(Kenduri Kahwin)
Assalamulaikum semua..
Lama tak bersiaran.. Cuti sekolah sudah nak sampai ke penghujungnya, masih sempat lagi untuk meluangkan masa bersama keluarga. Aku pon baru balik daripada bercuti bersama anak-anak minggu lepas. Ke mana lagi aku kalau tak ke KUALA LUMPUR. Maklumlah aku pernah berumah dan bertangga di sini dahulu..hehehe..
Pada pagi Jumaat 24hb, aku dengan tiga hero dan my parents menaiki bas ke Kuala Lumpur. 25hb tu, kami ada kenduri kahwin di Rawang. Anak Che' Ngah kahwin. Che' Ngah ni adik mak aku. Memandangkan cuti sekolah, so aku dan anak-anak ikut sekali. Boleh jalan-jalan dan jumpa my BFF yang membina keluarga dan mencari rezeki di kota ini. Sambil menyelam,kita minum air..I like..
Kami sampai petang di Hentian Putra, adik aku si Jepp dan adik ipar aku datang jemput dengan dua buah kereta. Satu kereta mana cukup babe, dengan berbeg2 lagi. Malam tu semua lepak di rumah adik aku Ct dan suaminya Lee. Adik bongsu aku si Farah pon join datang dengan cousin kami dengan menaiki sebuah kereta dari Terengganu. Semangat diarang sambil nak ambik kesempatan shopping di sini..sabo jek ini budak main wat suprise lak dengan parents aku. Meriah weh..12 orang ko dengan saiz bagak2 gitu..mau nak meletup rumah Ct..tido pon bersepah..huhuhuh
Esoknya, dalam tengahari kami berkonvoi ke Rawang rumah Che' Ngah..nostalgia juga nak menjejak rumah Che' Ngah ni... sesat barat bila berpandukan peta pada kad kahwin. Maklumlah semuanya pertama kali berkunjung ke sini..ahaksss..
Sampai je semuanya dah kebulur lapar..apa lagi..seeerangggg.....
SELAMAT PENGANTIN BARU untuk cousin aku Azean dan pasangannya.. semoga berbahagia hingga ke Jannah..tahniah Che'Ngah dan Ayah Ngah sebab mendapat menantu yang baru.


Bertolak balik dari rumah Che' Ngah kami singgah ke IOI Mall. Pehhh..rambang mata aku. Rase cam nak hantuk kepala ke dinding Mall tu ada juga sebab geram hanya dapat menjeling-jeling dengan tak ikhlas memandangkan aku belum gaji..pulaknya banyak juga perancangan nak jalan-jalan ngan BFF aku ni..dalam tak ikhlas tu terbang juga dua tiga posen...gagagagga...
Next..aku sambung cerita lagi..
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Thursday, June 6, 2013
Riang Ria Cuti Sekolah 2013: Part 1
Posted by Nyzal Aziz at 9:08 AM 0 Lalala
Labels: Jalan-jalan, KL
Sunday, May 19, 2013
Kad Hari Ibu..Oh! Suweeettt...
Baru-baru ini dapat kad sempena Hari Ibu dari anak-anak kecilku ini..Dibuat oleh anak yang paling tak dok diam..siapa lagi kalau bukan si Afham di tadikanya..even wording dibuat oleh Cikgunya..tapi cara persembahan, anak-anak buat sendiri ikut kreativitinya..
I am suprise!!...sebab sangat kemas dan cantik..tak sangka budak seaktif Afham dapat buat secantik ini..Kengkadang aku ni memandang rendah pada Afham..maklumlah dia sangat tak reti dok diam dan unpredictable..huhuu...sorry yer Nak..Abah aku yang tukang ambik dia balik tadika pon ada mention yang Afham punya kerja paling cantik..kalau Abah aku sesaje je puji cucu dia, maaflah yer..ngeeee...
Then, Danish tambahkan wordingnya dari mereka bertiga..Oh..dah cukup indah hadiahnya dari mereka untuk aku..dan aku dah siap frame, gantung kat dinding rumah..tak over kan? kan?.....
Apapun, terima kasih kesayangan mummy ni..menyentuh hati....
Posted by Nyzal Aziz at 12:29 PM 0 Lalala
Labels: Dalam Rasa, Hari Ibu
Friday, April 26, 2013
Grading Taekwando - Danish
Assalamualaikum..
Salam hari Jumaat penghulu segala hari..semoga hari ini membawa seribu rahmat untuk kalian semua..
Baru balik dari ambik Danish bertaekwando di sekolah...yeaaaaa....anak mummy dah dapat 'yellow belt' nya...
Tahniah sayang...kira oklah tu utk permulaan kan..
Proud of you...

Ni pic masa hari Grading pada hari Jumaat dua minggu lepas..





Sunday, April 21, 2013
Jatuh Cinta - 'baked from heart'
Assalamualaikum...
Apa khabar korang semua..Harap semuanya sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah..Wahh..agak lama tidak bersiaran di sini..Harap ada lagi yang masih lagi sudi menjengah datang ke rumah hamba ini...:)
Alasan tak lain tak bukan bz lah tuh...heheheh..nanti aku updated cerita satu persatu ok..kali ni nak cerita pasal minat dan hobi aku nih..kiranya dah jatuh cinta gitu...
Alhamdulillah..secara rasminya NYZAL HOMEMADE - baked from heart telah aku daftarkan dengan SSM pada Julai 2012. Dari cinta dan minat menjelajah blog2 masakan dan kemudiannya mencuba resepi yang menarik hati aku. Food testernya adalah anak-anak, kawan-kawan dan sedara mara sehinggalah aku memberanikan diri mengambil tempahan yang minimum dari kawan-kawan dan saudara terdekat. Akhirnya lebih elok aku mengorak langkah ke hadapan sedikit dengan registerkan minat aku ini..bagi dia RASMI sikit..manalah tau kan kot-kot meletops nanti..heheheh
So far, alhamdulilllah aku dapat feedback yang positif dari kawan-kawan yang menempah. Sebab kekangan masa yang mana aku masih lagi bekerja di pejabat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari kecuali hari minggulah yer, so kiranya kerja-kerja membaking nih aku buat part time je dulu dengan tempahan yang minimum dan simple, produk yang aku tahu buat... maklumlah aku nih masih amatur. Nak ambik tempahan kek yang canggih manggih deconya, idoklah aku reti sangat..tapi In Shaa Allah aku sentiasa belajar untuk mendapatkan ilmu berkaitan walaupun secara tak rasmi.
Segala usaha dan rezeki dalam bidang membaking nih semuaya untuk anak-anak kesayangan aku tuh..maklumlah akulah IBU, akulah BAPA untuk diarang..demi mereka aku akan sentiasa berusaha..menyediakan yang terbaik..

Inilah logo aku..cantik tak? Terima kasih pada anakanda Kak Zuraini seorang blogger masakan yang glamer tuh sebab designkan aku nyer logo..sangat suka..moga aku pon akan jadik terer cam Kak Zu satu hari nanti,In Shaa Allah..Apa yang penting bagi aku..ini semua aku lakukan dari hati..memasak dengan rasa cinta dan sayang..huhuhuh..



Ni antara produk yang pernah aku hasilkan..harap selepas ini aku leh improvekan lagi skill mendeco nih...doakan aku yer kengkawan..semoga sentiasa ada rezeki untuk aku dan anak-anak..
Korang boleh like pages aku nih di Nyzal Homemade-'baked from heart'
Wassalam..
Posted by Nyzal Aziz at 3:23 PM 0 Lalala
Labels: Masak-Masak, Nyzal Homemade
Sunday, February 3, 2013
02 Februari - 9 Tahun Sudaaa..
Assalamualaikum korang..
Lama dah tak update blog..agak sibuk di office dan menyiapkan tempahan dari rakan terdekat.
Alhamdulillah..rezeki dari Allah...
Semalam, bertarikh Feb 2..anak bujang aku ni Muhamad Danish Aiman genap usianya 9 tahun...alhamdulillah..
Sekejap je masa berlalu..selamat ulangtahun kelahiran sayangku danish..mummy doakan semoga kamu
Sentiasa berada dalam rahmat Allah...berjaya dunia dan akhirat...mummy sayang kamu hingga hujung nyawa..
Macam biasalah, danish ni hantu cheese cake dan dia dah request cheese cake untuk birthday dia..so aku buatkan untuk bahagiakan anak bujang aku nih..tak sempat nak buat pizza..so beli je lah..
Bawak balik dan makan di rumah..takderlah buat majlis besaran..just makan biasa ngan famili yang ada.
Melihat dari senyumannya aku tau aku dah membahagiakannya...sayang kamu my danish.....:-)



