Assalamualaikum..
Minggu ni dan minggu lepas minggu memenatkan..penat ngan keje, ngan anak ngan project membaking....adeiii...minggu lepas aku dapat tempahan membaking buat kali pertama..taklah pertama gak sebab sebelum nih dah ada kenkawan yang mintak buatkan kek..tapi sikit je lah kan..stakat sebijik dua je..kali nih aku dapat dari kawan lama sekolah dolo..mintak tolong aku buatkan untuk majlis bertunang sepupunya..
Antaranya 50 pcs creampuff, 50 pcs muffin, 50 pcs puding, 2 bijik kek karamel dan 25 cuppies untuk hantaran..amik ko..sekali dapat berdesup..mula-mula tak konfiden gak..especially untuk cuppies tuh..tapi bila lagi nak mencuba kan..so, aku terima..siap buat plan semer..memandangkan aku kan kejer..tak akanlah nak monteng plak sebab nak siapkan tempahan..tak coollah kan..
Masa nak menyiapkan tuh macam-macam hal lah..tertinggal organizer kat office, tertinggal hp, cawan cuppies hilang 2-3 keping dan cam-camlah..dugaan betul..heheheh...tapi akhirnya siap seperti yang diminta..
Ini muffin vanila chip coklat
Creampuff
Puding jagung
Malam Rabu Ku buat kek karamel dolo..sebab dia boleh simpan dalam peti ais..lagi sedap..
Hari Khamis pulun buat yang lain..peeehhh...letih amat weehhh...berperang ngan anak lagi yang kunun nak tolong..tolong lambatkan lagi ada..tak tido aku dibuatnya...gilo...
nak2 bila buat cuppies tuh..serius aku tak pernah buat cuppies berfondant untuk hantaran lagi..tak pernah main ngan fondant pon..tapi sebab kawan aku mintak juga tolong buatkan soh aku belasah je...ngeeeeee....mmg lambatlah kan..untuk orang amatur cam aku...
Tepat jam 8 pagi semuanya siap..dan kawan aku pon dah call nak ambik pukul 9.00 pagi hari jumaat tuh..harap semuanya memenuhi permintaan beliau..maaflah yer Izai..kalau ada kekurangan..heheheh...
Memang letih amat..lepas tuh pulun tido aku..tapi manakan boleh lena kalau dah beranak pinak nih..tido-tido ayam je lah..petang plak ada majlis pertunangan sahabat terdekat..adeehhh...tambah nak pengsan..
Pengajaran yang aku dapat..kene keep belajar lagi..dan plan betul2..tapi satu kepuasan bila berjaya siapkan..yeaaaaaaaa.....
Cuppies Moist Choc
About Me
- Nyzal Aziz
- Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..
Thursday, March 22, 2012
Tempahan Pertama..Panik!!
Posted by Nyzal Aziz at 9:07 AM 0 Lalala
Labels: Masak-Masak
Wednesday, March 14, 2012
Anak Saudara Baru
Assalamualaikum..
Apa khabar korang? Harap semuanya sihat2 belaka..dah masuk cuti sekolah ni..mesti ada yang amik cuti spend time ngan anak-anak..selamat bercutilah yer.
Aku plak baru-baru nih dapat dua orang lagi anak saudara..dua-dua lelaki dari adik aku Eydah dan suaminya dan Jepp dan isterinya....meriahlah umah nanti..cucu parents aku dah bertambah dari 6 orang (4 lelaki dan 2 perempuan) kepada 8 orang..ramai cucu lelaki nampaknya..dah boleh buat team bola nih..
Ni lah orang baru;
Tengku Yusuf Izuddin
Lahir pada 1 Mac 2012, jam 9.03 pagi..adik aku Eydah dah suspen sebab dia dah keluar tanda pada pagi 28hb February tuh..riso kot-kot Yusuf keluar pada 29hb..jenuh nak nunggu 4 tahun sekali..siap berpesan-pesan tunggu lepas 29hb dolo..heheheh
tahniah untuk adik aku dan suaminya..ni kiranya anak kedua diarang..yang pertama pon lelaki..
Inilah abang Yusuf..
Tengku Iskandar Abqary..
