MERDEKA! MERDEKA!
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. sesungguhnya aku bangga menjadi warganegara negara yang bertuah ini. Semoga kemakmuran dan keamanan ini berpanjangan hendaknya untuk diwarisi anak-anak kita... Aminn..
Semalam ada sambutan hari kemerdekaan dekat tadika Danish. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi. Mulanya aku rasa cam tak boleh pergi memandangkan aku banyak kerja yang nak disiapkan hari ini. So, pagi tuh aku just hantar Danish ke tadika cam biasa dan terus ke pejabat. Tapi kat pejabat hati aku berbelah bahagi plak. Yerlah pada siapa lagi Danish nak harapkan kalau tak aku. Pulak tuh akukan dah berjanji untuk nak membahagiakan dan menggembirakan anak-anak aku nih. Siapkan mana yang penting dolo..terus aku pecut pi tadika Danish. Takderlah acara meriah mana pun sebab bulan ramadhankan tapi bagi aku yang penting aku berada di sisi Danish. Cuma ada acara mewarna untuk ibu dan anak. Terkejut si Danish tengok aku datang balik. Seronok ah dia. Aku tengok lukisannya pon dah start kaler-kaler dah. Begitu juga ibu bapa lain. Then, aku pon join samalah. Peh..letih jugak tangan nak main kaler-kaler nih. Rasa cam zaman kanak-kanak pon ada. Aku nih bukan orang yang kreatif sangat, so main belasah jek. Siap kaler terus aku pecut balik office. Tak tunggu sampai habis sebab cikgu dia cakap acara habis dalam pukul 12.30 pm. Nantikan tak siap kerja aku mati kena marah. Aku sampai office balik pukul 10.30 am. Heheh..kiranya sekejap jeklahkan aku memontengkan diriku..ngehh..ngehh..
~ Beria-ia mummy Danish nih..
~ Lukisan Danish
Yang kelakonya..tengahari mak aku call tanya aku masuk pertandingan apa sebab Danish balik bawak hadiah. Aikk..menang ker? Huhuhu..Pagi tadi masa aku hantar Danish ke tadika cikgu ucapkan tahniah bagitau kategori parents, lukisan aku dapat tempat pertama...dan Danish dapat tempat ketiga dalam kategori dia...hahahhaha..dapat nombor juga rupanya...even hadiahnya hanyalah set stationery dengan tupperware tapi bagi aku hadiah yang paling berharga adalah masa yang kami luangkan bersama dan senyuman manis Danish semasa aku bersama ngan dia...
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Wednesday, September 2, 2009
MERDEKA! MERRDEKA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Lalala:
Post a Comment