CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Monday, April 27, 2009

"BILA RINDU ITU DATANG"


‘BILA RINDU ITU DATANG…’

Peh..tajuk baik punyer..aku pon tatau sama ada nak tulis entry nih ato tak..
Tapi la nih perasaan aku sayu amat..lebih-lebih lagi selepas tengok pic aku satu ketika dolo…as a family…bila ku renung mata dan wajah anak2..terasa sayu dan syahdunya hati ini…terasa bersalah amat pada mereka..Salahkah aku menidakkan perasaan aku sendiri..hebatnya aku andainya sepantas kilat dapat melupakan kenangan dolo dalam sekelip mata..melupakan cinta pertama dan terakhirku semudah itu…Banyak dugaan yang kami hadapi sebelum dapat bersama..tentunya tidak mudah untuk aku menidakkan perasaan itu..namun aku kecewa kerana manusia mudah lupa pada janji dan mementingkan diri sendiri..namun, siapalah aku untuk menyekat bahagia orang..


“Anak-anakku sayang.."

Mummy minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat memberikan kalian kebahagiaan yang total..seperti orang lain…seperti keluarga lain..ada mummy…ada daddy..Maafkan mummy kerana tidak dapat mengekalkan kasih daddy pada kita. Mummy nak anak-anak mummy tahu sesungguhnya mummy telah cuba sehabis daya menjadi mummy dan isteri yang terbaik pada daddy selama ini..namun sebagai manusia biasa mummy tidak dapat melawan takdir. Mummy relakan daddy pergi demi mencari bahagia untuk dirinya. Kita tidak berhak untuk memaksa orang lain menyayangi kita. Mungkin mummy mempunyai banyak kekurangan sehingga daddy tidak merasa bahagia bersama kita. Maafkan mummy Nak…dan untuk baby dalam perut…selama 7 bulan usiamu dalam kandungan mungkin anakku sayang merasa hairan kerana tidak pernah mendengar suara ayahmu..yang ada hanya suara saudara-saudaramu..Mummy tidak pasti apa nasibmu Nak..sama ada sempat atau tidak merasa kasih sayangnya..andainya tidak…tidak mengapalah sayangku..kerana mummy tetap ada di sini untuk anak-anak mummy..tidak sesekali mummy akan meninggalkan kalian..walau susah atau payah sekalipun kita tetap akan bersama. Mummy nak kalian tahu kalianlah permata hati mummy..penghibur duka dan lara..kita akan merentasi rintangan hidup ini bersama-sama, suka mahupun duka..sayang korang sesangat..

7 Lalala:

mYpRecious said...

nak nanges lg buley??

sian kat abg,tencik dan baby..

:'(

Kak Nor sabor ek.. org tau kak Nor sgt kuat,kalo org lame doh kut meroyan..

dush dush kat itu org!! Huh!!

Ina Hashim said...

ala teddy...sedeynya akak...uwaaaaaaaaaaaa......takde apa yg boleh akak ucapkan melainkan byk2 bersabar....be strong for ur kiddos..akak doakan kebahagiaan buat teddy

Nyzal Aziz said...

kak ina,

thanks 4 ur support selama ini..ari nih ari blueslah plak..nyesal belek2 cd tadik..nak2 bila tgk pic anak2 ngn si dia...huhuhu...tetiba jek hati rasa cam tersayat2..

Nyzal Aziz said...

myprecious aka adikku eydah..

hehehehe...i'm ok..i'm ok..
tersayu plak bila nengok bb dlm womb tuh..tetiba jek teringat nasib anak sendrik..huhuhu..nnti ah aku wat n3 pasal newcoming ank sedara..ari nih nak layan blues jap..

Asz Azmi said...

Saya doakan, semoga akak n anak2 tabah n sabar menempuh dugaan ini.. kita hanya mampu merancang tp Allah yg telah menentukannya.. ~

Nyzal Aziz said...

Cik Asz,

Thanks wahai adikku...Itulah..semernya dah ditentukan..redah jeklah..

haza said...

teddy.. sabar ye dear.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yg memikul..moga mu tabah.. demi anak2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger