..” Hangat ku rasakan apabila tangan kecilnya memelukku dan menyapu air mata di pipiku..Peh! Kata-kata anak kecil ini memang menabahkan hati aku..Daddy..peritnya bila berjauhan dengan mu..
Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) sememangnya menuntut pengorbanan yang besar. Ia menuntut kepercayaan, kesetiaan, kesabaran, kejujuran..hilangnya ia..goyahlah..Sikapku yang sensitif ditambah dengan sikap mu yang cool, ego.. mengundang padah..ku harap panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..Ternyata kasih ku dan anak-anak tidak cukup membahagiakan mu..aku tahu aku bersalah..namun kesilapanku tidaklah sehingga menduakanmu..tidaklah sehingga aku mengalih arah ku kepada yang lain..
Aku masih lagi setia di sini..mengharap kepulanganmu..
Kesilapanku hanya kerana aku menyayangimu, merinduimu..dan meletakkan kaulah segalanya dalam hati aku..dan balasannya..
Cukuplah..aku tidak mahu mengingati lagi saat-saat kelukaan itu..saat cinta dan kesetiaanku dihambat pergi..saat aku dihina seperti anjing..hanya kerana aku sayang pada mu...cinta padamu..aku percaya semua yang berlaku ada hikmahnya..aku redha dan pasrah..hati ini sudah memaafkanmu..at least aku sudah melakukan yang terbaik untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak-anakmu..sekurang-kurangnya aku telah berusaha untuk mempertahankan mahligai yang kita bina ini atas dasar sayang dan cinta kita ini dahulu..Maafkanlah aku andainya aku tidak cukup membahagiakanmu..aku berdoa kau akan beroleh kebahagiaan yang dicari...
Ps: Korang jangan muntah hijo plak dengar tahap kejiwangan aku petang2 nih..kasik can ah aku jiwang sekali sekala..
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Sunday, October 25, 2009
Setia Ku Korbankan
Posted by Nyzal Aziz at 2:32 PM
Labels: lagu jiwang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Lalala:
nanges!!!!!!!!
huwaaaaa next year aku plak PJJ
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Post a Comment