Ini pulak anak saudara baru aku yang kedua..
Aaron Mikhail
Lahir pada 8hb Mac 2012 baru-baru ini..pukul 9.25 malam..di Hospital Manjung, Perak..
Anak ketiga adik aku Jepp dan isterinya..baby boy yang ditunggu-tunggu..alhamdulillah..sebelum ni diarang dah ada dua orang princess yang comel..
Ni lah kakak baby Aaron..
Damia Ramadhani
dan Faika Nurliyana..
tambah ngan hero bertiga aku tuh..sudah tergambar kekecohan bebudak ini nanti..tambahlah pening atuk ngan nenek korang..kekekek...
Posted by Nyzal Aziz at 10:21 AM 2 Lalala
Labels: Anak Saudara, Famili
Thursday, February 23, 2012
Arora Oh! Arora..

Assalamualaikum semua..
Merata-rata rumah bloger masakan tengah demam kek nih..
Kek Batik Arora..
Aku pon dah tertawan tengok 'kejelitaannya' yang warna-warni tu..
Kebetulan adik aku datang semalam..sebab nak makan cheese cake yang aku buatkan dan ambil minyak selusuh dia..so, aku buatkan kek ni..sebagai penebus rasa bersalah sebab cheese cakenya tinggal 2 keping je dibelasah danish..huhuhu...
Memandangkan dia pon dah sarat, tunggu hari je nak bersalin anak kedua..selagi belum masuk sesi berpantang nih..kene bagi rasa dulu kek nih..ahakss..
So far senang dan simple je..sebelum nih aku kan memang suka buat kek marble..tak jauh sangat dengan kek marble cuma bezanya dia ada lima kaler dan lima rasa..sedap..so, bagi korang yang belum cuba..silakan..
Resepinya aku copy and paste je yer..mintak izin pada tuan punya..
Sumber Resepi:De Nuanza
Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 inci)
250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
(aku buat perisa blueberry, strawberry, oren, pandan, coklat)
Cara-Cara:-
1- Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.
2- Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.
3- Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
4- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
5- Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan kedalam
adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)
6- Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.
7- Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-
masing (2 sudu besar setiap adunan, atur selang seli atas setiap tompokan).
8- Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180
darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam.
Selamat mencuba yer kawan-kawan...
Posted by Nyzal Aziz at 9:53 AM 0 Lalala
Labels: Kek Batik Arora, Masak-Masak
Tuesday, February 21, 2012
CHILED BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE

Cheese Cake..my fav gitu..tapi takleh makan selalu..nanti bam..bam..tak hengat..
Dah lama aku teringin nak cuba buat..besalah aku nih..hobinya..belek resepi kat blog..then, cuba..
Agak lama tak makan cheese cake ni..mood nak buat pon tenggelam timbul..mula-mula hajat hati nak buat strawberry cheese cake..jenuh meround cari buah strawberry..nan ado..tup2 terbekenan kek nih di rumah Kak Ita..cantik dan nampak sedap betul air tangan Kak Ita ni..apalagi..malam tadi ku start menery nya..
Buat dalam kol 10 malam gitu..maksudnya kene seimpan dalam esbox semalamanlah..danish dah sibuk tanya bila nak siap..memang fav dia..amjad pon..kesian plak sebab depa tatau cheese cake nih un-baked punya..so kene masuk esbox..esok baru leh makan..
Gigih aku pagi tadi bangun kol 5 pagi..pi intai dalam esbox..wahhh...dah keras..sukaaaa...letakkan fillingnya..dan potong bawak pi office..bagi kawan-kawan aku yang sememangnya sokmo kene jadi food tester..hahahah...abislah korang..tembam nanti..ahaksss...
Alhamdulillah..menjadi juga untuk kali pertamanya..cuma comotlah skit..sebab tak sabar nak kuarkan dari loyang..kekekek..tapi serius sangat sedap..lepas nih tak yah beli kek dah..buat sendrik je..boleh makan puas-puas..
Pada yang nak cuba..silalah..korang boleh pegi ke umah Kak Ita juga..Kak Ita punya lagi cantik..hehehe..pada Kak Ita terima kasih berkongsi resepi nih..kita copy paste yer..mintak izin..
Resepi:
Base:
100g biskut Oreo ~ buang filling tengahnya
45g butter ~ dicairkan
Adunan yoghurt cheese:
125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat
Sediakan loyang loose pan berukuran 5 inc.Alas dasar loyang dengan baking paper.
Biskut oreo yang telah di buang filling tengahnya dikisar halus. Gaulkan biskut oreo dengan butter hingga rata.
Kemudian tuang ke dalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat. Simpan dalam peti sejuk sebentar.
Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat. Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin. Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas.Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja.Biarkan ia suam.
Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan. Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati.Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati.Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata.Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelatin.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi. Sejukkan dalam peti ais ~ paling kurang 4 jam.
Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada sekeliling loyang 2 ~ 3 kali (suhu perlahan).Keluarkan cheese cake dan alihkan ke atas cakeboard.Hiaskan atasnya dengan blueberry filling.
Kepada semua 'Selamat Mencuba'
Posted by Nyzal Aziz at 11:43 AM 0 Lalala
Labels: Cheese Cake, Masak-Masak
Monday, February 20, 2012
Kata Orang : 'Tak Kenal Maka Tak Cinta' - RAM
mmmmmmmm...pernah dengar?
Bila dah jatuh cinta, jadi obses gitu..
Aku? Jatuh Cinta? Again? No...no..no..Tak kose.. :p
Tetiba je rasa nak nyanyi lagu nih ('Tertutup sudah pintu..pintu hatiku...bla..bla..)..erkk..poyo di situ..
Aku dah jatuh cinta ngan karya saudara Ramlee Awang Murshid (RAM)lahh...
Penegasan!! pada novel-novelnya yer..cakap kene terang..kan tak pasal aku kene tembak dengan kesayangan saudara Ramlee..ampun..:p
(Pesanan Hari Ini: Sila jaga adab anda apabila berkawan atau menyimpan minat pada 'hak milik' orang bagi mengelakkan salah faham dan juga fitnah..titik.)
Memang agak terlewat aku mengenali hasil karya beliau..maklumlah sebelum nih minat pada pembacaan dah lama berkubur semenjak beranak pinak nih..setakat baca majalah tuh bolehlah..itupon bergasak..masa dan ruang yang ada terhad sangat..sejak anak-anak pun dah besar..bukan baby lagi..masa terluang tuh bolehlah dicari..Kata Orang: 'Nak seribu daya, taknak seribu dalih'..
Sebelum ni ada entry yang aku masukkan mengenai karya RAM yang menjadi kesukaan aku..tak lain tentulah kisah Laksamana Sunan kan..sejak dari itu, aku berazam nak cari dan baca semua novel karya RAM..misinya pencarian di perpustakaanlah apa lagi..heheheh...
Bulan lepas aku dah baca Pei Pan, Mandatori, Cintaku DiHarajuku dan Semangat Hutan. Satupun tak mengecewakan aku..
Pencarian minggu ni aku dapat pinjam Ranggau, ADAM dan Tombirou Terakhir.
- Ranggau tu siap takder kulit depan tuh..heheheh
Yang paling best..kebetulan pulak..ada kawan aku yang nak let go koleksi novelnya..memang rezeki aku ada antara koleksinya dari RAM..apa lagi..rembatlah..tq Nieza..
Pulun..7 buah nak kene habiskan nih..Fiksyen 302 aku pon baru masuk page 384..tapi minat punya hal..jadi excited plak..siap danish pelik tengok novel bersusun tunggu giliran untuk dibaca..tambah pelik bila semuanya dari penulis yang sama..gigih dia belek2..kunun nak menyelami apakah yang membahagiakan sangat mummy dia yang sekejap tersengih-sengih, kejap senyum, sekejap berkerut kening..hahahah..sudahnya campak tepi bila tak faham..alahai anakku..
Inilah dunia ku..kalau tak bersama 3 hero tuh..memasak..cuba resepi baru..kalau tak pon membaca..yang penting aku tak kacau 'hidup' dan 'rumahtangga' orang..:p
~peace~
Posted by Nyzal Aziz at 12:55 PM 0 Lalala
Labels: Cerita-Ceriti, RAM
